30th ENTRY
Assalamualaikum. Baru nak update pasal carita raya. Tak sempat nak update ape-ape masa hari raya pertama, tak tau aper yang membusykan, sehingga tiada kesempatan nak update. Raya kedua plak balik ke kampung di Johor sampailah raya ke empat. Hari ni baru ada kesempatan.
Hari sebelum Hari Raya, aku masih lagi bekerja. Opis pun masih ramai yang bertugas, so takde le rasa sunyi sangat. Semua dan malas buat ker, semua buat kerja masing, semua dah dalam mood raya. Patient pon tak ramai, sehingga pukul 11.00 pagi, baru ade dua orang, ini orang-orang yang tak reti nak balik kampung agaknya. Lambat sungguh nak menunggukan pukul 1.00 petang, hari ni dapat 1/2 day, seperti kebiasaan. Disebabkan sehingga pukul 12.00 tengahari, tiada patient lain yang datang, aku dengan sendirinya declared, semua kakitangan bole balik pukul 12.30 tangahari. Wah3.. semuanya happy semacam jer, kol 12.30 kiteorang semua balik.
Kat rumah, semuanya dah selesai diuruskan. Memandangkan tahun ni dah ada tukang masak baru, iaitu kakak aku. Semua dia dah uruskan bersama mak aku. So aku petang tu takde buat aper, melainkan tido sahaja. hahah...
Malam selepas berbuka, baru busy sikit, pasal nak menyediakan persiapan untuk orang surau datang bertakbir. Memang dah jadi tradisi kat kampung ni, setiap kali menjelang Aidilfitri dan Aidiladha, kariah surau akan datang bertakbir dari rumah ke rumah.
1 comments
biru juga. nice.
ReplyDelete