31st ENTRY

Hari Raya pertama. Tahun ni macam tahun lepas, aku bersolat sunat Aidilfitri di Surau Al-Hidayah, Kampung Selayang Indah. Ramai jemaah pagi ni sampai ade yang terpaksa berdiri sahaja menyaksikan orang lain bersolat. Ni semua kes-kes datang lambatlah, sampai dah tak dapat tempat dalam saf. Sebelum solat, ade plak ler ucapan-ucapan dari ntah sapa-sapa ntah. Boring betul aku nak dengan ucapan-ucapan ni, takyah ucapan takleh ker, terus jer solat. haha..

Solat sunat Aidilfitri dan khutbah raya tahun nu tamat dalam pukul 9.30 pagi. Lepas tu kami serumah semua mengambil gambar bersama-sama. Raya tahun ni raya kali pertama adik aku takda bersama, sebab dia pulang ke kampung suami dia. Lepas sesi mengambil gambar, kami semua bermaaf-maafan.

Tetamu tahun ni tak berapa ramai sangat. Mungkin ramai yang balik kampung kot. Petang plak, famili abang aku datang beraya.

Klik sini untuk gambar-gambar di hari raya pertama:
http://www.slide.com/r/DuKeWKn84z9PiGLUpzEhuwaQQF8AHMO7?previous_view=mscd_embedded_url&view=original

You Might Also Like

0 comments