914 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 21) - Dua Minggu Di Bulan Ramadhan 1441H/2020M

Gambar Facebook

Assalamualaikum dan salam 13 Ramadhan 1441 dan salam PKP4 hari ke-50 (kalau tak silap aku). Pejam celik, pejam celik, pejam dan celik semula sudah hampir dua minggu kita berada di bulan Ramadhan tahun ni. Tak terasa juga sudah hampir dua bulan kita duduk-duduk goyang kaki dan tangan di rumah tetapi gaji jalan. Sehingga ada orang dengki suruh potong gaji penjawat awam seperti aku ni untuk membantu kerajaan dalam menangangi krisis cik Covid19 ni. Aku suka akan kata-kata seseorang ni yang aku lupa akan namanya, yang mengatakan bahawa penjawat awam ini membantu kerajaan dengan menjadi penyumbang utama kepada sektor ekonomi dan perniagaan dalam negara. Kami penjawat awam, gaji jalan, dan kamilah golongan yang membantu sektor ekonomi kerana kami mempunyai kuasa membeli. Kami penjawat awam, gaji penuh setiap bulan, dan wang gaji yang diterima itu disalurkan kepada sektor-sektor perniagaan agar sektor-sektor ini mampu bertahan di waktu yang genting ini. Jika gaji kami penjawat awam dipotong juga, maka akan merudumlah sektor-sektor tersebut dengan lebih teruk lagi. Itu apa yang dikatakan oleh beliau, kalau dia salah, maka salah lah juga aku. Walau apa-apa pun, pengajaran dari perkara ini senang sahaja, jangan dengki dengan rezeki orang lain.

Sepanjang dua minggu Ramadhan ni, memang lah aku terpaksa menyediakan juadah bersahur dan berbuka sendiri. Sehingga aku rasa rindu dengan Bazar Ramadhan. Rindu dengan juadah-juadah yang dijual di Bazar Ramadhan, walaupon takde lah berapa nak sedap pon. Rindu aku pada Roti John, rindu aku pada Samosa, rindu aku pada Nasi Ambeng yang dijual di Bazar Ramadhan Putrajaya. Kadang-kadang teringat pula pada Popia Basah, Kuih Talam, Ayam Percik. Terliur plak pada Teh Ais yang jual dalam balang besar tu. Dan banyak lagi lah yang sedap-sedap. Uhuks... sedih tiba-tiba.


Seperti yang telah diberitahu tempoh hari, inilah juadah berbuka aku pada hari pertama berpuasa. Ini semua disediakan oleh aku sendiri, untuk makan sendiri. Kecuali Pau Kari Ayam tu disedekahkan oleh sahabat. Menu aku, cuma Nasi Putih bersama Sambal Sardin, Telur Goreng dan Sayuran Stim. Syukur atas rezeki Allah pada hari pertama berpuasa.


Ini menu berbuka aku untuk hari ketiga berpuasa. Sekali lagi, aku berbuka seorang diri sahaja. Petang itu aku malas nak menyediakan apa-apa, makanya menu aku petang itu cuma Mee Goreng Segera Saji dan Nugget Ayam Ramly sahaja. Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur dengan rezeki itu. Alhamdulillah.


Pada hari keempat, aku telah menyediakan menu spesial ni sebagai tambahan kepada lauk-pauk yang disediakan oleh sahabat yang datang berbuka di rumah aku. Menu simple tapi cukup menyelerakan, lama dah tak makan menu ni, Telur Goreng Bersama Ikan Bilis, Bawang dan Kentang Goreng Di Tambah Dengan Kicap Jalen. Kalau takde Jalen, tak selera makan laaa.... Alhamdulillah

Ayam Goreng Kunyit. Menu hari kelima.


Pada hari kelima kita berpuasa aku menyediakan Ayam Goreng Kunyit sebagai tambahan kepada lauk pauk yang disediakan oleh sahabat yang datang berbuka di rumah aku lagi. Makanya agak banyak juga lauk pada petang itu, Ayam Goreng Kunyit, Ayam Masak Merah, Petola Masak Lemak dan Scramble Eggs Malaysia Style. Alhamdulillah


Dan pada hari ke dua belas kita berpuasa, aku menyediakan juadah berbuka puasa untuk aku dan juga sahabat. Menu simple sahaja, maklumlah orang bujang yang memasak. Menu aku petang itu cuma Ayam Goreng Kunyit dan Telur Dadar. Alhamdulillah, masih lagi merasai nikmat berbuka puasa.

Petang ni tak tau nak masak apa.....


You Might Also Like

2 comments

  1. Tersangat rajinnya affeez masak. Maklumlah kan hidup bujang. Teringat masa dok sorang2 di Sabah dulu. Bersahur dgn lapan ketul nugget n air kopi. Alhamdulillah. Sampai bertahan ke Maghrib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib org bujang mcm tu lah abam. Klu tak pkp, beli saja lebih senang..

      Delete