908 : Tertunai Sudah Tanggungjawab (Episod 6) - Simpan Sahaja Lebihan itu
Hari ke-6 kita masih lagi tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan. Sepanjang enam hari itu, aku hanya duduk dan berkurung sahaja di dalam rumah. Nak keluar pergi ke kedai pon terasa was-was dan takut kalau tidak bernasib baik, terkena jangkitan itu, Nauzubillah. Semoga Allah melindungi kita dari dugaan ini, InsyaAllah.
Dalam bosan-bosan duduk di rumah itu, teringat pulak yang aku masih belum lagi melaksanakan tanggungjawab tahunan ini iaitu mengisytihar dan membayar cukai pendapatan. Kalau terlambat nanti, kena denda pulak dan aku tidak mahu dilabel sebagai pengkhianat negara.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini juga tidak banyak pengecualian yang aku tuntut, sebab memang tiada apa yang layak aku tuntut. Aku sekadar menuntut pengecualian untuk gaya hidup kerana aku ada membeli peralatan elektronik pada tahun lepas. Aku juga ada menuntut pengecualian untuk bayaran perkhidmatan kesihatan dan insuran diri. Tidak dilupa tuntutan pengecualian untuk bayaran zakat fitrah yang telah dibayar. Disebabkan tahun ini aku mendapat perkhidmatan internet secara percuma, makanya, aku tidak dapat membuat tuntutan pengecualian gaya hidup secara maksima, sekadar menuntut apa yang ada sahaja.
Walau bagaimanapun, syukur aku tidak perlu membuat bayaran tambahan kerana potongan PCB aku telah melebihi jumlah pendapatan aku yang boleh dikenakan cukai. Makanya, kita simpan sahajalah lebihan untuk untuk kegunaan kecemasan.
4 comments
1 April dah masuk PKP fasa 2.
ReplyDeleteBiar berlebih jangan tak cukup. Alhamdulillah dah settle ya
Alhamdulillah, dah dapat pon lebihan tu. boleh la simpan untuk kemudian hari
Deletemcm abe kie la. PCB tu terlebih bayar..bila isi efiling tu pasti ada baki yg akan dimasukkan semula ke akaun bank. Duit tu nanti akan dibuat byr zakat pendapatan. What u give is what u get, right?
ReplyDeleteWow.. zakat pendapatan ke? Ermm... kene bayar gak ni..
Delete