1054 : Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari

 Assalamualaikum

Bila bekerja di sektor awam ni, aktiviti makan free ni memang tidak dapat dipisahkan. Pejabat lain tak tahu lah, tapi di pejabat aku ni pantang ada meeting, mesti ada makan. Kalau meeting pagi, ada sarapan pagi, paling busuk pon dapat 2 jenis kuih serta kopi dan teh. Kalau meeting pagi membawa ke tengahari, akan dapat lunch sekali. Kalau meeting petang selalunya dapat minum petang. 

Sebelum ni aku bertugas di pejabat lain tetapi dalam jabatan yang sama, rezeki makan free ni tak dapat banyak peluang sangat. Kalau ade orang buat aktiviti kat tingkat 8 atau 9, ada lebih, dapat lah. Kalau tak, kite telah air liur sahaja.

Tapi sekarang aku telah bertugas di Pejabat Pengurus, rezeki makan free ni makin bertambah. Mana tidaknya, 2 bilik mesyuarat utama jabatan di tingkat yang sama, makanya rezeki makan free tu sentiasa ada kalau ada orang buat meeting atau aktiviti lain. Alhamdulillah. Dan untuk bulan Ogos ni, rezeki makan free ni paling murah. Ada satu minggu tu, setiap hari dapat makan free. Hehehe...

Ini adalah beberapa gambar yang dapat aku ambil sebelum makanan itu masuk ke perut. Kalau takde tu, maksudnya tak sempat nak amik ye. Kadang-kadang dalam satu-satu masa tu sampai ada 2 meeting, so ada 2 menu makan tengahari. Kami pon bole pilih nak amik yang mana, nak amik kedua-duanya pon bole. 

11 Ogos 2026 (Selasa) - Tak ingat ada meeting atau event apa pagi tu. 
Ni sarapan pagi yang aku ambil, kuih Puteri Ayu dan teh tarik. Ada lagi
satu jenis kuih, tak ingat plak kuih ape.

11 Ogos 2026 (Selasa) - Ini pula hidangan makan tengahari. 
Ada nasi putih, ayam goreng berempah (kot), kentang berlado 
dan vegetarian kurma, buah-buahan dan minuman.

13 Ogos 2026 (Khamis) - Makan tengahari tak ingat mesyuarat apa, 
tapi minggu tu, ada mesyuarat Bahagian Kewangan dengan Pembangunan. 
Menu tengahari itu, ayam goreng, ikan masin masak lemak dengan nenas 
dan ada juga sambal udang (aku tak amik), buah-buahan dan minuman.

13 Ogos 2026 (Khamis) - Petang tu ada birthday celebration 
Pembantu Tadbir (P/O) dari Bahagian Kewangan. Dapat 2 biji kek.
Kek je ada, minum petang sendirian berhad.

14 Ogos 2026 (Jumaat) - Menu tengahari itu, ayam masak kicap, 
sayur goreng jawa dan ikan masin. manisan pudding caramel dan 
minuman. Ni sedap ni, i likee...

18 Ogos 2026 (Selasa) - Hari ini ada Mesyuarat Akreditasi. 
Untuk sarapan pagi diaorang sediakan bihun goreng, sambal kicap, 
telur goreng dan dua jenis kuih bererta teh o.

18 Ogos 2026 (Selasa) - Menu tengahari itu pula ada nasi putih, ayam 
masak black pepper, sayur campur dan ikan dori masak masam manis
buah-buahan dan minuman

Ini menu minum petang pula, dapat pai ayam dan jelly. 
Minuman petang ada disediakan tapi aku malas nak pegi amik.

19 Ogos 2026 (Rabu) - Hari ni ada Mesyuarat Akreditasi hari kedua. 
Menu sarapan pagi dia western and local style dan hot americano 
(kopi o je tu sebenarnya).

Ini menu makan tengahari pula, nasi beriyani, ayam masak merah, 
acar jelatah dan papedom. Ada juga buah-buahan dan minuman.

Ni kek ke brownie?

Sedap kek ni...

27 Ogos 2026 (Khamis) - Ada birthday party, Penolong Setiausaha Pejabat 
kepada TD Pembangunan. Dapat 2 jenis kek. Huntong la dia kan...
Minuman petang tidak disediakan.

Apabila dah banyak sangat makan macam ni, musuhnya adalah peningkatan berat badan dan pertambahan kolesterol dalam badan... hehehe. berhati-hatilah semua ye...


You Might Also Like

18 comments

  1. Banyak boleh berjimat kalau gini…tp hati2lah ye takut boleh jimat beli makanan tp kena keluar duit tukar size baju pulak ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... betul tu, banyak bole jimat duit makan, tp badan plak bole naik sebab makan sedap setiap hari.. terpaksa beli baju dan seluar baru. harap tak naik la badan

      Delete
  2. untung la dpt mkn free sokmo. sy ni je yg kena pi kantin yg mahal harganya tu pd waktu tiada kelas. Kdg2 tu beli nasi berlauk kat tepi jalan OTW ke sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung sgt kalau dapat makan selalu macam ni. kantin tempat saya bukan saja mahal tapi makanan dia pon dah takde selera nak makan, nak beli di luar jauh plak.. kadang2 tu order online jer

      Delete
  3. Dulu uncle memang suka kalau ada miting kat sektor awam ni... paling tidak karipap, pisang goreng mesti ada.... sukur

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah kurang kot sebab ada dasar penjimatan. tp kalau ade jemputan luar kene la juga sediakan air bujang

      Delete
  4. Hahaha rezeki birthday memang susah nak ditolak, lagi-lagi dua jenis kek 😄 Betul tu, makan boleh tapi berpada-pada. Lepas ni kena tambah sesi jalan kaki pula!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat opis ni setiap birthday mesti paling kurang dapat kek, untung betul kan, birthday saya dah lepas plak tu.. hahaha.. bab makan tu best, tapi bab nak berjalan2 tu agak malas sikit...

      Delete
  5. Tapi macam satu kebiasaan je kalau ada meeting mesti ada makan-makan. Mungkin meeting dengan orang atas-atas ni wajib ada makanan kot kan. Untung sangat kalau hari-hari dapat makan free. Jimat duit belanja beli makanan.
    Suka kuih puteri ayu tu. Tapi susah nak cari juga. Lauk-pauk dia sedap-sedap juga. Ada yang lauk rare macam ikan manis masak lemak dengan nanas tu.
    Pemanis mulut pun sedap-sedap tu ha.
    Kann...rasa macam hari-hari cheatday lah pulak. Ghisauuu..tapi dah rezeki, jangan ditolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat tmpt saya ni mmg dah jadi kebiasaan kot sebab setiap kali ada meeting mesti akan disediakan makanan, kalau tak dpt yg berat akan dapat yg ringan mcm kuih muih. Kalau tak dpt makan mesti kene cop jabatan tu kedekut.. hahaha
      Puteri ayu tu kalau kat sini tak rare dah, mudah sgt nak dapat. percentage kalau nak dapat kuih puteri ayu masa meeting adalah besar..
      Lauk2 tu tgk caterer juga, ada yang sedap ada yang kureng juga. kene pandai pilih lauk juga..

      Delete
  6. Ada meeting mesti ada makan2.
    Wak kerja sendiri, takde meeting pun ada makan2.
    Huntunglah dapat makan gratis selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. best la wak, takde meeting pon dapat makan
      saya tak berapa minat nak meeting2 ni pasal lepas meeting mesti je ada keje2 tambahan

      Delete
  7. Syukur, banyak tu, rezeki dapat makan. Saya walaupun suri rumah, kadang suami bawa balik juga makanan, sebab di pejabatnya ada makan-makan. Kalau tak bawa balik, terlebih-lebih membazir, tiada orang makan, ramai kerja luar. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat banyak makan free selalu, boleh jimat belanja. Kat opis sy pon sama, kalau ade lebih mmg akan ditapau bawak balik, tak elok membazirkan.. sekurang-kurangnya jadi rezeki orang lain juga

      Delete
  8. Replies
    1. desserts yg mana tu? kalau kek tu mmg sedap... huhu

      Delete
  9. Walau sy bukan kerja gomen tapi selalu attach berurusan di sektor gomen.. And yes bab makan ni dalam setahun tak terkira makan2 di pejabat tu.. asal ada asbab makan lah jadi keutamaan hahaha.. seronoknya la hai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takde makan, org tak bersemangat nak dtg meeting... hahaha

      Delete