609 : Lost On The Way To The Lost World Of Tambun

Hari Sabtu, 11 Mei 2013 aku bersama empat sahabat yang lain telah pergi berjimba-jimba di The Lost World of Tambun. First time kami ke sini setelah mendapat tiket murah dari Groupon.com. Harga asal tiket adalah RM47 seorang tetapi kami dapat harga RM36 seorang.

Perjalanan ke Ipoh dari Selayang dimulakan lebih kurang pukul 8.00 pagi. Berhenti rehat di R&R Tapah untuk berehat dan sarapan pagi lebih kurang satu jam kemudian kami meneruskan perjalanan. Malangnya, kami terlepas susur keluar Ipoh Selatan dan telah menyebabkan kami terpaksa meneruskan perjalanan sejauh lebih 20km untuk susur keluar seterusnya iaitu di Kuala Kangsar. Berpatah balik dan memasuki susur keluar Ipoh Utara menuju ke Tambun. Agak mengelirukan jalan di sana kerana terlalu banyak papan tanda arah ke Tambun. Berpusing sekali lagi kerana GPS yang digunakan menunjukkan jalan yang berlainan. Rupa-rupanya ada papan tanda arah ke Lost World of Tambun tu. 

Kami tiba di destinasi lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Cuaca amat baik dan terik. Tempat meletak kenderaan sangat banyak walaupon pengunjung pon ramai. Masih terdapat banyak petak yg kosong. Bayaran pakir RM1 dikenakan. Pada pandangan aku, kaunter tiket tidak berapa banyak. Tak tau la camner keadaanya kalau time cuti sekolah. 

Kami terus bertukar pakaian kerana tak sabar nak mandi-manda dan kerana cuaca yg sangat terik, memang best kalau dapat mandi. Tempat menukar pakaian tak berapa selesa berbanding masa aku ke Gambang Water Park. Dress code kat sini tak berapa ketat, bole mandi-manda dengan t-shirt dan track suit tetapi tak dibenarkan untuk maen water slide. Kalau nak maen water slide kene pakai pakaian yg sesuai untuk mandi. Locker untuk menimpan barangan peribadi dikenakan bayaran sebanyak RM10.

Memula kami mandi di Jungle Wave Pool, kolam utama yang ada ombak. Segar badan dapat mandi selepas badan berpeluh-peluh dek kerana cuaca yg sgt panas. Kemudian kami berjalan-jalan di Taman Permainan. Tak banyak sangat permainan yang disediakan, cume ada 2-3 permainan sahaja selebihnya gerai-gerai game macam fun fair. Kami cume naek roller coaster. Free jer.. takde caj tambahan, dan tak lah mengerikan sangat. Kemudian kami menaiki Adventure Express yang membawa kami keliling taman tema ini. Wajib naek bende ni, so tak perlu lah kite berjalan kaki sepenjang perjalanan.

Selepas itu kami menyewa dua bijik pelampung besar dengan harga RM25 (RM15 + RM10 deposit) dan masuk ke Wave Pool sekali lagi. Lepak-lepak atas pelampung layan ombak sambil berbual-bual kosong, seronok sangat. Kemudian kami masuk pula ke Adventure River, sungai buatan yang membawa kita keliling taman tersebut. Yang best nyer Adventure River ni, kite tak perlu berjalan, duduk atas pelampung dan bergerak mengikut aliran sungai tersebut sambil menikmati keindahan taman tersebut. Seronok punya pasal, kami pusing sebanyak dua kali. 

Semasa di Adventure River itu, kami singgah sebentar di Tiger Valley untuk melihat Tiger Feeding. Disamping itu ada juga pertunjukan haiwan yang laen seperti rakun, burung kakak tua dan ayam. Kami juga singgah di Petting Zoo. Best sangat Petting Zoo ni, banyak jugak haiwan di dalamnya, kecil dan besar. Disamping itu, ada juga haiwan yang boleh dipegang seperti arnab, ular, burung dan sebagainya. Lama jugak kami di sini, sampai kering pakaian yang dipakai.

Disebabkan sorang pon tak pakai jam, tak sedar sudah pukul 5.00 petang. Kami meninggalkan The Lost World of Tambun lebih kurang pukul 6.00 petang. Sebelum pulang, kami singgah di sebuah gerai untuk makan tengahari cum makan malam. Sampai di Selayang lebih kurang 10.00 malam.

Satu perkara yang dikesali adalah, kami tak bawak kamera masuk oleh yang demikian, banyak kenangan di dalam sana tidak dapat diabadikan. InsyaAllah, ade rezeki akan ke sana lagi kan kawan-kawan....


~Salam Sayang~

You Might Also Like

10 comments

  1. Assalamualaikum Afeezz

    saya tak pernah sampai lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam atuk

      saya pon first time. tempat tu memang best...

      Delete
  2. Manjer pun tak penah gi.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. cube la pujuk2 hubby tu... klu balik kedah kan bole singgah, tak jauh dr susur keluar ipoh utara

      Delete
  3. Dah Afeezz kenapa tujuk ponkok?

    ReplyDelete
  4. Klu pakai t shirt lgn pnjg n track bottom x leh gak ke? Syg nyr

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak mandi2 jer bole kot... tak sure lah, sudah lupa... hahaha

      Delete