841 : It's Not Big, But It's Mine (Episod 3)

Sehingga ke tarikh ini, rumahku syurgaku hampir boleh diduduki, malah aku sendiri sudah beberapa kali bermalam di rumah ku di M19. Boleh dikatakan sekarang hampir setiap minggu aku akan pergi dan bermalam di sana. Rasa teruja dengan rumah baru itu masih menebal. Aku hanya menunggu masa yang sesuai untuk berpindah sepenuhnya, tapi bukan dalam masa terdekat ini.

Barang-barang dan perabut yang aku tempah semasa kunjungan aku ke ekspo-ekspo perumahan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sudah hampir semua aku terima. Bermula dengan chest of drawer dan dua unit bed side tables, diikuti pula dengan sofa set dan akhir sekali tv cabinet. Cuma tilam dan set katil sahaja yang masih belum diterima. Aku sudah menelefon syarikat berkenaan pada bulan Februari yang lepas, katanya dalam tempoh dua minggu akan buat penghantaran, tetapi ini sudah berminggu-minggu, jangan kata barang, telefon pon tidak. Aku pula tidak membuat follow-up kerana kekangan masa. Tengoklah, sabtu ni aku akan telefon dan serang syarikat berkenaan, hehehe. 

Grille untuk pintu utama juga sudah dipasang setelah dua kali aku reject pasal salah design. Katanya dah pernah buat kat kawasan perumahan ni, tetapi masih buat salah, camne tuh, malas nak argue aku reject jer. Siap bos dia pon nak marah-marah aku. Masalahnya, sendiri datang ukur, sendiri tengok pon masih buat salah. Apa-apa pon, takkan rekomen company ni kat sesiapa pasal buatannya pon tidak kemas. Ingat nak tolong Melayu, tapi Melayu wat tak senonoh, baik amik ngan Cina. Huhu...

Last week aku dan sahabat ade berkunjung ke sebuah expo di PWTC untuk tengok-tengok kalau ada yang berkenan. Aku pon masih ade yang hendak dicari. At the end, takde ape yang aku terbeli di expo itu, takde yang menarik bagi aku. Tetapi sahabat ada membeli sebuah bar counter yang lama dah dia dok ushar, akhirnya beli juga beliau bar counter itu setelah company itu ada membuat zero interest installment. Huntong la... Kemudian kami singgah di SSF Sunway Putra Mall. Takde niat untuk membeli apa-apa dan akhirnya kami terbeli satu set meja makan, set tiga buah storage stool, coffee table dan beberapa barang lain yang berjumlah RM1,500.00 plus plus. Ahaks... Ini semua gara-gara SSF membuat promosi untuk Birthday Month untuk member yang lahir di dalam bulan April. Memandangkan ada birthday girl dalam group kami, sahabat terus mendaftar jadi member dan kami berkelayakan untuk mendapat diskaun sebanyak 40% untuk dua barang dan 30% untuk lima barang lagi. Barang-barang kami akan dihantar pada 30 April nanti.

Oklah, bagi aku cukup berbelanja untuk rumah baru. Settle hutang-hutang dulu pastu kite sambung lagi. Hehe... 


You Might Also Like

0 comments