935 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 26) - Ayam Panggang Ala Kenny Roger dan Black Pepper Sauce
Musim-musim PKP ni takde aktiviti lain dah yang boleh dilakukan. Bekerja dari rumah pon macam nak tak hendak jer, ikut mood, kalau nak buat kerja kita buat kalau tak kita tenung je lah laptop tu dengan harapan takde keje yang masuk.
Sorry la ye, posting kali ni pon pasal masakan. Itu je lah yang boleh dibuat di rumah time-time macam ni. Lagi pon aku ni bukan pandai memasak pon, tapi kalau menjadi masakan yang aku buat tu, gembira sungguh rasanya, bangga rasa hati ni.
Beberapa minggu lepas (19 Oktober 2020) aku telah mencuba satu lagi resepi baru yang aku tak pernah cuba. Kali ini aku mencuba pula buat Ayam Panggang ala Kenny Rogers. Resepi untuk Ayam Panggang Ala Kenny Rogers ni aku dapat dari website rasa.my.
Walau bagaimanapun, Ayam Panggang Ala Kenny Rogers aku tu telah menjadi Ayam Panggang Ala Negro. Kenapa? Sila scroll sampai abis. Di sini aku nak sharekan resepi Ayam Panggang Ala Negro aku tu kepada sesiapa yang berminat untuk mencubanya.
Bahan-bahan
1 ekor ayam - dipotong 4 bahagian (tapi aku gunakan ayam bahagian thigh sahaja)
Bahan-bahan A (dikisar)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam Knorr
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air
Bahan-bahan B
2 sudu madu
2 sudu minyak zaitun
2 sudu mixed herbs @ daun oregano (aku masukkan kedua-duamya)
Cara-cara
Campurkan semua Bahan-bahan A dan Bahan-bahan B dan lumurkan pada ayam anda. Balut bekas dengan plastic wrap dan perap selama 1 atau 2 jam di dalam chiller. Kalau perap lebih lama adalah lebih baik dan lebih sedap.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 220 darjah selama 1 jam atau sehingga masak.
Setelah masak, bolehlah dinikmati bersama dengan orang yang tersayang.
16 comments
test
ReplyDeleteHi Michelle
Deleteblack paper source tu tempting betul1!! nmpk sedap
ReplyDeletebole la cube buat.. senang jer
DeleteNak belajar masak la. Mana tahu buleh try resepi yg sedap2!
ReplyDeletecube la abam.. lama-lama nanti mesti terer
DeleteSedap ayam bakar ala KR. Okaylah tu kulit dia rentung sebab tak makan kulit. Kira terjaga lah isi dia tak ter rentung macam kulit.
ReplyDeleteSaya sebenarnya suka bahagian kulit tu, tp dah rentung dan pahit, tak boleh di makan..
Deletepersembahan akhir tu penting. baru selera nak makan. btw nampak menyelerakan betul la. sedap
ReplyDeletebetul tu. persembahan makanan kene A+, baru menyelerakan walaupon rasanya tak sedap mane pon. Tapi yang saya buat ni mmg sedap. hehehe
DeleteSedapnya nampak, pandai awak masak ye hehe
ReplyDeleteikut resepi betul-betul, itu pon dua kali buat bari nampak cantik sket...
Deletenak try resepi ni.. tp kena tukar dr oven ke piyuk noxxa je kot.. oven rosak, tapi dah teringin sgt nka makan ayam mcm ni :-)
ReplyDeletebuat je la dengan apa yang ada kat rumaah ni.
kalau guna periuk noxxa mesti menjadi punya lah....
Deletehihi yang negro tu xpela kita kasi ampun.. cuba lagi
ReplyDeletenanti lama2 makin cantik la depaa.. yang penting sedappp..
usaha tangga kejayaan, tp yg negro tu pon sedap gak cume kulitnya jer yg tak bole di makan
Delete