626 : Jalan - Jalan Hujung Minggu : Kedah - Pulau Pinang - Perak (Episod Akhir)

... sambunganya

Hari kedua kami di utara tanah air. Seawal pukul 5.00 pagi aku telah dikejutkan dengan bunyi bising dari dapur berhampiran. Diikuti pula dengan bunyi bising orang menumbuk sambal. Mengganggu sungguh orang nak tidor. Ermmm... Seawal pukul 9.00 kami sudah check-out dan menuju ke Jalan Hutton untuk sarapan pagi. Menu sarapan pagi kami hanyalah roti bakar dan telur separuh masak di kedai makan celah-celah bangunan. Kami pernah bersarapan di sini sebelum ini, dan sebab itulah kami kembali semula untuk menikmati roti bakarnya. Alhamdulillah, kenyang untuk pagi itu.

Perjalanan kami diteruskan dengan berjalan kaki ke kawasan Chowrasta Market untuk mencari jeruk buah-buahan. Target utama Jeruk Pak Ali. Katanya popular, mari kite lihat. Melihatkan keadaanya, pada pendapat aku Jeruk Pak Ali ni popular dikalangan pengunjung Melayu, mungkin sebab tuan punya kedai tu orang melayu kita. Ape-ape pon  Jeruk Pak Ali setanding dengan jeruk-jeruk yang lain. Aku membeli sekadarnya, yang aku suke sahaja. Terdapat dua kedai Jeruk Pak Ali di kawasan itu, harganya sama sahaja. Selesai membeli aper yang dihajati, kami menyusur deretan kedai di kawasan itu, sekadar melihat-lihat hasil dagangan yang dipamerkan. Kami tertarik pada sehelai t-shirt Pulau Pinang bergambar ikan buntal berharga RM20 selepas mendapat diskaun RM5. Dicadangkan untuk dijadikan baju rasmi Geng Buaya, tapi ada sahabat yang tidak bersetuju dan harganya agak mahal, makanya cadangan tersebut ditutup.

Kedai Jeruk Madu Pak Ali yang femes itu (gambar ehsan google.com)

Kami masuk pula ke dalam bazar yang nampaknya banyak menjual pakaian. Sekadar window shopping sahaja dan ingin menyejukkan badan dari terik mentari pagi. Walaupon hanya window shopping, sahabat-sahabat tershopping juga dengan membeli sepasang baju melayu dengan harga RM80, dan tiga pasang kain dengan harga lebih kurang RM120. Tersenyum panjang mereka dapat membeli baju raya. Sempat ke nak tempah tu... hehehe

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari kami meninggalkan Pulau Pinang. Kami menaiki Feri Pulau Pinang untuk balik ke tanah besar. Kami menuju ke Taiping. Sebelum itu kami telah berhenti di KFC di Kamunting untuk makan tengahari dan terus ke destinasi seterusnya Zoo Taiping & Night Safari. Ada orang sebenarnya tak pernah pergi ke zoo. Hehehe... Ini merupakan kali ke dua aku mengunjungi zoo ini. Memandangkan kalau nak pusing satu zoo dengan berjalan kaki sure penat giler, kami menaiki tram yang disediakan. Tram membawa kami pusing mengelilingi zoo untuk melihat haiwan-haiwan yang ada. Walaupon naik tram, masih terasa kepenatannya dan peluh mencurah-curah kerana cuaca amat panas sangat.

 
Selamat Datang Ke Zoo Taiping & Night Safari

 
Antara permandangan di Zoo Taiping

Lebih kurang pukul 4.00 petang kami meninggalkan Zoo Taiping menuju ke Kuala Sepetang. Katanya ada kedai makan mee udang yang sedap. Aku pon tak ingat yang mane satu, Mak Jah ke Mak Teh. Jadi kami maen balasah jer dan akhirnya kami sampai di Kedai Mak Teh Mee Udang Banjir. Aku pernah datang sini suatu ketika dahulu, tak ingat dah. Masa kami datang, kedai penuh dengan pelanggan, nasib baek kami dapat meja tanpa perlu menunggu lama. Malanganya menunggu air dan mee udang yang lama, ade la dalam 1 jam. Pulak tu, mee udang dia takde la sesedap mana, tak berbaloi menunggu lama. 

Suasana Kedai Mak Teh Mee Udang Banjir yang penuh dengan pelanggan 

Selesai makan kami meninggalkan kedai Mak Teh dengan perasaan kecewa dan berhasrat tidak akan datang lagi. Kami bercadang untuk terus ke KL malangnya kami terlajak hingga ke Kuala Kangsar. Dah terlanjur tiba di Bandar Diraja Kuala Kangsar, kami singgah di tempat-tempat menarik sekitar sini. Kami singgah di Majsid Ubudiah, Istana Iskandariah dan Muzium Diraja Perak. Masa tu dah dekat nak maghrib, makanya, kami melawat kawasan luar jer lah. 

Masjid Ubudiah, melihat dalam gambar dan melihat dengan mata sendiri amat berbeza. 


Istana Iskandariah, tempat bersemayam Baginda Sultan Perak

Muzium DiRaja Perak 

Perjalanan pulang kami sedikit terganggu kerana terhalang dek beberapa kesesakan lalulintas. Kami tiba di Selayang lebih kurang pukul 12.00 malam. Ape-ape pon, yang penting kami seronok.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

4 comments

  1. seronoknya

    lain kali, sound2 ler g sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe

      nak join ke? laen kali sy sound2 dulu ek

      Delete
  2. Diaorang kata raja tak duk situ duk Ipoh..

    ReplyDelete