877 : Ban Dai Star Wars AT-AT

Beberapa minggu yang lepas, aku bersama seorang sahabat telah ke D'Pulze Shopping Complex, Cyberjaya. Tujuan utama aku ke sana adalah untuk membeli bidet tandas untuk menggantikan bidet tandas rumah aku yang telah rosak. Sebelum kami singgah di ACE Hardware itu, kami pergi makan dahulu kemudian sekadar window shopping sahaja di sana.

Kemudian sahabat telah mengajak aku mampir di sebuah kedai menjual alat-alat permainan dan figura-figura aksi. Sekadar window shopping sahaja katanya dan akhirnya aku terbeli benda alah ni pada harga RM160.00. Ermmm...

Ban Dai Star Wars AT-AT

Pada minggu lepas, disebabkan aku mendapat Cuti Sakit selama seminggu kerana tuuttt.... aku pon cuba untuk assemble benda ni. Mula-mula lihat memang payah dan memerlukan ketelitian. Komponen-komponen yang perlu dipasang juga agak banyak dan ada yang sangat kecil sehingga nak pegang dengan tangan aku ni pon tak boleh. Terfikir juga la, ape la fungsi komponen-komponen yang kecil-kecil tu. Pemasang perlu berpandukan manual yang diberi, makanya kalau tak pandai nak baca manual tu, nescaya tak jadi figura ko tu.

Untuk hari pertama aku memasangnya, aku berjaya memasang kepala dan empat batang kakinya sahaja.

Hari pertama berjaya pasang kepala ni. Kalau nak tahu, dalam kepala ni siap
ada 2 figura Stormtroppers tengah duduk drive AT-AT ni.

 Siap... empat batang kaki AT-AT ni. Susah gak nak pasang pasal 
ada komponen yang kecil giler

Hari kedua aku memasangnya, aku berjaya memasangkan badannya seterusnya aku assemble semuanya dan jadilah figura AT-AT itu.

Siap... badan AT-AT

Siap pasang semuanya. Ini lah rupa AT-AT tu

Walaupon aku telah berjaya pasang AT-AT ni, masih ada komponen yang terlebih. Tak tahu dah kat mana nak letak, rasanya aku dah ikut manual betul-betul. Kita husnuzon je lah, mungkin itu spare-part dia kot.

Kepada yang bukan peminat siri Star Wars, AT-AT itu adalah binatang ini. 

AT-AT sedang berjuang. Sumber : Google

Nak tahu lebih lanjut mengenai AT-AT boleh Google sahaja ye. Mak tak kuasa nak explain lebih-lebih...

You Might Also Like

2 comments

  1. Tahniah! sangat gigih hanya mereka yang mempunyai kesabaran tinggi je mampu pasang ni dalam masa 2 hari.

    Anak Mrs. A yang lelaki dua orang tu kalau beli menda macam ni nanti jadi bergaduh Si Adik suruh Along pasang tapi paksa-paksa suruh cepat Along

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... sebab takde keje.. dpt lah selesai dalam masa 2 hari. Bende ni dah lama beli, tp masa tu baru ada kesempatan nak assemble..

      Delete