607 : Pindah Itu Bukan Satu Perkara Mudah
Selamat mengundi kepada semua. Buatlah pilihan yang bijak. Gunakan pertimbangan akal, fikiran dan hati masing-masing. Semoga kemakmuran dan keamanan negara dapat dikekalkan. InsyaAllah.
Minggu lepas merupakan minggu yang sibuk dan memenatkan bagi aku. Seminggu bertungkus lumus untuk berpindah ke pejabat baru walaupon kami semua agak keberatan untuk melakukannya. Banyak faktor yang menyebabkan kami berat hati untuk berpindah. Walau bagaimanapun, kami berdoa agar semuanya baik.
Jumaat lepas, lebih kurang pukul 4.00 petang kami telah menerima arahan untuk berpindah secepat yang mungkin. Tak tahu apa salah kami, dihalau begitu hina. Dengan berat hati, hari Ahad kami bertungkus lumus memindahkan apa jua peralatan dan perabut pejabat. Bukan senang nak pindah, kami berhenti pada pukul 4.00 petang walaupon masih banyak perkara yang belum selesai.
Hari Selasa, proses perpindahan masih dilakukan. Seharian aku berulang alik dari pejabat lama ke pejabat baru. Itu pon masih belum sempurna 100%. Esok aku akan memulakan tugas di pejabat baru dengan keadaan serba kekurangan. Dalam hati ini, kami saja yang tahu.
Pejabat lama yang membawa pelbagai kenangan pahit dan manis. Selama lebih 5 tahun aku bertugas di sini. Akan sentiasa aku ingati dan rindui.
Proses perpindahan pada hari Ahad. Hanya sebuah lori sahaja yang disediakan. Lori terpaksa melakukan tiga trip ulang alik. Ditambah dua lagi trip ulang alik pada hari Selasa. Itu pon masih banyak lagi barang yang tidak diangkut, terpaksa ditinggalkan.
~Salam Sayang~
4 comments
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteapasal delete... hehehe
ReplyDeletesalam.. kalau pindah rumah lagi meletihkan woooooooo......... demam seminggu...
ReplyDeletewaalaikumsalam
Deletesy tak pernah ade pengalaman pindah rumah
pindah opis dah 2 kali
tp rasanya, same jer penatnye