887 : Anak-Anak Ikan Ku (Episod 3)

Kali terakhir aku mempunyai sebuah akuarium dan membela ikan sebagai haiwan peliharaan adalah sekitar tahun 2012/2013. Semuanya bermula apabila ada seorang kawan telah menghadiahkan aku seekor ikan laga sebagai hadiah hari lahir aku. Malangnya, umur ikan itu tak lama. Innalillah... Bermula dari situ aku mula berminat untuk memelihara ikan hiasan.

Kemudian aku meneruskan minat aku tu dengan membeli beberapa ekor ikan guppy dan membeli sebuah akuariun sederhana besar untuk memelihara mereka. Malangnya kerana pengalaman dalam memelihara ikan hiasan ni hampir tiada, kebanyakkan ikan aku tu menemui ajal mereka. Walaupon tanpa pengalaman, ada satu ketika, ikan guppy aku membiak dan melahirkan hampir 30 ekor anak. Tetapi, semuanya menemui ajal juga diakibatkan oleh seseorang yang telah memasukkan sesuatu yang tidak sepatutnya ke dalam air anak-anak ikan itu, Innalillah.

Aku tidak berhenti di situ sahaja, aku telah membeli lagi beberapa jenis ikan untuk dijaga, dan akhirnya semuanya menemui ajal juga. Akhirnya, aku berhenti di situ.

Beberapa minggu sebelum bulan puasa yang lepas, seorang kawan kepada sahabat telah memberikan beberapa ekor ikan guppy kerana ikan guppy beliau telah membiak dan jumlahnya telah menjadi agak banyak. Oleh kerana sahabat malas nak menjaga, diberikan kesemua ikan itu kepada aku. Segera aku ke sebuah pet store untuk membeli sebuah akuarium. Oleh kerana kesemua ikan yang diberikan berwarna merah, aku telah membeli beberapa ekor ikan lagi dengan kaler yang lain, biar nampak meriah. 

Akuarium aku pada awalnya

Sehingga kini, dari lapan ekor yang diberikan termasuk enam ekor yang aku beli tolak beberapa ekor yang aku beri kepada sahabat (since dia pon dah mula minat nak bela ikan hiasan) jumlah terkini ikan dalam akuarium aku hampir 30 ekor, berwarna merah dan kuning. Dan aku masih nampak beberapa ekor anak kecik berenang-renang dicelah pokok dan batu. Tak pasti plak ikan betina mana yang baru bersalin tu. 

Oleh kerana akuarium kecil aku tu nampak dah macam sesak, aku pun membeli sebuah akuarium bersaiz dua setengah kaki minggu lepas. Sehingga kita aku masih belum dapat memindahkan anak-anak ikan aku ke kediaman baru mereka kerana terdapat masalah dengan water filternya. Baru hari ini aku dapat menyelesaikan masalah tersebut dan menghiaskan akuarium itu. InsyaAllah kalau tiada masalah di mana-mana, esok boleh pindahkan anak-anak ikan aku ke kediaman baru mereka.

Akuarium baru yang menunggu masa untuk diduduki


You Might Also Like

0 comments