633 : Tunai Sudah Kewajiban Di Bulan Ramadhan


Tertunai sudah kewajiban aku di bulan Ramadhan ni. Cuma RM7 sahaja dengan lafaz akad. Selesai sudah kewajiban itu. Tahun lepas kalau tak silap aku, aku bayar di shopping complex, tapi tahun ini aku telah ke Lembaga Zakat Selangor di Bandar Baru Selayang jer, dekat juga dengan rumah aku ni.

Persiapan untuk menyambut Syawal aku tahun ni tidak meriah mana pon. Sama jer macam tahun-tahun sebelumnya. Lagi pon, aku nak menyambut raya dengan siapa kan. Tak ke mana pon pada hari raya. Tak beli pon baju raya, recycle jer baju-baju melayu tahun-tahun sebelumnya. Stok baju raya dari tahun-tahun sebelumnya pon ada la dalam 7 helai - Hitam, Beige, Hijau Pucuk Pisang, Ungu, Biru Laut, Kuning Air dan Hijau Cerah Belang-Belang. Cukup untuk pakai seminggu.

Kuih raya pon tak beli banyak, ade la dalam tiga jenis jer - kuit tat, chocolate chip dan almond london. Pastu ingat nak cari kerepek dan kacang. Tengok kat NSK macam meriah jer stok kerepek ngan kacang-kacang dia. Beli je lah kat NSK nanti. Hehehe ...

Persiapan laen takde sangat kot... ape-ape pon, Selamat Menyambut 1 Syawal


~Salam Sayang~

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam Encik Apiz,

    Eh hampir sama pulak entry kita..
    Saya buat julung2 kalinya bayar zakat fitrah sendiri tahun nie hehe..
    Cantik plak printed resit bila bayar kat PPZ kan?

    Beraya pertama kali tanpa ibu pastinya sebak kan..apa2pun smg tabah dan gembirakan ayah seadanya..

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam cik sinomosa

    ini bukan kali pertama, dah beberapa tahun dah bayar sendiri. kalau kat ppz dia akan amik data kite semua. next time kalau pi ppz, dia terus print jer resit. pasal tu la cantek resit dia... siap ada nama dan alamat lagi tu. huhu

    ReplyDelete