916 : Projek Kuih Raya PKPB 2020
Assalamualaikum. Tinggal empat hari sahaja lagi sebelum kita menyambut 1 Syawal 1441H. Sekali lagi aku katakan, Ramadhan tahun ini tidak terasa, tiba-tiba jer dah nak raya. Walaupon, tahun ni, buat pertama kalinya, kita dilarang menyambut hari raya secara besar-besaran, tetapi mood untuk raya aku masih ada. Raya satu hari pon jadilah, sebab seperti tahun-tahun sebelum ini, aku hanya menyambut hari raya pada hari raya pertama sahaja. Jadinya, bagi aku, tiada masalah untuk menyambut raya tahun ini. Kampung aku pon dalam negeri yang sama, jadi sekali lagi tiada masalah untuk pulang ke kampung.
Seperti beberapa tahun lepas, tahun ini juga aku menjalankan Projek Kuih Raya PKPB 2020. Projek ini adalah usahasama antara aku dan sahabat, di mana kami akan bergotong royong membuat kuih raya dan berkongsi hasilnya. Jadi tidak berlaku pembaziran di situ. Kuih yang dibuat pon adalah kuih-kuih kegemaran kami. Gerenti licin balang itu nanti. Hehehe
Kuih Cornflakes Madu
Pada 13 Mei yang lepas, kami memulakan projek kami yang pertama. Sama jer seperti tahun-tahun yang lepas, kuih raya pertama yang kami buat adalah Cornflakes Madu. Ni memang kuih raya fevret kami. Buat pon agak banyak, dapat lah sebalang sorang. Tahun ni disebabkan aku tak dapat beli ceri merah yang dah siap cincang tu, aku beli jer buat-buah campur dan aku campur jer dalam adunan cornflakes madu tu. Makanya, agak meriah dan colourful jugaklah Carnflakes Madu kami tahun ni. Ahakz
Chocolate Chips Cookies
Projek kedua pula pada 16 Mei. Ingatkan nak mulakan projek ni lepas Zuhur, tapi memandangkan aku dah bosan tahap gaban dok umah sorang-sorang hari itu, pukul 12.00 tengahari aku memulakan projek ini seorang diri. Biskut Chocolate Chips Cookies ni pon dah beberapa tahun aku buat. Tapi setiap tahun akan berbeza resepinya. Memandangkan resepi yang aku guna tahun lepas aku dah tak ingat aku simpan mane, makanya aku follow satu resepi baru di IG. Maka terhasillah Chocolate Chips Cookies yang ni. Sedap jugak.. Projek ni aku wat sorang-sorang jer, rakan kongsi datang lepas zuhur terus tidor... ciss...
Biskut Sarang Semut
Projek ketiga pulak pada 17 Mei yang lepas. Kali ni kami buat Biskut Sarang Semut. Biskut ni pertama kali aku cuba dan hasilnya amat memuaskan. Seperti biasa resepinya aku dapat di IG. Tahun depan pasti akan buat biskut ni lagi. (peringatan pada diri sendiri : ingat ye bakar 30 minit, bukan 20 minit seperti dalam resepi itu)
Kalau takda aral melintang, ada satu lagi projek yang akan aku buat mungkin esok atau lusa bergantung pada keluangan masa. Wat masa sekarang ni, aku dah masuk opis dah tapi kerja secara bergilir-gilir. Minggu ini dan minggu depan aku akan bekerja pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Selasa dan Khamis akan work from home. Lepas tu tak tahu lah jadual macam mana pula.
Sebelum raya ada Projek Kek Raya PKPB pula. Ada permintaan untuk aku wat Kek Sarang Semut, makanya terpaksalah aku memenuhi permintaan itu (permintaan orang tua, tak elok kita tolak). Dan aku juga terpikir untuk buat beberapa jenis kek untuk aku sendiri, kalau sempatlah. Hehehe...
0 comments