899 : Selepas SAYS Malaysia, Kini OhBulan! Pula Guna Gambar Aku

Beberapa hari yang lepas, seperti biasa untuk mengisi masa yang banyak terluang di pejabat, aku pon surf lah beberapa site yang aku selalu mampir. Tiba-tiba di satu site ni, aku terpandang satu gambar yang macam aku kenali, bukan macam sebenarnya, memang aku kenal pon. Gambar ni juga pernah digunakan oleh sebuah site lain, (tak tau pulak kategori site itu ape, infotainment kot), SAYS Malaysia. Kali ini gambar yang sama digunakan pula oleh site OhBulan!. Itu adalah gambar aku yang pernah aku gunakan di dalam blog ni.

Artikel bertarikh 4 Disember oleh Shira itu menceritakan bagaimana untuk menukar atau mendepositkan duit syiling ke dalam akaun bank. Tajuk artikel yang lebih kurang sama juga yang digunakan di dalam SAYS Malaysia.

Gambar aku yang digunakan oleh OhBulan! di dalam artikel bertarikh 4 Disember 2019 

Gambar aku yang digunakan oleh SAYS Malaysia untuk artikel bertarikh 21 September 2018 

Gambar yang sama yang digunakan oleh aku di dalam artikel aku bertarikh 20 April 2013 

Walau ape pon, semua duit-duit syiling aku tu telah pon berjaya aku depasitkan ke dalam akaun aku di Maybank. Punyalah banyak sehinggakan aku terpaksa membuat dua trip untuk membawa naik ke tingkat satu Maybank cawangan Bandar Baru Selayang itu. Nasib baik tak patah jer pinggang aku. 

Siap guna plastik sampah lagi bawa ke bank sebab tak muat nak masuk beg.

Aku telah berjaya membuat sebanyak tiga kali deposit di mana yang pertama berjumlah RM506.30, deposit kedua berjumlah RM33.60 dan deposit ketiga berjumlah RM562.90. Makanya, jumlah tabungan aku yang entah berapa lama aku peram itu berjumlah RM1,102.80 tidak termasuk agak banyak juga duit syiling yang direject. Yang reject tu kebanyakkannya duit syiling yang telah lusuh, berkarat dan terdapat juga beberapa duit syiling Thailand Bath. Entah sape plak yang masukkan bath tu dalam tabung aku, patut la mesin tu reject. 

Harap-harap pihak SAYS Malaysia dan OhBulan! terbacalah post aku ni. Boleh gak aku mintak loyalti pasal guna gambar aku.. Ahakz...

You Might Also Like

5 comments

  1. lps ni glamer la affeez...retis gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... glemer aper nyer, guna gambar org tp tak bg acknowledgement pon amik gambar tu dr mane...

      Delete
  2. Cis!!! ini tak boleh jadi depa mencuri hasil kreativiti orang.
    Sila claim segera ehh! tiberr...

    Next time silalah letak watermark pada gambar-gambar ya. #justmy2cents

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus claim tu, harta intelek kan.. hahaha. skrg ni dah letak watermark dah. so takleh nak guna tanpa kebenaran..

      Delete
    2. Ada baru-baru ni Mrs. A singgah kat satu blog tu pun guna gambar ni jugak.

      Delete