385 : Awak... Awak. Awak Sayang Kite Tak?
Awak... awak. Awak sayang kite tak? Persoalan ini pernah aku ajukan dahulu. Alhamdulillah dan terima kasih kerna masih ada yang menyayangi aku. Sayang sebagai seorang abang kepada adiknya, sayang sebagai seorang kakak kepada adiknya, sayang sebagai seorang adik kepada abangnya dan sayang seorang teman kepada temanya.
Bak kate Kak Melah...
Bak kate Kak Melah...
"Sayang bukannya di bibir
Tapi lahir dari hati
Semua orang perlu
sayang
Dalam hidup ini
Sayang pada ibu bapa
Sayang pada
keluarga
Sayang pada teman-teman
Dan juga kekasih
Tanpa kasih sayang
Kita kesunyian"
Seorang teman memberi aku video clip ini, malangnya aku tak dapat menguploadnya di sini (ade masalah teknikal plak). Jadi aku coretkan isi kandung video clip itu di sini. Tersentuh juga rasa hati melihatnya. Terima kasih kepada teman kerana sudi berkongsi. Sharing is caring and loving.
___________________________________________
Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang.
Pelajar : "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu boleh berkekalan?".
Cikgu : "Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang 'PALING' cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali pun. Kemudian petik rumput yang 'PALING' cantik, bawa rumput itu ke dalam kelas".
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya,
Cikgu : "Kenapa tiada rumput yang kamu pilih?".
Pelajar : "Tadi sewaktu saya berjalan, saya mencari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, jadi saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa satu pun yg paling cantik. Mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiada rumput yang saya boleh petik".
Cikgu : "Ya! Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap akan berlaku. Semoga yang berlalu itu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Kalau nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi...

~Salam Sayang~
18 comments
Salam dekk afezz
ReplyDeleteYa....pandai cikgu tu...membuat anak muridnya berfikir....
Walaupun kita terlepas bak anak murid tu...tapi kita masih punya kasih sayang dengan Allah...kasih sayang Allah abadi selama2nya...sampai ke syurga firdaus...
mohonlah apa jua dengan Allah pasti ada untukmu dekk...janji Allah tu pasti....
adakah hafiz juga begitu? Kerana sampai sekarang hafis masih tidak juga jumpa yang paling cantik. Mungkin dulu dah jumpa tapi ingatkan ada lagi yang cantik tetapi lepas itu tak jumpa-jumpa , nak menoleh ke belakang tak boleh pulak. heheheh
ReplyDeletewaalaikumsalam kak shami : betul tu kak, kasih sayang kepada Allah kekal abadi. kasih sayang sesama manusia yang sukar dicari
ReplyDelete: sy tak tau lah nak cakap aper, mungkin ya mungkin tidak... uhuk3...
Salam Afeez...
ReplyDeletesalam sayang dan mari kita berkasih sayang...
sayang kakak pd adiknyer...muah3x..
dan ko jgn nak memilih sgt,, yg dah ada di mata tu,,,ambil je jadi suri hidupmu...ke dah ada,,,cuma msh ternanti2 je...jgn tgu lama2...bahaya, nanti dikebas org..hehe
semoga Allah merahmatimu dik Afeez yg nakal ni...hehehe
waalaikumsalam kak taj ku sayang : yang ade di mata cume kak taj je. asik terbayang2 siang dan malam... heheheh
ReplyDeleteAfeez ku sayang...
ReplyDeleteeeeyark...poyos punya statement...
wooo...jgn diriku ko bayang terbayang...
jaga2 ngan kata2, nanti terjerat sendiri...ngeh3x
tp sayang, dirimu belum di gambar di mata dan di fikiranku...
ngade ngade
kak taj ku sayang ; hahaha... alahai...
ReplyDeleteSalam Afeezz,
ReplyDeleteLama tak tinggal jejak..datang selalu..
Best la citer rumput tuh nak kopi pes bleh?
Kalo dah ada yg syg jgn tunggu lama2 takkan nak bagi kad sy yg menyusul dulu kot hik hik hik..Daaa
waalaikumsalam cik syima : amik je lah, sharing is caring and loving kan.. hehehe
ReplyDeletetak salah klu awk nyer kad yg menyusul dulu.. alhamdulillah, makan free kami di gemas nnt..
Mana pulak datangnya Gemas..
ReplyDeleteassalamualaikum afeezz..
ReplyDeletekasih sayang sesama blogger lah yang membuatkan ukhwah sesama blogger semakin erat
hmmm... cikgu? hmm... aku xsuka semua cikgu2 sekolah aku... err errrr semuanya xbole bla... motif ?
ReplyDeletewaalaikumsalam sahrom : betul tuh, aku setuju bebenor....
ReplyDeleteselamat malam dunhill guy : patut le ko belajar pon tak berapa nak pandai kan... hahaha
Selamat pagi encik apiz
ReplyDeletekalau aku tak pandai, aku xdapat MBA dalam usia 27thn. Makaseh....
selamat malam encik dunhill guy : wow.. MBA pada usia 27 tahun. tahniah, aku carik balik kate2 aku tadi. bile nak wat PhD plak?
ReplyDeletexmo lerr..... dah fed up belajo... xterlintas, terpikir, terogol... eh... nk amik PhD tu... cukup la MBA
ReplyDeleteterlepas plak nak jawab soklan miss sinomosa : bukan gemas ker? ermmm rembau kot... hahaha
ReplyDeleteabe ed : hahaha... takpe lah, bg can org laen plak belajar...
ReplyDelete