1054 : Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari
Assalamualaikum
Bila bekerja di sektor awam ni, aktiviti makan free ni memang tidak dapat dipisahkan. Pejabat lain tak tahu lah, tapi di pejabat aku ni pantang ada meeting, mesti ada makan. Kalau meeting pagi, ada sarapan pagi, paling busuk pon dapat 2 jenis kuih serta kopi dan teh. Kalau meeting pagi membawa ke tengahari, akan dapat lunch sekali. Kalau meeting petang selalunya dapat minum petang.
Sebelum ni aku bertugas di pejabat lain tetapi dalam jabatan yang sama, rezeki makan free ni tak dapat banyak peluang sangat. Kalau ade orang buat aktiviti kat tingkat 8 atau 9, ada lebih, dapat lah. Kalau tak, kite telah air liur sahaja.
Tapi sekarang aku telah bertugas di Pejabat Pengurus, rezeki makan free ni makin bertambah. Mana tidaknya, 2 bilik mesyuarat utama jabatan di tingkat yang sama, makanya rezeki makan free tu sentiasa ada kalau ada orang buat meeting atau aktiviti lain. Alhamdulillah. Dan untuk bulan Ogos ni, rezeki makan free ni paling murah. Ada satu minggu tu, setiap hari dapat makan free. Hehehe...
Ini adalah beberapa gambar yang dapat aku ambil sebelum makanan itu masuk ke perut. Kalau takde tu, maksudnya tak sempat nak amik ye. Kadang-kadang dalam satu-satu masa tu sampai ada 2 meeting, so ada 2 menu makan tengahari. Kami pon bole pilih nak amik yang mana, nak amik kedua-duanya pon bole.
Apabila dah banyak sangat makan macam ni, musuhnya adalah peningkatan berat badan dan pertambahan kolesterol dalam badan... hehehe. berhati-hatilah semua ye...














18 comments
Banyak boleh berjimat kalau gini…tp hati2lah ye takut boleh jimat beli makanan tp kena keluar duit tukar size baju pulak ahakss
ReplyDeletehahaha... betul tu, banyak bole jimat duit makan, tp badan plak bole naik sebab makan sedap setiap hari.. terpaksa beli baju dan seluar baru. harap tak naik la badan
Deleteuntung la dpt mkn free sokmo. sy ni je yg kena pi kantin yg mahal harganya tu pd waktu tiada kelas. Kdg2 tu beli nasi berlauk kat tepi jalan OTW ke sekolah..
ReplyDeleteuntung sgt kalau dapat makan selalu macam ni. kantin tempat saya bukan saja mahal tapi makanan dia pon dah takde selera nak makan, nak beli di luar jauh plak.. kadang2 tu order online jer
DeleteDulu uncle memang suka kalau ada miting kat sektor awam ni... paling tidak karipap, pisang goreng mesti ada.... sukur
ReplyDeletesekarang dah kurang kot sebab ada dasar penjimatan. tp kalau ade jemputan luar kene la juga sediakan air bujang
DeleteHahaha rezeki birthday memang susah nak ditolak, lagi-lagi dua jenis kek 😄 Betul tu, makan boleh tapi berpada-pada. Lepas ni kena tambah sesi jalan kaki pula!
ReplyDeletekat opis ni setiap birthday mesti paling kurang dapat kek, untung betul kan, birthday saya dah lepas plak tu.. hahaha.. bab makan tu best, tapi bab nak berjalan2 tu agak malas sikit...
DeleteTapi macam satu kebiasaan je kalau ada meeting mesti ada makan-makan. Mungkin meeting dengan orang atas-atas ni wajib ada makanan kot kan. Untung sangat kalau hari-hari dapat makan free. Jimat duit belanja beli makanan.
ReplyDeleteSuka kuih puteri ayu tu. Tapi susah nak cari juga. Lauk-pauk dia sedap-sedap juga. Ada yang lauk rare macam ikan manis masak lemak dengan nanas tu.
Pemanis mulut pun sedap-sedap tu ha.
Kann...rasa macam hari-hari cheatday lah pulak. Ghisauuu..tapi dah rezeki, jangan ditolak.
Kalau kat tmpt saya ni mmg dah jadi kebiasaan kot sebab setiap kali ada meeting mesti akan disediakan makanan, kalau tak dpt yg berat akan dapat yg ringan mcm kuih muih. Kalau tak dpt makan mesti kene cop jabatan tu kedekut.. hahaha
DeletePuteri ayu tu kalau kat sini tak rare dah, mudah sgt nak dapat. percentage kalau nak dapat kuih puteri ayu masa meeting adalah besar..
Lauk2 tu tgk caterer juga, ada yang sedap ada yang kureng juga. kene pandai pilih lauk juga..
Ada meeting mesti ada makan2.
ReplyDeleteWak kerja sendiri, takde meeting pun ada makan2.
Huntunglah dapat makan gratis selalu
best la wak, takde meeting pon dapat makan
Deletesaya tak berapa minat nak meeting2 ni pasal lepas meeting mesti je ada keje2 tambahan
Syukur, banyak tu, rezeki dapat makan. Saya walaupun suri rumah, kadang suami bawa balik juga makanan, sebab di pejabatnya ada makan-makan. Kalau tak bawa balik, terlebih-lebih membazir, tiada orang makan, ramai kerja luar. Alhamdulillah...
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat banyak makan free selalu, boleh jimat belanja. Kat opis sy pon sama, kalau ade lebih mmg akan ditapau bawak balik, tak elok membazirkan.. sekurang-kurangnya jadi rezeki orang lain juga
DeleteLove all the desserts!
ReplyDeletedesserts yg mana tu? kalau kek tu mmg sedap... huhu
DeleteWalau sy bukan kerja gomen tapi selalu attach berurusan di sektor gomen.. And yes bab makan ni dalam setahun tak terkira makan2 di pejabat tu.. asal ada asbab makan lah jadi keutamaan hahaha.. seronoknya la hai..
ReplyDeletekalau takde makan, org tak bersemangat nak dtg meeting... hahaha
Delete