768 : Cerita Pasal Asus Zenwatch dan Samsung Gear S2

Beberapa minggu yang lepas, seorang sahabat telah mengajak aku ke Subang Jaya. Nak beli Asus Zenwatch katanya since dia pakai Asus Zenfone 2. Aku pon follow je lah. Sebelum ni aku memang tak tahu menahu apa-apa pon pasal  smartwatch since aku ni pon bukan mengikuti perkembangan dunia gadget ni. Bila dia dah beli barulah aku tahu. Wah... macam menarik. Bole tukar-tukar dia nyer faces, bole mendapat notifikasi atau message dari hp melalui jam sahaja. Bole jawab message guna jam tu jugak. Bole mengukur itu dan ini tentang kesihatan dan kecergasan dan macam-macam lagi. Best sangat... Nak jugak, nak jugak... Tapi memandangkan jam tu tak berapa nak cantik pada pandangan aku, aku pendamkan dulu hasrat itu. Sedey... 

Minggu lepas, tatkala aku bersama seorang sahabat berjalan-jalan di IOI City Mall, kami telah singgah di kedai Samsung. Terbelek plak Samsung Gear S2, model smartwatch Samsung. Hati sudah berkenan, tapi masih menafikan untuk membelinya. Harga pon agak mahal berbanding Asus Zenwatch sahabat tu. Si sahabat giat meracun. Akhirnya aku terpedaya. Swipe jer dan ia kini menjadi milik aku. Hahaha... 

Mempunyai ciri-ciri boleh menukar face jam mengikut yang mana kita berkenan. Bole menerima dan menjawab message dari henfon. Bole juga merekod aktiviti kecergasan kita dan macam-macam lagi lah. Tak habis explore lagi.

Bukan gambar sebenar (ehsan google.com) 


#SalamSayang

You Might Also Like

0 comments