628 : Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum. Tak jawab dosa, kalau jawab... sayang.

Malam ni, proses melihat anak bulan Ramadhan akan berlangsung seluruh negara. InsyaAllah umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Ramadhan samada esok, Selasa atau Rabu. Apa-apa pon, 1  Ramadhan akan disambut dengan gembira. Gembira kerana dapat menjalankan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain yang dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah swt. Berlumba-lumbalah kita untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran ini, mane lah tau, kalau umur tak panjang, kite tidak dapat bertemu Ramadhan yang akan datang. Sekadar mengingatkan saje. Tapi tak dinafikan, ade gak yang tak gembira. Tau-tau je lah golongan yang mana kan. Hehehe ...

Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan pertama tanpa ibu. Sedih rasanya bila ibu tiada bersama-sama kami menyambut Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma. Doa kami senentiasa bersama ibu.

Kepada semua, Selamat Menyambut Ramadhan 2013. Semoga ibadah dan amal kite diterima dan diberi ganjaran yang hebat dari Allah swt. InsyaAllah.

Kepada sesiapa yang mungkin terlupa... ni dia niat puasa....




~Salam Sayang~

You Might Also Like

0 comments