26 August 2013

641 : Buku Merah Jangan Lupa Bawa, Moga - Moga Belum Tamat Tempoh

Sabtu lepas aku ke Putrajaya, ke Pejabat Imigresen Malaysia untuk memperbaharui passpot aku. Orang kata kenapa pergi jauh sangat sedangkan dekat Pudu Raya pon bole buat, bukak sampai pukul 10 malam lagi. Bagi aku, why not? Hehehe...

 Passpot yang aku ada 

Kami sampai lebih kurang pukul 8 pagi. Selepas mengambil gambar berukuran passpot dan membuat salinan kad pengenalan (yang tidak diperlukan sebenarnya), kami beratur untuk mengambil angka giliran. Nombor ditangan 1120. Nombor di kaunter baru 1018, perghhh. Kakitangan di kaunter siap menyarankan kami pergi minum dahulu kerana telah terlalu ramai yang datang. Kami mengambil keputusan untuk minum dahulu di sebuah restoran mamak berhampiran. 

 Kesibukan di Pejabat Imigresen Putrajaya

Lebih kurang pukul 11.15 pagi, barulah nombor kami dipanggil. Selesai urusan di kaunter dan pembayaran lebih kurang pukul 11.30 pagi. Kene tunggu lagi satu jam untuk passpot siap. Menunggukan masa itu, kami ke Alamanda untuk mencari sedikit barang. Pukul 12.30 tengahari kami kembali ke Pejabat Imigresen, sebentar kemudian nombor kami dipanggil. Lebih kurang pukul 1.00 petang, urusan kami selesai di sana. 

Sepanjang hidup aku, aku pernah ada 3 jer passpot termasuk yang baru ni. First time aku wat passpot dan menerima cop pertama dalam passpot adalah pada tahun 2004 diikuti dengan cop kedua dalam passpot yang sama pada tahun 2008. Kemudian aku memperbaharui passpot pada tahun 2011. Pada tahun 2013 ini, aku memperbaharui sekali lagi kerana baki tempoh dalam passpot tidak cukup untuk aku gunakan bagi perjalanan aku bulan September nanti.

 Passpot Kedua

 Passpot Pertama


~Salam Sayang~

2 comments:

  1. molek lah buat baru passport :)

    ReplyDelete
  2. hehehe.. kene pastikan yg passpot kali ni dipenuhi dengan cop-cop

    ReplyDelete