948 : Ambil Iktibar Atas Apa Yang Telah Berlaku (Episod 6 - Sambungan)

Pada 20 Disember tahun lepas aku ada menulis bagaimana identiti aku telah digunakan oleh seseorang yang tidak aku kenali untuk menjalankan satu aktiviti yang tidak bermoral. Akibat dari itu, aku telah dipanggil oleh pihak Unit Integriti untuk diambil keterangan. Proses mengambil keterangan itu berjalan lancar dan pihak Unit Integriti berpuas hati dengan keterangan yang aku beri.

Aku juga telah membuat laporan secara online kepada pihak SKMM dan juga pihak PDRM. Disamping laporan kepada PDRM, aku juga telah diminta untuk hadir ke IPD Brickfield untuk diambil keterangan. Proses mengambil keterangan itu juga berjalan lancar dan pegawai yang mengambil keterangan aku itu juga memaklumkan bahawa kes ini amat sukar untuk diselesaikan kerana ia merupakan jenayah siber. Sehingga kini, aku masih belum mendapat apa-apa maklumbalas mengenai kes aku ini dari pihak PDRM.

Setelah hampir dua bulan (17 Disember 2020 - 12 Februari 2021) aku membuat laporan kepada pihak SKMM, akhirnya aku mendapat maklumbalas dari mereka. Walau bagaimanapun, maklumbalas dari pihak SKMM amat mengecewakan. Setelah siasatan dijalankan oleh pihak SKMM yang aku tidak dimaklumkan apakah jenis siasatan yang telah dijalankan itu, tiada tindakan lanjut yang dilakukan oleh pihak SKMM, sebaliknya aku diminta untuk melaporkan perkara ini kepada pihak Facebook. Laporan kepada pihak Facebook juga tidak dapat aku lakukan kerana profil Facebook penjenayah itu tidak lagi aktif. Mungkin penyamar itu telah delete akaun Facebook beliau.

Apa yang mengecewakan aku, pihak SKMM mengambil masa hampir dua bulan untuk sekadar memaklumkan kepada aku untuk aku membuat laporan kepada pihak Facebook dan menasihatkan aku mengenai perkara yang aku anggap tidak berguna. Kalau mereka memaklumkan lebih awal, laporan kepada pihak Facebook dapat dilakukan. Tapi aku pasti, pihak Facebook hanya akan block atau delete profil penjenayah itu dan penjenayah itu bebas untuk create satu lagi akaun palsu untuk menjalankan aktivitinya.

Aku diberi masa 30 hari untuk memberikan maklumbalas kepada pihak SKMM. Wajarkan aku menyatakan ketidakpuasan aku terhadap tindakan yang telah mereka ambil. Bagi aku, tindakan mereka itu tidak menyelesaikan aduan aku kerana penjenayah itu masih bebas untuk melakukan jenayahnya.

You Might Also Like

8 comments

  1. aduhhh.... sakit hati kan klu dia tu masih bebas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pasal. Takut dia buat lagi bende yg sama. Saya gak yg susah nnt

      Delete
  2. Skrg abe kie takut nk update hal2 personal sbb takut disalahguna oleh pihak x bertanggungjawab tu. Nanti mrka guna pic abe kie buat profile palsu. Bahaya skrg ni jenayah siber

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg saya risaukan, takut benda ni jadi lg pada saya

      Delete
  3. Replies
    1. itu lah, saya yang mengalaminya lagi geram kak...

      Delete
  4. ada lagi x link FB tuuh? wak nk tgk kalo ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.facebook.com/profile.php?id=100012670458638

      ini link nye wak. hari tu saya tengok mcm dah disable, tp hari ni cube tgk balik, dah diaktifkan semula. saya dah report juga pada pihak FB. tak tau la ape tindakan mereka..

      Delete