32nd ENTRY

Cerita pasal raya lagi...

Raya Kedua

Hari raya kedua, kami satu famili akan pulang ke kampung di Pontian, Johor. Kami dari Selayang sebanyak dua buah kereta dan abang aku akan bertolak dari rumahnya di Jalan Duta. Aku hanya menumpang kereta kakak aku dan kami bertolak dahulu sebab nak menyingggah di rumah kawan abang ipar aku di Parit Jawa, Batu Pahat dan mak dan ayah aku akan bertolak sedikit lewat sebab menunggu adik aku dan suaminya yang dalam perjalanan pulang dari Kedah.

Perjalanan lancar sahaja, takde trafik jam pun, syukur alhamdulillah, cume jam-jam biasa jer di Senawang dan Seremban. Rumah kawan abang ipar aku tu punya lah jauh, siap sesat barat lagi. hahah... dalam pukul 4.00 petang baru kami tiba di sana. Kawan abang ipar aku tu boleh lah dikatakan petani moden yang berjaya, dan kunun-kununnya abang ipar aku ni nak bergurulah dengan dia. Dia bawak kami ke ladang serainya, dekat2 area situ gak. Luas saujana mata memandang, dari jauh nampak macam semak samun jer. Then dia ade le bagi tazkirah sikit pasal pertanian yang dia jalan kan, sound interesting, mmg boleh berjaya, kalau rajin. Kalau aku, alamatnya, hhahaha.... (fyi.. aku ni malas). Kami berangkat pulang dari rumah kawan abang ipar aku tu selepas maghrib dan kami tiba di kampung, rumah nenek aku dalam pukul 10.00 malam. Abang aku sekeluarga dan adik aku dan mak ayah aku dah pon tiba.


Kebun serai

Raya Ketiga

Lepas sembahyang Jumaat, kami seisi rumah keluar menuju ke Johor Bahru ke rumak Pok Teh aku. Macam tradisi sebelum ni, sebanyak lima buah kereta pergi menyerbu rumah Pok Teh aku tuh dan boleh dikatakan dah nak jadi rumah kongsi dah rumah Pok Teh aku tu. Hahah... then kami dijamu makan nasi jer, but oklah... dah dua hari aku tak jumpa nasi, lapar nasik plak aku. Then lepas asar, kami pergi menyerang pulak rumah seorang sepupu aku di area JB tu gak. Hahaha... karam satu rumah dengan sedara mara. Kat rumah ni kami hanya lepak-lepak jer, tak makan apa-apa walaupun tuan rumah telah menyediakan mee jawa untuk kami. Akhirnya, untuk tidak mengecilkan hati tuan rumah, kami tapau jer mee jawa beliau.





Dalam pukul 6.00 petang, kami ke dentinasi seterusnya, rumah Pak Ngah aku di Kulai. Takde le jauh sangat dari JB, tapi disebabkan jem, dekat-dekat pukul 8.00 malam baru kami tiba. Kat sini kami dijamu dengan bihun goreng dan sup gear box kambing. Perghh.... laZat!!! Sampai tak ingat nak maghrib dibuatnya. hahah... Lepas isya' kami meminta diri.

Kami tiba di rumah nenek aku dalam pukul 10.00 malam. Tapi aktiviti malam tu tak habis di situ, aku pi plak bertandang ke rumah Pok De aku, yang hanya beberapa langkah dari rumah nenek aku. Hahah... kat umah Pok De, kami dijamu buah duku...

Raya Keempat

Pagi.. aku, ayah, dua orang abang aku, adik aku, adik ipar aku dan seroang anak buah aku telah masuk ke hutan untuk memetik buah duku. Tak jauh sangat dari rumah, adalah dalam 200 meter jer, tapi, kalau dah dalam hutan, yang dekat pon jadi jauh. Di sana kami hanya menurunkan buah dari sepohon pokok sahaja. Tapi hasilnya dapat dalam 4 bakul. Rasa nak patah tulang tangan membawa hasil itu keluar, berat nak mampus bagi kami yang dari bandar ni. Nasib baiklah ade seorang sepupu aku yang memang expert membantu kami. hahah...

Lepas zuhur, kami berangkat pulang dan tiba di KL dalam pukul 8.30 malam

You Might Also Like

0 comments