33rd ENTRY
Kamera kesayangan aku dah rosak. Waa... :( Tak serius, cuma penutup bateri dia jer dah tercabut. Sekarang ni, kamera kesayangan aku tu dan bertampal2 macam hape tah. Naek sogan plak aku nak menggunakannya dikhalayak ramai.
Kamera aku tu berjenama Sony. Memula dulu aku nak cari Canon Ixus, tetiba amoi kedai gambar tu promote kat aku Sony ni. Kamera biase jer, bukannya kamera profesional. So, aku pon amik jer sebab function dia banyak jugak daripada Canon Ixus tu. Kenapa aku sayang sangat kamera tu. Off koz le, aku beli mahal. Aku beli dengan harga RM1,700.00. Dan ramai yang puji gambar yang diambil dengan Sony ni cantik. Aku pon suka, sebab aku compare dengan beberapa gambar yang diambil dengan kamera laen (bukan kamera profesional), Sony aku lebih cantik, terang, clear dan sebagainya. Sebab tu aku sayang kat Sony aku ni. Tak sampai hati nak tukar even aku dah gune Sony ni lebih kurang 5 tahun dah. Dah sampai UK pon.
Tapi, penutup bateri yang patah tu bukan satu2nya masalah dia. Bateri dia pon problem. Masalahnya, bateri dia tak tahan langsung. Klu setakat bole tahan 2-3 jam tu ok lagi, ni 2-3 minit jer tahan, walaupon baru dicharge. Aku rasa ini masalah kamera bukan masalah bateri, pasai aku dah 3 kali tukar bateri baru. Masalah yang samer jugak berlaku.
Takpelah.. nanti nak hantar ke kedai. Harap2 masalah tak serius. Aku memang sayang kamera ni.
p.s : Gambar kebun serai dalam 32nd ENTRY adalah contoh gambar yang diambil dengan kamera ni.
p.s : Gambar kebun serai dalam 32nd ENTRY adalah contoh gambar yang diambil dengan kamera ni.
0 comments