770 : Yang Ketiga dan Yang Terakhir Untuk Tahun Ini

Sabtu lepas aku menyertai satu lagi larian, Garfield Run 2015 bertempat di Plaza Tugu Negara KL. Mengikut jadual, larian itu akan dilepaskan pada pukul 4.00 petang. Lengkap untuk tahun ini, satu larian pagi, satu larian petang dan satu larian malam. Garfield Run ni hanya untuk fun run sahaja sejauh 5km dan 3km. Aku masuk untuk 5km.

Lebih kurang pukul 2.30 petang, aku beserta 3 sahabat yang lain bergerak menuju ke tempat larian. Memandangkan tempat pakir yang dicadangkan agak jauh, maka kami keluar agak awal. Tapi nasib kami agak baik bila dapat pakir di tempat pakir yang dekat dengan tempat pertandingan. Agak meriah jugak lah tempat pertandingan tu dengan gerai-gerai games dan sebagainya. Peserta pon agak ramai dan semuanya memakai baju kuning, dah nampak macam perhimpunan Bersih plak petang tu. 

Peserta telah dilepaskan pada pukul 4.45 petang di kala matahari sangat terik. Memandangkan laluan larian agak berbukit-bukit, aku terpaksa berhenti beberapa kami untuk mengambil nafas. Aku berjalan sahaja sepanjang laluan sebab tak larat nak berlari dah. Walau bagaimanapun aku berjaya menamatkan larian aku. Catatan masa tidak dapat dipastikan sebab stopwatch aku ntah macam mana bole pause plak pada minit ke 40. Oleh yang demikian, masa tidak dapat direkodkan untuk larian ini. Sedey. Tapi aku rasa, masa aku lebih lama daripada masa yang aku buat sebelum ini iaitu 1 jam 4 minit. 

Garfield Run merupakan penutup aktiviti larian aku pada tahun ini. Untuk bulan Januari 2016, dah ada satu larian yang aku dan daftar. InsyaAllah kalau takda aral di mana-mana, aku akan berlari a.k.a berjalan lagi. Huhu...

Finisher Medal untuk Garfield Run 2015


#SalamSayang

You Might Also Like

0 comments