913 : Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan (Episod 10) - Satu Hari Di Bulan Ramadhan

Ramadhan tiba.. Ramadhan tiba... Ramadhan datang lagi membawa seribu keberkatan kepada semua umat Islam di dunia. Sudah hari ke-empat umat Islam di Malaysia berada di bulan Ramadhan tahun ini, 1441H bersamaan 2020M. Aku berharap aku dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk menempuh bulan ini. Aku berdoa agar semua amalan aku di bulan ini diterima Allah dan diberikan ganjaran yang berlipat ganda, InsyaAllah.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1441 
dan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa (gambar google)

Sebagai seorang bujang yang hidup sebatang kara di kota raya yang penuh tipu daya ini, bulan Ramadhan disambut sederhana sahaja malah sama sahaja dengan hari-hari yang lain. Tapi tahun ini agak berbeza kerana kita berpuasa di masa yang sama juga dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan. Makanya, rutin seharian aku agak berbeza dengan rutin-rutin di bulan Ramadhan tahun-tahun sebelumnya. 

Di hari pertama Ramadhan yang lepas, aku mulakan dengan aktiviti bersahur. Alarm telah diset pada pukul 4.30 pagi, tetapi aku hanya bangun sepuluh minit kemudian. Begitu berat nak bangun kerana tidur lewat malam tadi. Sejak-sejak PKP ni, dah terbiasa tidor lewat, maka terbawa-bawa sehingga kini. Menu sahur aku teramatlah simple, aku menyediakan sandwich telur sahaja dengan secawan susu sejuk dari peti ais, makan pon dengan mata tertutup, hahaha. Usai bersahur aku duduk-duduk menunggu masuknya waktu Subuh. 

Tiada aktiviti yang dapat dilakukan memandangkan PKP masih berkuatkuasa. Hanya duduk-duduk di rumah seorang diri melayan tv dan games. Sampai waktu, kita solat. Bulan-bulan Ramadhan ni solat kene jaga lebih sikit, hahaha. Kalau ikutkan tahun-tahun sebelum ini, menu untuk berbuka selalunya aku akan beli di PaRam (Pasar Ramadhan) berhampiran. Selalunya PaRam kegemaran aku adalah di Putrajaya. Balik dari kerja, aku akan singgah dahulu untuk membeli apa-apa yang berkenan. Selalunya aku akan beli untuk diri sendiri sahaja, tetapi ada kala tertamak plak dan terbeli lebih. 

Tahun ni diperkenalkan Bazar Ramadhan Online 2020,
tetapi aku masih belum cuba lagi membeli juadah berbuka
dari bazar online ni (gambar google)

Untuk Ramadhan PKP ni, nampaknya juadah berbuka puasa terpaksa dibuat sendiri. Makanya, menu berbuka puasa aku untuk hari pertama bulan Ramadhan tahun ini sekadar nasi putih berlaukkan sardin, telur goreng dan sayuran stim. Nasib baik sahabat ada memberi Pau Kari Ayam dan Kentang, ada lah juga kuih untuk hari itu. Alhamdulillah untuk rezeki aku petang itu.

Menu berbuka hari pertama, Sambal Sardin, Telur Goreng dan Sayuran Stim.
Kuih pau tu disedekahkan oleh sahabat. Terima kasih sahabat

Hari ini dah masuk hari ke-empat dan puasa aku masih lagi terpelihara, Alhamdulillah...

You Might Also Like

4 comments

  1. Semoga semakin tabah menghadapi cabaran berpuasa seorang diri pd zaman pkp ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dua tiga tahun gak berpuasa seorang diri, tp yang lepas-lepas tu takde la kene PKP, atleast bole gak pi bazar ramadhan beli makanan yang sedap-sedap

      Delete
  2. Ramadhan Kareem Afeezz selamat berpuasa 9 Rmadhan dan juga stayhome staysafe.
    Okay ke tu PKP fasa 4 nih? Adehhh! sorrylah ya kalau seorang macam men@#!g hehehee..
    Mrs. A pun samalah bulan puasa ni kena masak-masak paling kureng 2 lauk gittewww... kuih pun kena buat tapi tulah buat yang senang je paling win kuih kelepong hahaha...
    Dulu time takde PKP lebih banyak 'tunjuk' je... al-maklumlah wanita berkerja konon la kan.. #bertabahlah #kitamestimenang

    eh! by the way bila tukar rumah baru ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... skrg ni rindu bazar ramadhan. rindu makanan kat bazar ramadhan...

      ada masa terluang hari tu, itu yang tukar. tukar templete standard jer...

      Delete