910 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 20) - Perintah Kawalan Pergerakan
Hari ini dah masuk hari ke-6 Perintah Kawalan Pergerakan Fasa ke-2. Sepanjang PKP ini dijalankan, aku hanya berkurung di rumah sahaja menurut perintah yang telah dikuatkuasakan. Sepanjang tempoh itu juga, aku hanya keluar rumah untuk membuang sampah dan memanaskan enjin kereta sahaja. Maklumlah, hidup di rumah tinggi ni memang terbatas pergerakan. Kalau dok umah atas tanah, sekurang-kurangnya boleh jugak jalan-jalan keliling rumah, bercucuk tanam ke, siram pokok bunga ke. Dapat gak merasa cahaya matahari. Sepanjang tempoh itu juga, hanya sekali sahaja aku keluar rumah, itu pon cuma pergi ke kedai berdekatan membeli barang yang telah kehabisan di rumah. Itu pon keluar dengan tergesa-gesa dan rasa cepat-cepat nak balik ke rumah.
Rumahku Syurgaku #stayathome
Soal makan aku tiada masalah. Hidup sebatang kara ni, aku tak memilih pasal makan. Kalau ada aku makan, kalau takde aku makan jer apa yang ada. Sepanjang PKP Pertama, aku makan bersama sahabat. Kami kongsi beli barang basah dan bahan mentah, masak dan makan bersama. Masak pon bukan makanan mewah, janji cukup garam dan gulanya dan kenyang perut jadilah bagi kami. Sepanjang enam hari PKP Kedua ni pula, aku makan dengan sahabat yang lain pula, namanya Food Panda dan Grab Food. Tapi aku order hanya untuk makan tengahari sahaja, untuk makan pagi, aku makan apa yang ada, roti ke, biskut ke, megi ke. Malam pula selalunya aku tak makan, kalau lapar aku akan makan biskut sahaja. Hidup orang bujang macam tu lah. Huhu...
Oleh kerana terlalu banyak masa yang terluang, ada juga sekali sekala aku isikan dengan aktiviti yang berfaedah (selebihnya memang tak berfaedah, tengok tv jer). Sempat juga aku menyediakan beberapa manisan untuk di makan sendiri. Kadang-kadang sahabat datang bertandang, dijamu sahabat pula. Jangan risau, sahabat tu jiran jer, Dia pon menguatkuasakan perintah berkurung kepada dirinya dan kami berkumpul cuma dua orang, kadang-kadang tiga orang, dan berkumpul di rumah sendiri jer. Macam tu takpe kan??
Pada 22 Mac yang lalu, aku berjaya membuat Agar-Agar Laici. Senang sangat membuatnya. Bahan-bahan cuma agar-agar tak kira lah yang tali atau yang serbuk, tapi aku guna yang tali. Satu tin laici tak kira apa brand, gula dan air. Ko campurkan semuanya, rebus, masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Dah siap. Selamat makan.
Agar-Agar Laici
Pada 27 Mac pula aku menyediakan Puding Jagung, Pernah buat puding ni masa mula-mula berjinak-jinak ke dapur. Buat puding ni pon senang banget. Bahan-bahan nya, satu tin jagung tak kiralah yang kernel atau yang jenis cream tu. Nak guna jagung fresh pon bole. Aku guna jagung kernel dalam tin sahaja sebab tu jer yang ada di rumah. Bahan-bahan lain seperti susu cair, gula, air dan tepung kastard (ade lagi ke yang aku tak tulis?). Campur semuanya dan panaskan atas api sehingga likat. Jangan lupa untuk dikacau sentiasa.
Puding Jagung
Pada 29 Mac pula, aku cuba Puding Karemel Tanpa Telur. Pernah juga buat puding ni dua tiga kali sebelum ni, tapi kali ini aku cuba buat yang tanpa menggunakan telur. Untuk menggantikan telur itu, dia gunakan agar-agar dan tepung kastard. Bahan-bahan lain adalah gula, susu cair, susu pekat, air dan esen vanila. Pastu masukkan jer ke dalam kulkas. Hasilnya macam terkeras sikit plak yang aku buat ni. Terkurang air kot. Kalau nak dibanding dengan yang biasa tu, aku lebih suka yang menggunakan telur.
Puding Karamel Tanpa Telur. Tapi bagi aku sedap lagi
Puding Karamel yang bertelur tuh
Last but not least, pada 3 April lepas aku ada buat Apam Gula Hangus, sebab ada permintaan orang mengidam. Sebelum ni pon pernah beberapa kali buat. Tetapi kali ni, ada kesilapan teknik sedikit pada awal pembikinannya, makanya, apam tu naik tak berapa nak cantik. Macam bantat pon ade. Tapi rasanya tetap sedap dan dah habis pon kene baham dengan orang yang mengidam tu.
Apam Gula Hangus tak berapa nak jadi tapi sedap
Ada niat juga nak buat kek coklat, tapi sampai la pon tak buat-buat lagi, Bahan dah ada cume malas jer. Tengok lah nanti kalau rajin aku buat.
Sebelum PKP ni, cukup malas nak ke opis. Sampai sanggup amik EL, hahaha. Sekali tu kerajaan bagi cuti, amik ko sampai empat minggu. Tak tau nak wat apa. Ada ura-ura gak PKP ni nak disambung lagi. Adoi la...
4 comments
Sapo la nak abiskan segala kuih-muih tu kalau x abis?
ReplyDeleteHahaha... alhamdulillah, semua yg dibuat dah abis
DeleteSedapnya! Tabahlah ya. Nasib baik ada jiran hehe
ReplyDeletehai hanna, buat untuk makan sendiri tu kira sedap la untuk tekak sendiri... hehehe
Delete