625 : Jalan - Jalan Hujung Minggu : Kedah - Pulau Pinang - Perak (Episod Pertama)

Hujung minggu lepas kami berpeluang untuk bercuti lagi. Kali ini kami ke utara tanah air, ke Alor Setar, Kedah. Tujuan utamanya untuk memenuhi undangan ke majlis perkahwinan seorang kawan kepada sahabat aku di Alor Setar. Kemudian kami membuat keputusan untuk memanjangkan tempoh kami berada di sana sekadar untuk bercuti dan berehat.

Kami bertolak awal dari Selayang, seawal pukul 5.20 pagi. Perjalanan santai sahaja dan tak banyak kenderaan di atas lebuhraya, memudahkan perjalanan kami. Berhenti seketika untuk sarapan pagi dan berehat di R&R Sungai Perak. Kami tiba di Alor Setar lebih kurang pukul 11.00 pagi. Tersesat agak jauh dari destinasi asal tetapi itu bukan menjadi masalah besar. Setelah berpatah balik, kami tiba di destinasi, Taman Seri Bagan lebih kurang 11.40 pagi. Masa tu pengantin masih lagi berada di masjid sedang dinikahkan. Kami hanya menunggu ketibaan pengantin.

Pemegang Bunga Manggar menanti kehadiran mempelai 

Lebih kurang pukul 12.00 pengantin pon tiba. Tiada majlis persandingan, just bergambar then terus makan. Kami pon makan lah hidangan yang disediakan. Hidangan yang disediakan biasa sahaja tetapi memandangkan perut tengah lapar, selera saja makan. Kenyang, Alhamdulillah.

Lebih kurang pukul 2.00 petang, kami meminta diri dan menuju ke destinasi kami seterusnya, Georgetown Pulau Pinang. Kami tiba di tempat yang dituju lebih kurang pukul 4.00 petang setelah mengharungi kesesakan lalulintas di atas jambatan. Kami menginap di sebuah hotel bajet di Jalan Burmah yang agak sadis keadaannya. Dah nama pon bajet, what do you expect kan. Yang bestnye, hotel ni menawarkan harga yang lebih mahal kepada rakyat Malaysia berbanding warga asing terutamanya orang Indon. Siap sahabat aku pon dia ingatkan orang Indon. Hahaha...

Petang di Gurney Drive 

Kami berehat sebentar dan keluar semua dalam pukul 6.00 petang untuk makan malam. Kami menuju ke Gurney Drive. Dinner kami makan itu simple jer, Char Koay Teow dan Pasembor. Ape lagi kan nak makan kat Penang, itu jer yang kami cari. Selesai makan kami menuju pula ke Batu Feringgi untuk ke pasar malamnya. Berjalan dari hujung ke hujung yang satu lagi. Melihat semua barang jualan yang dipamerkan. Aku tiada hasrat untuk membeli ape-ape, tengok lah nnt kalau ade yang berkenan. Akhirnya aku membeli sebotol minyak wangi cetak rompak berjenama dengan harga RM15 sahaja. Untuk wat pakai seharian. Sahabat lain juga ade yang membeli minyak wangi, beg-beg kecil dan selipar. Sebelum pulang ke hotel penginapan kami singgah di McD untuk membeli sedikit makanan. Ada sahabat yang sudah lapar...

  


... bersambung 

You Might Also Like

4 comments

  1. Seronok jadi orang bujang, sana ke mari tiada yang larang. (mood jelez)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memey ah seronok. jom join AZ.. (mood gumbira)

      Delete
  2. Mama ingin ke Art Street, pegi tak?(mood nak tau, cepatlah sambung..)

    ReplyDelete
  3. ermmm... sori mama. art street tak pegi. art street tu kat maner ek?

    ReplyDelete