1048 : Catatan Perjalanan - Tbilisi, Georgia (Episod 6) : Dry Bridge Market, Tbilisi Outlet Village dan Gabriadze Clock Tower

 ... Episod sebelumnya (Episod 5)

Hari keempat kami di bumi Sakartvelo (საქართველო). Pagi ini aku bergerak solo sekali lagi memandangkan rakan-rakan yang lain masih lagi bertraining untuk hari kedua. Aku hanya pergi kawasan tumpuan pelancong yang berdekatan sahaja. Pagi ini aku akan ke sebuah flee market di Tbilisi yang dipanggil Dry Bridge Market (მშრალი ხიდის ბაზარი). Sebelum itu, kite bersarapan sekali lagi di hotel.

Aku menggunakan perkhidmatan Bolt sekali lagi, masih tak tahu nak guna perkhidmatan bas di sini macam mana walaupon nampak perkhidmatan bas yang berwarna hijau itu di sini agak cekap dan banyak. Tidak susah untuk mendapatkan driver Bolt dan pagi ini aku akan dibawa dengan menaiki kenderaan berjenama BYD. Tak pernah lagi aku naik BYD sebelum ni, nampaknya di Tbilisi baru berpeluang menaiki BYD. Terasa macam oang ada-ada plak pagi itu.

Perjalanan lebih kurang 15 minit sahaja dari hotel penginapan ke Dry Bridge Market yang terletak di Dedaena Park bersebelahan sahaja dengan Public Service Hall Building. Bayaran perkhidmatan Bolt pagi itu adalah sebanyak GEL6.

Public Service Hall Building, Dedaena Park terletak disebelah bangunan ni.

Dari pinggir jalan telah nampak kemeriahan flee market ini dengan peniaga walaupon pengunjung pada pagi itu agak kurang. Kebanyakan peniaganya terdiri dari mereka yang telah berusia.

Banyak juga barang-barangan terpakai yang dijual di sini. Kepada penggemar barangan antik dan memorabilia zaman-zaman Soviet Union memang banyak boleh didapati di sini. Kebanyakkan barang niagaan hanya diletakkan di atas lantai yang beralaskan tikar. Dari segi harganya aku tak dapat pastikan, mungkin boleh nego kot kalau berminat.

Suasana di Dry Bridge Market di Dedeana Park di pagi hari itu. 
Itu bukan orang sidai kain jemuran ye. Itu semacam shawl atau 
alas meja yang dijual di sana.

Sebahagian penjual di bahu jalan di luar taman

Disamping itu ada juga dijual pinggan mangkuk, cawan gelas, periuk belanga dan sebangarinya. Barangan perhiasan rumah dan berhiasan peribadi juga ada. Lukisan, pakaian, permaidani juga ada. Sekadar menyebutkan beberapa yang aku ingat. Flee market ini agak luas, seluas taman itu. Persekitaran market ini redup sahaja kerana terdapat banyak pokok disekitar taman. Aku sekadar melihat-lihat sahaja, tiada hasrat untuk membeli apa-apa. 

Sebahagian lagi penjual di bahagian dalam taman

Lukisan dan kain

Setelah dua kali pusing dan sempat berehat sebentar, aku mengambil keputusan untuk beredar. Aku berjalan kaki menuju ke satu kawasan yang agak moden iaitu Shota Rustaveli Avenue untuk ke sebuah cafe yang agak popular iaitu Kvarts Coffee. Walaupon jaraknya tidak sampai 1km, perjalanannya amat memenatkan. Laluan ke sana kebanyakkanya mendaki dengan laluan berbatu (bukan jalan tar) terutama di Georgi Leonidze Park dan 9 April Park. Semput minta nyawa dibuatnya, beberapa kali jugalah aku berhenti berehat. Nasib baik la banyak tempat yang bole duduk dan berehat.

Diganggu jantan Georgia semasa sedang lepak-lepak di Dedaena Park.
Nasib baik comel jantannya. 

Shota Rustaveli Avenue sering dianggap sebagai jalan utama di Tbilisi kerana terdapat pelbagai bangunan kerajaan, institusi awam, kebudayaan dan perniagaan yang terletak di sepanjang dan berhampiran jalan ini. Antara mercu tanda yang terletak di Shota Rustaveli Avenue ialah Bangunan Parlimen Georgia, Teater Opera Kebangsaan Georgia, Teater Akademik Negeri Rustaveli, Akademi Sains Georgia, Gereja Kashveti, Muzium Seni Halus Georgia, Muzium Georgia Simon Janashia (sebahagian daripada Muzium Kebangsaan Georgia), serta Hotel Biltmore Tbilisi dan bangunan-bangunan lain.

Sepanjang 1.5km dan bermula dari Freedon Square, nama jalan ini diambil sempena seorang penyair agung Georgia di zaman pertengahan. Setelah meluangkan masa yang kebanyakkannya hanya lepak di bus stop sambil people watching dan melihat kenderaan di jalan raya, aku mengambil Bolt sekali lagi untuk pulang ke hotel kediaman.

Pada sebelah petang, selepas rakan-rakan yang lain menamatkan training masing-masing untuk hari itu, kami mengambil sebuah Bolt XL untuk ke sebuah premium outlet bernama Tbilisi Outlet Village yang terletak lebih kurang 25km dari hotel kediaman kami. Pandangan pertama kami, outlet village ini agak jauh dari pusat bandar dan terletak di kawasan perindustrian. Kawasan sekitar yang mendatar terbentang luas menampakkan kilang-kilang dan perindustrian yang berdekatan. Keadaan sudah beransur gelap pada ketika itu walaupon jam baru menunjukkan pukul 6.00 petang.

Matahari hampir terbenam. Permandangan senja berhampiran Tbilisi Premium Village

Kawasan persekitaran Tbilisi Premium Village

Tbilisi Premium Village

Senyuman Tuan Punya Blog dihadapan Tbilisi Premium Village

Tidak dapat dipastikan samada kawasan outlet village ini masih baru atau sudah lama didirikan. Designnye sama macam outlet-outlet yang terdapat di Malaysia seperti JPO dan GPO. Tidak banyak kedai-kedai berjenama yang beroperasi dan masih banyak yang tutup atau tiada penghuninya. Kami masuk ke beberapa kedai yang dibuka. Harga di sini rata-rata sama macam outlet-outlet di Malaysia cuma simbol matawang saje ditukar dari ₾ ke RM. Masing-masing tidak membeli apa-apa di sini, dan selepas meluangkan masa di sini kami mengambil  Bolt sekali lagi untuk balik ke pusat bandar.

Permandangan di dalam Tbilisi Premium Village. 
Banyak kedai yang tidak beroperasi 

Gambar salah seorang teman di dalam Tbilisi Premium Village.

Waktu pulang. Gelap gelita kawasan ini.
Hanya nampak lampu-lampu kilang dari kejauhan.

Kami mengambil dua buah Bolt memandangkan tiada Bolt XL yang menerima tempahan kami setelah beberapa ketika. Tak jadi masalah pon sebab tambang Bolt dibayar oleh seorang rakan yang boleh claim perbelanjaan perjalanan sepanjang kami di sini, huntong la kan. Kami menuju pula ke sebuah lagi terikan pelancong di Tbilisi iaitu menara jam Gabriadze (Gabriadze Clock Tower). Menara ini juga dikenali sebagai Leaning Tower of Tbilisi dan Gabriadze Theatre and Clock Tower.

Gabriadze Clock Tower. Agak gelap kawasan ini.
Clock Tower ni pon macam nampak tak nampak je

Walaupon gelap tetap ramai pengunjung yang datang ke sini

Katanya ada jam kecik di dalam lubang ini,
tapi aku tak nampak apa-apa pon. 

Gabriadze Clock Tower di siang hari 
(gambar dari google)

Terletak di Loane Shavteli Street, Tbilisi, menara jam ini terletak bersebelahan dengan Rezo Gabriadze Marionette Theatre dibina untuk memperingati seorang puppeteer bernama Rezo Gabriadze. Dibina pada tahun 2010 (ingatkan dah lama) dengan gaya whimsical yang kelihatan aneh tapi menarik. Menara jam ini masih berfungsi dan setiap jam seorang angel akan muncul untuk membunyikan loceng dan dua kali sehari pada ham 12.00 tengahari dan 7.00 makan akan ada pertunjukan puppet bertajuk 'The Circle of Life' di teater kecik di menara jam ini. Agak menarik tetapi kami terlepas time pertujukan tersebut. 

Kemudian kami berjalan kaki menuju ke Liberty Square dan pulang ke hotel kediaman melalui Kote Apkhazi Street (sungguh nama jalan tu mcm tu bukan aku buat-buat... hahaha).

Jalan Kote Abkhazi 40

... bersambung (Episod 7). 


You Might Also Like

18 comments

  1. Syok jugak ambil kesempatan jalan sorang-sorang. Ini kalilah nak merasa macam orang ada-ada naik BYD ada driver. hihi..
    Best flea market dia meriah. Redup tu yang syok tu. Bolehlah jalan jauh lagi. Suka tengok suasana dia meriah warna warni.
    Comelnya kucing Georgia.
    Cantik bangunan dan permandangan di kawasan Tbilisi Premium Village ni.
    Seram pulak tengok Gabriadze Clock Tower gelap. Tapi waktu siang nampak cantik gila. Cuba zoom, nampak tak jam dalam tu. Kot ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flea market tu best dan redup kene pulak cuaca nyaman je masa tu, kalau penat bole lepak2 kat taman lepas tu sambung jalan2 kat market lagi
      Actually kat Georgia lebih banyak stray dog drp stray cat. merata2 asik terserempak ngan anjing. rimas juga rasa...
      Premium village tu mmg cantik dan best untuk jalan2 tapi masih tak banyak kedai yang beroperasi. tak tahu lah samada masih baru atau dah lama di buka tempat tu..
      Clock tower tu salah satu tarikan pelancong kat Tbilisi, senibina dia mmg aneh sket mcm senibina whimsical. Kalau siang mmg cantik kawasan tu. dalam lubang tu mmg ade jam kecik, member kite nampak, kite tak nampak mungkin sbb mata dah rabun... hahaha

      Delete
    2. Oh lebih anjing daripada kucing eh. Macam lebih kurang sini jugaklah kan. Isu anjing baru-baru ni. Bukan rimas je tapi menakutkan juga kalau diserang.
      Baru-baru ni ada juga terbaca kes orang hilang ke apa kat Georgia ni. Risau pula kalau orang nak melancong kat sini.
      Ohh memang ada lah mini jam dalam tu. Ingatkan kena scam. hihi...

      Delete
    3. Betul, anjing kat sini bersepah-sepah. Semua anjing dia ada tag di telinga, kalau tag kaler hijau maknanya anjing tu friendly, kalau kaler kuning rasanya mcm moody sikit anjing tu, kalau tag merah itu maksudnya dia garang.

      Rasanya kes tu youtuber Thailand, mati di Georgia atas sebab yang tidak diketahui..

      Jam kecik tu takde la scam, pasal free je kat itu...hahaha

      Delete
  2. Syoknya dapat pengalaman travel solo pusing-pusing cari barang antik kat Dry Bridge Market tu, nampak meriah betul dengan vibes retro zaman Soviet Union! Part jalan kaki mendaki sampai semput minta nyawa tu memang realiti penat bila mengembara, tapi berbaloi bila dapat cuci mata tengok keunikan seni whimsical dekat Gabriadze Clock Tower tu. Seronok baca catatan travel log yang penuh warna-warni begini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat brg antik atau barang tinggalan zaman soviet mmg sesuai sgt ke market ni. KIte tak beli ape2 sekadar jalan2 tgk suasana jer.
      Tbilisi ni mmg kawasan berbukit, banyak kawasan dia yg kene mendaki jalan. kalau stamina kurang mmg semputlah mendaki.
      Sebenarnya banyak lagi yang boleh dilihat sekitar clock tower tu, tapi memandangkan dah gelap tak dpt nak jalan2 semuanya

      Delete
  3. Wow... macam lorong seni pulak tempat jual lukisan tu....

    Jalan Kote Abkhazi 40 tu maksud dia apa? Jalan Kote yang ke 40?
    Eh? Betul ke ayat ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lukisan yg dijualkat di market tu, kalau dilihat lukisan tu macam sama je style nye, tak pasti pulak kalau dari pelukis yang sama

      Kalau tak silap, Kote Abkhazi st. 40 tu alamat bangunan tu. 40, Kote Abkhazi St - Tbilisi Theological Academy

      Delete
  4. Cantiknya scenere banggunan lama-lama. Seronok dapat peluang jelajah ke negara lain tengok seni dan budaya diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, masih berpeluang melihat negara orang

      Delete
  5. Subahanallah, saya nampak senyuman dari addmin blog, sungguh hebat travel yang amat bermakna..sayangnya saya tak jumpa di Selayang..3 hari di selayang hari tu wak..hehehe tak apa lah kan kita ada kehidupan sendiri , maka tak lah jumpa ada hala tuju masing2 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Selayang tu kampung tempat membesar. sekarang dah bermastautin di tempat lain. Banyak kenangan di selayang

      Delete
  6. Saya bersyukur ada melihat kehebatan di negara lain menerusi blog wak ni..alhamdulillah..teruskan berkarya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cume berkongsi pengalaman sahaja, dan menulis di blog ni agar kite tidak lupe kenangan2 itu. saya pon selalu melihat negara lain dari blog atau youtube orang lain..

      Delete
  7. harap di Malaysia pun ada flea market mcm tu sbb abe kie pun nak jual brg2 yg lama kat dlm rumah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada... tapi tak banyak dan mcm tak popular. hanya orang tempatan je yang tahu selalunya

      Delete
  8. Keadaan clock tower tu mmg cantik dan unik.. Kawasan sekitar tower pun tpi bru dibina pada 2010.. ingat dari sblm zaman kemerdekaan lagi.. boleh naik bolt utk ke mana-mana mmg mudah.. seorang diri pun tak jadi masalah.. Tbilisi Premium Village tu mmg JPO jer kan.. tpi suasana sejuk kat sana pasti lgi seronok dan selesa nak berjalan -jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari2 online, diaorg kata clock tower tu dibuna pada tahun 2010, takpasti la sebab nampak keadaannya macam dah lama siap ada tiang sokongan supaya tak tumbang. Di sana bolt tu mcm grab car di malaysia, nak ke mana2 pon boleh dan harganya takde lah mahal. Masa saya pergi tu cuasa tak berapa sejuk tak berapa panas, jadi mmg selesa kalau nak berjalan2

      Delete