842 : Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1437 (Episod 8)

Assalamualaikum

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dan pejam celik kembali bertemu kita sekali lagi dengan bulan Ramadhan. Esok, seluruh umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Aku harap, aku diberikan kesihatan yang baik untuk berpuasa dan agar puasa aku sentiasa terpelihara. 


Ramadhan tahun ini, InsyaAllah aku akan berpuasa di rumah baru aku di Cyberjaya. Walau bagaimanapun aku akan tetap pulang dan berpuasa di Selayang. Terasa teruja pula nak bersahur dan berbuka di rumah baru. Sepanjang Ramadhan ini, bazaar-bazaar Ramadhan akan menjadi sahabat baik aku. Disitulah aku akan membeli juadah-juadah untuk berbuka dan bersahur. Sekadar untuk makan seorang diri, aku rasa baik beli sahaja, lagi pon bila sampai ke rumah dari opis, badan pon dah penat dan kalau boleh nak baring dan tidor sahaja sampai malam, hehehe..

Sepanjang bulan Ramadhan ini pula, aku akan masuk kerja pukul 7.30 pagi. Terasa berat badan nak melangkah ke pejabat pagi-pagi buta macam tu. Tapi apakan daya, saya yang menurut perintah. Dan sesudah subuh aku terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas untuk ke pejabat. Kalau subuh masuk lambat, makanya terpaksalah aku subuh di pejabat sahaja. 

Apa-apa pun aku berharap aku tabah untuk menempuh segala rintangan sepanjang Ramadhan ini. InsyaAllah puasa aku diterimaNya. Amin...

You Might Also Like

0 comments