901 : Catatan Perjalanan - Seoul, Korea Selatan (Episod 8) : Selamat Tinggal Seoul. I Seoul U

Episod sebelumnya (Episod 7)

10 Oktober 2019 (Rabu)

Hari ini merupakan hari terakhir kami di bumi Seoul, Korea Selatan. Cuaca nampaknya ceria pagi itu, namun hati-hati kami bermuram kerana akan meninggal Seoul. Seoul bakal menjadi kenangan pahit manis, suka duka selama kami di sini. Penerbangan pulang kami bersama Air Asia X, Flight 505 dijadualkan pada pukul 4.25 petang dan kami dijangka akan check-out dari rumah kecil tiang seribu kami selewat-lewatnya pukul 1.00 petang dan akan terus menuju ke Incheon International Airport.

Untuk memanfaatkan masa dan KRW yang masih berbaki lagi, pagi itu, aku berserta dua orang sahabat lagi (sorang lagi tak nak ikut, nak rehat katanya) masih ada misi untuk diselesaikan. Kami keluar dari rumah kecil tiang seribu kami lebih kurang pukul 7.30 pagi dan menuju ke Namdaenum Market. Masih ada barang yang hendak dicari, masih banyak KRW yang perlu dihabiskan. Namdaenum Market masih lengang walaupon ramai juga orang tempatan yang lalu lalang, nak pergi kerja agaknye. Kebanyakkan kedai dan gerai masih belum dibuka.

Sedang kami berlegar-legar di kawasan itu, kami disapa oleh seorang ajushi menjemput ke kedai beliau yang baru dibuka. Kedai beliau menjual t-shirt Korea pelbagai corak dan warna. Kami mampir dan harga yang ditawarkan juga berpatutan, KRW4,000, sama harga dengan kedai ajumma yang kami beli tempoh hari. Kami terus memborong t-shirt di kedai ajushi itu. Agak banyak jugaklah kami memborong. Rezeki ajushi tu, bukak-bukak kedai dah dapat customer.

Selesai memborong dan menghabiskan beberapa puluh ribu KRW di situ, kami meneruskan pencarian kami dan singgah sekali lagi di kedai ajumma menjual brooch semalam. Sahabat masih masih lagi ingin membeli brooch untuk orang-orang tersayang yang ditinggalkan di Malaya. Senyum panjang ajumma itu tatkala nampak kami datang semula. Habis lagi beberapa puluh ribu KRW di situ, tapi puas hati. Katanya brooch di situ sangat berkualiti, tapi tak tahulah, pasal aku tak pakai brooch. Tapi nampak memang cantik-cantik belaka. Kalau mak ni geng Sajat, harus mak beli banyak di situ.

Selesai, kami masuk pula di bangunan sebelah. Di sini nampaknya banyak menjual barangan perhiasan rumah. Cantik-cantik juga nampaknya, tapi tak dapat nak round pasal mengejar masa. Walau bagaimanapun, sempat juga kami membeli beg cenderahati made in Korea berharga KRW5,000 setiap satu. Aku ambil 3 dan sahabat pula ambil lebih banyak dari itu. Selepas itu, kami bergegas lagi dan masuk pula ke bangunan sebelah. Di sini kebanyakkannya pula menjual cadar, sarung bantal dan yang seumpama dengannya. Banyak juga kedai yang menjual hanbok di sini. Cantik-cantik plak aku tengok hanbok-hanbok yang dipamerkan di situ. Ada saiz dewasa, kanak-kanak dan pakaian tradisional lelaki pon ada. Tetiba boleh pulak berangan nak kawin pakai hanbok... hahaha... Tak sempat nak tanya pulak harga sepasang berapa...

Beg cenderahati yang dibeli. Ada pelbagai warna. 
Gambar ni beg itu telah dilipat menjadi beg kecil, kalau dibuka, 
boleh jadi beg yang besar. Kami pon memula tak tahu, ajumma kedai tu yang beritahu...

Pusing-pusing aku terbekenan pulak pada satu cadar kaler putih tu. Corak simple sahaja dan tak berserabut dan tak berbunga-bunga sangat. Itu nyang aku mahu. Memang berhajat di hati nak mencari cadar. Dia bukan yang jenis fitted tu, tapi jenis yang letak atas tilam, tak setebal toto, kain dia pon sedap-sedap jer bila pegang. Aku beli sahaja pada harga KRW55,000 kerana duit KRW masih banyak berbaki. Nak cari sarung bantal pula, tapi tiada yang berkenan dan dah kesuntukan masa untuk round-round lebih lama.

 Cadar yang dibeli di Namdaemun Market yang telah dibentangkan di katil 
di rumah bujang ku. Nampak cantik bilik aku.. huhu... 

Menjelang pukul 12.00 tengahari kami sudah sampai semula ke rumah kediaman kami. Bersiap-siap apa yang patut, berkemas serba sedikit rumah itu agar tidak bersepah dan sempat juga kami makan tengahari menghabiskan stok makanan yang di bawa. Stok yang tidak habis, kami sedekah dan tinggalkan sahaja di rumah itu untuk tetamu yang akan datang. Lebih kurang pukul 1.00 petang, kami berlalu meninggalkan rumah kecil tiang seribu itu. Selamat tinggal Cheongpadong. We will miss you. 

afeezz. syah, nisya & taj was here with love
3 ~ 9 October 2019

Jalan yang dilalui untuk ke Stesen Sookmyung Women's University

Pintu masuk rumah kecil tiang seribu kami.
Tuan rumah perlulah buat sesuatu untuk menjadikannya lebih ceria

Stesen Sookmyung Women's University

Kami menaiki train dari Sookmyung Women's University Station ke Seoul Station dan terus ke Incheon International Airport. Selepas check-in dan check-in luggage, kami mencari kaunter untuk tax claim. Ada barang yang aku beli yang dapat tax claim. Selepas tuntutan dibuat, aku mendapat semula pulangan cukai berjumlah KRW2,000. Selepas selesai urusan tuntutan cukai itu, kami bergegas pula ke pintu berlepas, memandangkan kami sudah agak kelewatan. Nasib baik sempat sampai dan proses boarding penumpang masih dijalankan.

Pesawat berlepas mengikut jadual mendongak ke langit dan meninggalkan bumi Seoul.

Menu yang dipilih di dalam pesawat, Roasted Chicken. Tak cukup plak makan satu... 

Oleh kerana tak kenyang makan Roasted Chicken, kite order plak Vietnamese Iced Coffee dan Caramelized Apple Burnt Cheesecake ni. Sedap cheesecake tersebut. Bende ni beli masa atas pesawat menggunakan KRW yang masih berbaki. Wang asing diterima di atas pesawat cuma, bakinya akan dipulangkan di dalam RM. 

Permandangan luar pesawat 

Matahari hari itu hampir terbenam

Kami mendarat di tanah air lebih kurang pukul 10.00 malam. #missingseoul








bersambung (Episod 9 - Akan datang)

You Might Also Like

4 comments

  1. Cantiknya cadar tu dah macam cadar pengantin baharu pun ia Mrs.A tengok hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang beli untuk kawen nanti, tp tak kawen-kawen pon... terpaksa lah guna terus

      Delete