1047 : Throwback Thursday (Episod 5) : Julai 2026
Dikesempatan berkunjung ke Georgia tahun lepas, sempat juga kami mengikuti perjalanan sehari ke negara jiran Armenia. Kami menggunakan agen pelancongan tempatan yang menyediakan sebuah kenderaan MPV, seorang pemandu pelancong dan seorang pemandu. Kami dibawa ke beberapa tempat tumpuan pelancong di kawasan Lori Region, bahagian utara Armenia yang bersempadan dengan Georgia.
Gambar di atas diambil di Haghpat Monastery Complex (Հաղպատավանք) yang terletak di kawasan Haghpat menghadap Sungai Debed. Struktur terbesar di dalam kompleks ini adalah Cathedral of Surb Nshan yang dikatakan dibina pada tahun 967 - 976 oleh Queen Khosrovanuysh dan siap pada tahun 991. Terdapat juga struktur-struktur lain seperti Church of Sourb Grigor (Saint Gregory) dan Chapel of South Astvatsatsin.
Di kawasan monasery ini kami telah dibawa ke sebuah kawasan penghasilan wine secara tradisional di mana wine-wine ini diperam di dalam lubang-lubang di bawah tanah di kawasan khas di monastery tersebut. Dan jangan pula terkejut jika kita akan memijak kubur-kubur lama yang ada di kawasan monastery itu untuk memasuki gereja-gereja di sana. Dikatakan, itu adalah satu penghormatan kepada si mati.


0 comments