769 : Me Asus Masuk Hospital
Tak tau kenapa, tiba-tiba skrin henfon aku jadi separuh jer. Separuh lagi gambar dia macam nak tak nak je keluar. Kadang-kadang terus hang bahagian yang bermasalah tuh. Tensen aku sekejap. Nak tak nak terpaksalah aku bawa ke kedai tempat aku membelinya dulu. Tanya-tanya dulu camne since henfon tu masih dalam waranti. Mamat cina tu cakap kene hantar ke servis center kat Low Yat. Kedai tu cume buat sales jer, tak wat mende-mende macam ni. Ermm... terpaksa lah pi Low Yat, satu tempat yang taknak aku pi bukan disebabkan oleh isu-isu pergaduhan dan penipuan yang pernah disaksikan dulu, tetapi sebab malas nak menempuh jem tahap dewa nak sampai ke sana.
Sabtu lepas, nak tak nak aku ajak seorang sahabat teman aku ke Low Yat sebab dah hilang sabar guna henfon tu. Sebelum aku campak ke dinding, baek aku hantar cepat-cepat. Memula bercadang nak naik kenderaan awam sahaja, akhirnya kami drive sahaja ke sana dari Cyberjaya. Jem jugak lah nak menyampaikan ke sana. Disebabkan tak tahu kat maner nak pakir kereta, kami pakir sahaja di Berjaya Times Square memandangkan kami dah lalu depan tempat tu. Nak pakir kat Low Yat kene patah balik dan memandangkan jalan tu dan jem, terus kami decided masuk ke Berjaya Times Square.
Kami menapak ke Low Yat. Ramainya manusia kat Times Square tu, rimas plak aku dibuatnya. Servis Center Asus tu terletak di tingkat 4, Plaza Low Yat. Setelah menerangkan dan melihat apa masalah henfon aku tu, maka henfon aku tu kene masuk hospital. Katanya akan siap dalam masa satu minggu. Ermm... mereputlah aku nak tunggu satu minggu tu, itu pon kalau bole siap.
Wat masa sekarang terpaksalah aku guna henfon yang lama, Samsung Galaxy S2. Sib baek aku tak let go henfon tu. Dapatlah guna walaupon selow yang amat menguji kesobaran.
Bukan gambar sebenar. Macam ni lah lebih kurang
masalah henfon aku... uhuks
#SalamSayang
0 comments