751 : Buku Merah Jangan Lupa Bawa Moga-Moga Belum Tamat Tempoh (Episod 2)
Memandangkan aku akan bercuti ke satu destinasi pilihan pada awal bulan hadapan, dan memandangkan passport aku telah pon tamat tempoh pada 22 Ogos 2015 lepas, makanya aku dan dua orang sahabat yang lain telah bercadang untuk untuk memperbaharui passport kami pada hari Sabtu lepas. Kami merancang untuk memperbaharuinya di Putrajaya seperti sebelum-sebelum ini.
Kami bergerak ke Putrajaya lebih kurang pukul 7.15 pagi dan tiba ditempat yang dituju iaitu di Presint Diplomatik lebih kurang setengah jam kemudian. Malangnya, Pejabat Pasport di situ telah pun dipindahkan ke satu tempat yang lain. Kami pon segera menggoogle untuk mendapatkan lokasi terbaru pejabat itu. Rupa-rupanya ia telahpon berpindah di Menara Ikhlas di Presint 3 berhampiran Istana Kehakiman. Kami pon dengan kadar yang segera menuju ke sana kerana tidak mahu kelewatan. Sesampai sahaja di lokasi yang dituju, kami telah dimaklumkan oleh seorang Pengawal Keselamatan di sana bahawa pejabat pasport hanya beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja dan ditutup pada hujung minggu, berkuatkuasa Januari 2015. Alamak... terpaksa menukar plan nampaknye. Kami pun berfikir-fikir mencari Pejabat Imigresen yang terhampir, dan akhirnya kami putuskan untuk ke UTC Pudu sahaja.
Kami tiba di UTC Pudu hampir pukul 9.00 pagi dan barisan nasional untuk mengambil nombor giliran sudah pon berjela hingga ke luar pejabat. Kami mendapat nombor 1158, 1159 dan 1160 masing-masing dan giliran yang sedang di layan di kaunter pada masa itu adalah 1018. 'Mak ai... pukul berapa nak sampai turn kami ni'. Untuk mengisi masa yang terluang itu kami telah pergi bersarapan di Food Court UTC, lepak-lepak, makan lagi, lepak lagi, berurut dekat kerusi urut, masuk toilet, keluar toilet, lepak-lepak lagi dan menunggu dan terus menunggu.
Akhirnya, setelah beberapa jam menunggu, giliran kami dipanggil lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Urusan di kaunter tidak sampai pon 10 minit, siap ambil gambar sekali (so tak payah la nak bawak gambar sendiri). RM200 bertukar tangan untuk pasport bagi tempoh 5 tahun. Tidak sampai setengah jam, pasport kami pon siap. Kami makan tengahari dahulu sebelum pulang ke rumah. Penat nyer...
Nasihat aku, tak payah la pi UTC Pudu tu time hujung minggu. Memang ramai giler orang. Buat penat menunggu jer. Beberapa orang rakan telah mencadangkan aku ke Pejabat Imigresen lain seperti di Kajang, UTC Sentul atau UTC Keramat untuk urusan yang lebih cepat kerana tak ramai orang. Tak terfikir plak kami untuk ke Kajang pagi tadi.
Tapi takpelah, semua urusan telah berjaya diselesaikan.
#SalamSayang
0 comments