843 : Hari Pertama Di Bulan Ramadhan 2018
Assalamualaikum
Selamat berpuasa kepada mereka yang tak berpuasa. Alhamdulillah, semalam aku berjaya menempuh hari pertama berpuasa dengan jayanya walaupun kadar pahala yang diterima mungkin tidak seberapa. InsyaAllah segala amal yang aku lakukan semalam diterima dan diberkatiNya.
Hari pertama puasa semalam aku rasa lebih cergas dan segar dari hari pertama berpuasa pada tahun-tahun sebelumnya. Aku berjaya menunaikan fardhu tarawikh berjemaah di masjid berdekatan pada malam pertama kita berpuasa, berjaya buat 8 rakaat sahaja daripada 20 rakaat yang dilakukan di masjid tersebut. Alhamdulillah dan tahniah untuk aku, hehehe...
Keadaan masjid yang dipenuhi jemaah pada malam pertama bertarawikh
Pagi semalam, aku set alarm henfon aku pada pukul 5.00 pagi untuk aku bersahur. 10 minit selepas pukul 5.00 pagi baru aku bangun dengan malasnya. Hanya kurma tiga biji dan segelas air campuran madu menjadi rezeki aku pagi itu. Harap dapat membekalkan tenaga sehingga petang. Selepas azan subuh aku mandi dan bersiap untuk ke pejabat. Bulan puasa ni aku masuk pukul 7.30, ape ke jadahnya aku pilih untuk masuk pagi-pagi buta macam tuh. Selepas solat subuh aku terus bersedia untuk ke pejabat pada pukul 6.10 pagi tatkala masih ramai diluar sana sambung tidor selepas sahur (jeles k...)
Aku sampai ke pejabat lebih kurang pukul 7.15 pagi di mana pintu pejabat masih lagi belum dibuka. Keadaan jalan raya dari Cyberjaya ke Petaling Jaya macam biasa je kalau nak dibandingkan dengan keadaan diluar bulan puasa. Dah mula sesak macam biasa. Kat pejabat macam biasa lah, banyak termenung dari wat keje. Bukannya malas, tapi memang waktu sekarang ni kurang keje nya. Agak bosan gak la. Mengantuk jangan cakap la, pukul 11.00 mata macam tak bole nak tahan dah, tapi takde pon nak melempiaskan nafsu tidor tu. Bertabahlah menunggu pukul 1.30, time rehat tengahari.
Pukul 4.00 terus aku cabut balik tanpa membuang masa. Bulan puasa ni dapat la balik awal. Ingatkan aku awal, tapi ada orang lain yang lagi awal dari aku sampai jalan pon dah start jem, tensi aku sekejap. sampai rumah dalam kol 5.00 petang, terus aku campak segalanya dan baring di atas ranjang bertelanjang. Terlelap gak la sekejap.
Pukul 5.30 aku dan sahabat keluar untuk mencari juadah berbuka puasa. Kami menuju ke Bazaar Ramadhan Cyberjaya di Lingkaran Cyberpoint Barat, NeoCyber. Bazaar dia takde la besar malah bole dikatakan tidak cukup untuk memenuhi kehendak masyarakat Cyberjaya yang berbilang bangsa dan warganegara. Disebabkan itu, aku hanya dapat membeli kuih-muih sahaja, main dish semuanya macam dah habis dan kalau ada pon, terpaksa beratur panjang (tahniah masyarakat Cyber, nak beli semua beratur, takde rebut-rebut). Oleh kerana tak dapat beli ape-ape, kami terus ke McD berhampiran dan beli Nasi McD sahaja. Alhamdulillah, sedap jugak nasi McD tu, banyak plak tu, kenyang makan berbuka. Nyaris terbatal puasa aku semalam kerana secara tidak sengaja memasukkan sedikit sambal ke dalam mulut, hehehe.
Bazaar Ramadhan Cyberjaya
Malam semalam, aku tak dapat menunaikan fardhu tarawikh di masjid kerana keadaan kesihatan aku yang tak mengizinkan. Harap-harap keadaan aku semakin baik hari ni agar aku dapat menunaikan tarawikh dan amalan-amalan lain dengan lebih sempurna. Aminn...
0 comments