748 : Walimatulurus (Episod 4)

31 Julai 2015 

Aku telah berkampung di Rumah Tamu Datin Hajjah Halijah, Taman Dato Senu, Sentul untuk majlis pernikahan adik kepada sahabat baik aku. Petang itu, aku keluar dari pejabat sedikit awal (mintak tolong kawan untuk clock-out kan) supaya aku tidak lewat ke majlis itu yang dijadualkan akan berlangsung selepas Maghrib. Dalam pukul 6.00 petang aku bersama sahabat aku tu bergerak menuju Sentul. Terpegun aku sekejap melihat tempat yang akan berlangsungnya majlis tersebut. Susun atur meja dan deko seakan-akan hotel. Luas dan selesa untuk mengadakan majlis. Dengar cerita bayaran yang dikenakan juga agak lumayan. 

Setibanya kami petang itu, semua persiapan telah siap dilakukan oleh keluarga pengantin. Pelamin dan juga meja telah siap teratur hanya untuk menunggu majlis dimulakan. Majlis bermula seperti yang dijadualkan. Rombongan pengantin lelaki tiba, agak besar juga rombongan yang dibawa. Majlis dimulakan dengan sesi soal jawab tuan kadi dengan pengantin lelaki. Katanya untuk memastikan bahawa kesahihan pengantin yang akan dinikahkan. Tak tau plak aper yang dibincangkan oleh tuan kadi dengan beberapa orang wakil dari pihak lelaki itu. 

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan sedikit ceramah dari tuan kadi kepada pengantin dan juga kepada semua yang hadir. Ini memang rutin di daerah sini, memang ade khutbah nikah (sib baek kali ni pendek jer) dan serba sedikit nasihat tuan kadi kepada pengantin lelaki dan perempuan. Majlis pernikahan berjalan lancar dan kedua mempelai sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz ijab dan qabul. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan sesi penerangan tuan kadi kepada pengantin tentang tanggungjawab masing-masing untuk meneruskan kelangsungan hidup berumah tangga. Agak panjang jugak lah...


Majlis kemudiannya diteruskan dengan upacara makan. Sedap jugak lauk pauk yang disediakan pihak catering yang dilantik tuan rumah. Yang paling sedap bagi aku, pecal lah.. hehehe...

Majlis malam itu berakhir lebih kurang pukul 10.00 malam...


1 Ogos 2015

Seawal pukul 9.00 pagi aku telah bergerak menuju ke Sentul. Selepas bersarapan pagi, aku hanya menolong apa-apa yang patut sahaja kerana kebanyakkanya telah selesai disediakan. Tugas utama aku semalam dan hari ini hanyalah untuk mengambil video sahaja. Majlis bermula lebih kurang pukul 11.00 pagi. Ramai juga sanak saudara dan tetamu yang hadir pada awal-awal majlis itu. Menjelang tengahari, sudah penuh tempat itu dengan para jemputan.

Majlis bermula lebih kurang pukul 1.30 petang dengan perarakan masuk kedua mempelai diiringi dengan paluan kumpulan kompang. Setelah mempelai beradu di atas singgahsana, paluan kompang diteruskan dengan beberapa buah lagu lagi dan diikuti dengan pertunjukan silat (Silat Pulut kot). Kemudian upacara menepung tawar pula oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Setelah selesai upacara menepung tawar, kedua mempelai dibawa ke meja santapan untuk upacara makan beradab. Oleh kerana aku sibuk mengambil video, tak perasan plak ade udang panjat nenas ke takde, hehehe... Selesai mempelai bersantapan, acara memotong kek perkahwinan pulak dan acara suap menyuap kek. Selepas itu sesi bergambar dan sesi pengantin 'beramas mesra' dengan tetamu sampailah ke petang.

Majlis selesai lebih kurang pukul 4.00 petang dan kami bersiap-siap mengemas untuk pulang. Banyak juga barang yang perlu dibawa pulang. Alhamdulillah, nasi dan lauk pauk mencukupi, walaupun dalam kuantiti yang amat genting untuk kehabisan, dan tidak banyak yang kami dibawa pulang. Hujan turun dengan lebat semasa kami sedang sibuk memasukkan barang ke dalam kenderaan. 

Kami pulang ke rumah sahabat aku tu. Aku lepak sana sampai ke malam siap makan malam sekali. Aku nak amik video pengantin buka hadiah. Dalam pukul 10.00 baru lah pengantin buka hadiah yang diterima. Banyak juga lah hadiah yang mereka dapat. 

Tugas aku sebagai videoman minggu itu selesai lebih kurang pukul 11.00 malam dan aku terus pulang ke rumah.

Selamat Pengantin Baru kepada Tajul dan Hanna, semoga berbahagia sehingga hujung nyawa.



#SalamSayang

You Might Also Like

0 comments