1050 : Catatan Perjalanan - Tbilisi, Georgia (Episod 7) : Georgian Post

 ...Episod sebelumnya (Episod 6)

Hari kelima kami di bumi Georgia. Kami masih lagi berkelana di Tbilisi. Hari ini aku dan seorang teman tidak merancang untuk ke mana-mana, cuma menemankan teman itu yang terpaksa menyelesaikan urusan pembelajarannya, ada assignment yang perlu disiapkan, ada tugasan yang perlu dihantar. Kadang-kadang pukul 4.00 pagi teman itu telah bangun dari tidur dan membuat presentation dan menghadiri kelas online. Kalau dah tak dapat pengecualian kelas, terpaksalah hadir walaupon berada di luar negara. 

Some beautiful paths can't be discovered without getting lost - Erol Ozan

Tengahari itu aku dan teman itu merancang untuk keluar sebentar untuk ke pejabat pos. Niat di hati nak menghantar poskad kepada diri sendiri dan beberapa orang tersayang di Tanah Melayu. Selalu juga dengar orang menghantar poskad dari luar negara kepada diri sendiri sebagai cenderahari. Kali ini aku pula ingin mencuba. Poskad telah dibeli semalam kalau tak silap aku semasa berjalan kaki pulang ke hotel kediaman melalui Kote Apkhazi St. 

Aku telah meng'google' post office near me yang berhampiran dengan lokasi aku ketika itu. Aku klik carian yang tertinggi. Setelah membelek dan melihat preview dan photo, aku berfikir, post office ape ni? Laen macam je. Rupe-rupenye post office tu sebuah hotel apartment, sape la yang letak nama hotel tu Post Office. Sib baik aku tak amik Bolt ke sana. Tipah tertipu rasanya. Sesiapa yang mai Tbilisi bole la stay di D&N PostOffice Apartment

Setelah mencari semula, terdapat beberapa Georgian Post yang berhampiran dan aku memilih untuk ke Georgian Post 0108 yang terletak di Lesia Ukrainka St. kira-kira 20 minit perjalanan. Kami mengambil Bolt seperti biasa dengan bayaran GEL6.8.

Pejabat Pos ini terletak disebuah bangunan dan jelas kelihatan dari jalan raya. Semasa kami masuk, tiada seorang pon pelanggan. Dua orang kakak kaunter pon hanya berbual sesama sendiri. Aku ke salah satu kaunter dan bertanya kepada kakak kaunter berapa bayaran setem untuk poskad sambil menunjukkan poskad yang telah siap aku tulis. Kakak itu terus mengatakan GEL6.5. Aku terus meminta setem untuk 10 poskad. Selepas aku membayar baru aku terfikir, mahal gile harga setem, nak pos poskad je kot. Hehehe... Tipah rasa tertipu sekali lagi, takpelah, sekali sekala. 

Sebelum masuk kite ambil gambar dihadapan Georgian Post dahulu.
First time menggunakan perkhidmatan pos di luar negara.
Agaknye berapa lama poskad aku akan sampai

Berurusan di kaunter untuk membeli setem. Jangan terkejut ye, 
orang-orang dan perkhidmatan pelanggan di sini kurang mesra.

Menampal setem di poskad. Ada lebih kurang 6 poskad yang aku hantar. 
Ada orang lain nak jugak.

Setem Georgia berharga GEL3

Setem Georgia bernilai GEL3.5

Setelah menampalkan setem-setem itu, aku menyerahkan semua poskad-poskad itu kepada kakak kaunter itu untuk urusan seterusnya.

Sedang berjalan kaki menuju ke jalan utama, teman memberitahu bahawa dia ada ternampak butik House of Bag dalam perjalanan tadi. Sebelum ini teman ada memberitahu hendak membeli bag untuk orang tersayangnya yang ditinggalkan. Kami terus meng'google' House of Bag tersebut dan ternyata tidak jauh dari tempat kami berada. Kami hanya berjalan kaki sahaja ke butik itu yang terletak di Shota Rustaveli Avenue, tempat yang aku pergi semalam.

Berjalan kaki ke House of Bag sepanjang Shota Rustaveli Avenue.
Sini pon banyak butik-butik mewah untuk kaki shopping

House of Bag adalah sebuah butik menjual pelbagai jenis bag berjenama dengan harga yang murah. Terdapat beberapa cawangan di Tbilisi tetapi tak pasti samada butik ini butik antarabangsa. Ada promosi diskaun 50% untuk semua koleksi semasa kami di sana. Pekerja kedai melayan kami dengan baik memandang hanya kami customer dia ketika itu. Akhirnya, teman berkenan 2 buah handbag berjenama antarabangsa dan kerugian mencecah beberapa ratus GEL. Berpuas hati dengan apa yang dapat, kami beransur pulang ke hotel kediaman,

Butik House of Bag yang menjual beg-beg berjenama pelbagai jenis.
Tapi beg untuk lelaki agak kurang, banyak handbag
Graffiti di sana memang menjadi masalah negara, terlalu banyak

Pada sebelah petang pula, kami telah ke Meidan Bazar sekali lagi. Ada cenderahati yang berkenan di hati aku untuk dibawa pulang. Setelah shopping cenderahati serba sedikit semalam di Kote Apkhazi St., aku tidak jumpa cenderahati seperti ini di sana, dan harganya juga di dalam bajet aku. Maka aku buat keputusan untuk membeli sahaja di Meidan Bazar, malas nak mencari-cari lagi.

Lepak-lepak depan Meidan Bazar selepas dapat apa yang dihajati.
Ramai juga yang lepak area ni petang-petang

Sebelum pulang semula ke hotel kediaman, kami singgah di sebuah restoran kebab halal untuk membeli makan malam. Restoran itu bernama Lunch4You, menjual makanan Arab dan Timur Tengah. Kami hanya membeli satu kebab dan share 2 orang memandangkan kebabnya agak besar berharga GEL16. 

Suasana di dalam Restoran Lunch4You
Kecil sahaja restorannya tetapi ada meja untuk dine in.
Kami take away sahaja.

Harga satu kebab dan 2 soft drinks. Tiada tax dikenakan

... bersambung (Episod 8)

You Might Also Like

2 comments

  1. Pengalaman kirim poskad dari Tbilisi, Georgia memang unik! Susah nak lupa momen keliru pejabat pos dengan apartment tu.

    ReplyDelete
  2. Alamak, nasib baik check dulu. Kalau dah sampai tu lagilah terasa tipah tertipu sampai menusuk ke dalam hati perginya. Tak bestnya kalau pekerja tak mesra alam. Kita pulak jenis mudah mesra. Nak tak nak, terpaksalah jugak kan berurusan.
    Kat luar kedai House of bag tu macam ada vandalisme je. Kalau perempuan masuk ni syoklah shopping bag.
    Okaylah tak ada tax. Jimat duit tak payah bayar tax sekali.

    ReplyDelete