936 : Ambil Iktibar Dengan Apa Yang Telah Berlaku (Episod 5)

Awal bulan ini, abang aku telah membuat video call kepada semua adik-adiknya dan menyampaikan sebuah khabar buruk. Dalam keadaan tenang dan masih mampu tersenyum dia mengatakan bahawa rumah ayah yang telah lama ditinggalkan telah diceroboh dan telah berlaku kecurian. Rumah itu memang telah lama ditinggalkan setelah ayah tidak lagi sihat untuk tinggal di situ. Adik beradik yang lain juga tidak lagi tinggal di situ dan masing-masing telah mempunyai rumah sendiri.

Permandangan hadapan rumah suatu ketika dahulu

Rumah itu yang seusia aku itu juga telah uzur dan banyak yang rosak dan memerlukan perhatian. Ini adalah sebab mengapa rumah itu ditinggalkan sepi tidak berpenghuni. Hendak disewakan kepada orang pon rasa macam tak sampai hati kerana keadaannya. Pernah juga aku mengutarakan cadangan aku untuk memohon pinjaman kerajaan untuk membuat rumah (aku tak ingat apa nama program ni) tetapi cadangan aku itu dipandang sepi oleh adik-beradik yang lain. Dan akhirnya cadangan aku itu dilupakan begitu sahaja. 

Dalam kejadian yang tidak tahu bila kejadiannya itu, keadaan dalam rumah sangat bersepah dari bahagian dapur sehingga ke bahagian ruang tamu dan semua bilik. Point of entry penceroboh adalah melalui pintu belakang kerana terdapat tanda-tanda rosak pada tombol pintu itu. 

Point of entry si pencuri. Pintu belakang yang agak tersorok 
dari pandangan umum.

Oleh kerana PKPB masih lagi berkuatkuasa di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur, kami adik-beradik masih lagi tidak dapat pulang ke rumah itu untuk memastikan barangan yang hilang. Mengikut pengamatan abang yang berada di rumah ketika itu, hanya sebuah set radio dan kamera lama yang agak retro yang telah hilang. Kalau dijual pada pembeli yang betul aku agak harganya tentu lumayan. Barang lain yang hilang masih tidak dapat dipastikan. Yang pasti si pencuri itu nampaknye mencari barang-barang yang mudah di bawa keluar, kerana Smart TV aku yang berjenama Samsung bersaiz 45 inci itu tidak diambilnya. Mungkin selepas tamatnya PKPB nanti, kami akan berkumpul untuk membersihkan rumah itu dan mengenalpasti barang-barang yang hilang.

Keadaan bilik no. 3 setelah digeledah si pencuri

Keadaan bilik belakang. Set radio lama yang agak retro sudah hilang

Keadaan bilik no. 2. Paling teruk kene geledah

Keadaan bilik utama. Habis semua baju-baju dalam almari tu
dia geledah

Ruang tamu

Beberapa langkah telah diambil oleh abang untuk mencegah perkara ini berlaku seperti sentiasa menyalakan lampu dalam rumah dan membenarkan jiran rumah depan memakirkan kenderaannya di dalam kawasan rumah itu. Disamping itu, abang juga telah meminta bantuan jiran depan rumah itu untuk memerhatikan keadaan rumah itu. Tetapi bak kata orang, perkara dah nak jadi. 

Abang juga telah membuat laporan polis dan pihak polis juga telah datang ke rumah untuk melakukan pemeriksaan. Maklumbalas dari pihak polis juga telah diterima yang memaklumkan bahawa pihak polis tidak menjumpai apa-apa petunjuk yang membolehkan siasatan lanjut dilakukan. Walau bagaimanapun, laporan kami itu akan diambil perhatian dan rondaan akan dibuat di kawasan perubahan itu dari masa ke semasa. Abang juga tidak luma memaklumkan kepada Ketua Kampung mengenai kejadian itu agar penduduk lain lebih berwaspada.

Apa-apa pon aku tetap bersyukur kerana tiada perkara yang lebih buruk berlaku. Jumlah kerugian aku rasa tidak lah begitu banyak kerana pada pendapat aku tiada barang berharga yang ditinggalkan di rumah itu. Tapi kalau si perompak itu merompak style Kassim Baba, mau kaya gak penyamun tu.


You Might Also Like

14 comments

  1. Baik pulih je la rumah tu n sewakan kpd golongan b40. At least, ada org yg duduk.sabar ye byk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu cadangan yang terbaik, dr dibiarkan kosong, lebih baik dibaikpulihkan...

      Delete
  2. aduh, kenapa tak sewa kan rumah tu ? utk student ka? ada org jaga sikit.. huhu kesian nyaa... bertabah k

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah tu banyak yang dah rosak. paip dah bocor, bumbung ada yang dah roboh, masalah anai-anai lagi, itu lah yang tk disewakan..

      Delete
  3. semoga pencuri dapat hukuman setimpal. dahlah mencuri, menyusahkan orang nak kemas. haih.. berdosa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi dalam laporan polis ada mengatakan bahawa mereka tidak menemui apa-apa petunjuk yang membolehkan siasatan lanjutn dijalankan. Maka rasanya si pencuri tu terlepas lah buat masa ni...

      Delete
  4. Mudah-mudahan, mereka yang telah melakukan kejahatan itu akan dijumpai dan diadili mengikut undang-undang yang berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mereka terlepas kali ini, harap2 mereka tertangkap juga di lain kali. sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga

      Delete
  5. Banyak kes macam ni rumah pusaka terbiar sepi.
    Bercakap berdasarkan pengalaman rumah arwah nenek dan atok Mrs. A roboh terus disebabkan adik-beradik mak Mrs. A jarang balik dan jengok-jengok.
    Pakat-pakatlah adik-beradik kumpul modal sorang sikit baiki dan sewakan aje daripada terbiar terus mereput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Mrs A, dah lama tinggal, nak balik pon rasa macam scary. insyaallah, akan berusaha untuk membaikpulih rumah tu. sayang dibiarkan macam tu

      Delete
  6. Allahu, semoga dipermudahkan segala urusan ya. Moga2 pencuri tu terima balasan yang setimpal. Haishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih eina. wat masa ni pelaku tu terlepas. semoga lepas ni akan tertangkap dan diberi hukuman yang sewajarnya.

      Delete
  7. allahuakhbar.. paling penting ayahnya tak duduk situ dah. dan tak ada orang tercedera.
    zaman skrng ni gitula.. semoga Allah lindung kita semua sentiasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tiada sapa dah duduk kat situ. Kehilangan barang2 sikit tu takpe lah..

      Delete