888 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 13)

Sebagai seorang bujang sebatang kara yang menumpang hidup di ibu kota, semua kene buat sendiri dan kene usaha sendiri termasuk lah dalam urusan mengisi perut. Kadang-kadang tekak dah tak boleh terima untuk makan di kedai, kadang-kadang sampai tak tahu nak makan di mana. Sana jemu sini pon jemu. Jalan terakhirnya, nak tak nak, kenelah masak sendiri. Untuk makan sendiri, jadilah untuk tekak sendiri.

Aku ni baru dalam bidang masak memasak ni. Sebelum hidup membujang ni, soal masak memasak dan makan minum ni aku serahkan semuanya kepada mak aku. Masakan mak memang terbaik di dunia. Sejak-sejak mak dah takda, dan aku kini hidup sebatang kara, aku belajar untuk mengisi perut sendiri. Sejak-sejak aku tinggal di rumah bujang aku ni, aku lebih rajin memasak dan berminat untuk belajar memasak. Banyak yang telah aku cuba, dari lauk pauk hinggalah ke manisan dan kuih raya tidak ketinggalan kek. Banyak yang aku dah tayang kan kat blog yang tak seberapa ni di bawah labels tag 'Masak Sendiri Makan Sendiri, sekadar untuk menunjuk riak dan takbur (hahaha.. tapi takde orang peduli pon), tetapi ada juga yang aku tidak sempat ceritakan, untuk diri aku sendiri. 

Berikut adalah beberapa yang aku tak sempat untuk ceritakan, kalau nak resepi, bole PM tepi... hahaha

14 Jun 2019 - Disebabkan ada nasi sejuk dan sambal sardin lebih, aku buatlah
Nasi Goreng Sardin untuk makan malam aku hari itu. Rasanya sedap untuk tekak sendiri.

19 Jun 2019 - Aku memang peminat kari ikan. Kalau pegi ke gerai nasi campur, 
lauk pertama aku akan cari adalah kari ikan. Makanya, pada hari itu aku cuba memasak 
Kari Ikan Tenggiri. Macam biasalah, kari aku terpekat...

22 Jun 2019 - Sahabat memberi mangga ni. Disebabkan masih muda dan bila
tunggu-tunggu tak jugak masak, aku pon try buat jeruk mangga. 
Ok jugak rasanya. Habis jugak lah aku bedal seorang.

 
23 Jun 2019 - Disebabkan ada pisang yang dah nak expired, makanya aku buatlah
cekodok pisang ni. Jadi jugaklah walaupon tak gebus.

24 Jun 2019 - Aku cuba buat Kari Telur. Sekali lagi, aku rasa kuah kari 
aku terlalu pekat. Tensi mak 

2 Julai 2019 - Untuk lauk makan malam hari itu, aku try pula Sambal Telur Hancur. 
Tapi sambal aku rasa semacam jer dan tak berapa nak sedap. 
Disebabkan takmo membazir, aku telah juga.

18 Julai 2019 - Cuba resepi sahabat, Telur Hancur namanya. 
Dimasak dengan bawang, bawang putih, cabai melaka dan halia. 
Sedap, bole try kalau dah bosan dengan  Telur Dadar biasa..

19 Julai 2019 - Disebabkan ada nasi berlebih, kita try buat nasi goreng. 
Sedap juga untuk tekak sendiri


21 Julai 2019 - Tiba-tiba terajin petang itu. Dah lama sebenarnya nak mencuba puding ni, 
bahan-bahan semua dah ada, makanya malam itu baru berkesempatan membuatnya.

Hasilnya tak berapa cantik kejadiannya, tapi rasanya ada. 
Kesilapan yang dikesan adalah terlalu lama di masak selepas susu cair itu 
dimasukkan sehingga susu itu menjadi berketul-ketul. Takpe, aku belajar dari kesilapan. 

28 Julai 2019 - Disebabkan ada Sambal Sardin lebihan makan malam semalam, 
kite upgrade sikit, kita buat Sardine French Toast. Not bad...

28 Julai 2019 - Hari ni terlebih rajin sebab tinggal sorang-sorang. 
Kita try buat Tom Yam Ayam plak. Pakai paste tom yam Adabi jer. 
Rasa boleh tahan tapi kuah dia macam terlebih plak. Makanya, cairlah tom yam aku.

28 Julai 2019 - Disebabkan terlebih rajin tengahari itu, aku try Sambal Kering pulak. 
Sebab semua bahan dah ada, kita campak-campak jer semuanya. 
Jadilah seperti gambar di atas. Rasanya sedap walaupon sambal cilinya terhangus sket, ahaks... 

3 Ogos 2019 - Last but not least, aku cuba Ikan Tenggiri Masak Kicap. 
Sedap jugak aku masak ni, cuma kuih dia terkurang plak.

Itu je lah buat masa ni. Banyak gak aku dah  try, cuma sedap tak sedap je lah. 

You Might Also Like

0 comments