608 : Birthday Party

Sepanjang bulan April 2013, aku telah menghadiri atau dijemput ke tiga buah jamuan makan sempena sambutan hari ulang tahun kelahiran. Alhamdulillah, aku doakan semoga mereka yang menyambutnya diberkati dan dilindungi Allah. Dimurahkan rezeki dan dipermudahkan kehidupan mereka di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Sambutan yang pertama disambut pada 14 April 2013. Hari ulang tahun kelahiran seorang sahabat. Sambutan dimulakan dengan jamuan makan malam di Suria Station Cafe, Bandar Baru Selayang. Terima kasih kepada sahabat yang sudi belanja kami makan malam itu. Perancangan untuk mengadakan 'prank' kepada birthday boy nampaknya tak jadi atas sebab yang aku tak pasti. Sambutan diteruskan lagi pada malam itu dengan sesi karok di sebuah pusat karaoke keluarga di Batu Caves. Dugaan betul mencari pusat karok ni. Tak tau ape yang 'mengikut', tiga kali kami lalu depan kawasan tu, tapi kami tak nampak pun pusat karok tuh. Setelah berputus asa dan menukar perancangan untuk ke pusat karok yang laen, kali keempat kami lalu di situ, tiba2 K-City Karaoke itu kelihatan di depan mata. PErghhh... scary plak. Setelah melalak sehingga pukul 1.00 pagi lebih kurang, kami pulang ke rumah aku. Malam itu, mereka semua bermalam di rumah aku. Dan surprise party dengan jamuan birthday cake diadakan pada pukul 2.00 pagi. 

Happy Birthday untuk Abg Nasa 

Undangan kedua pula adalah pada 21 April 2013 bertempat di Puchong Perdana. Sambutan ulang tahun kelahiran anak buah aku. Jamuan diadakan kecil-kecilan sahaja cuma menjemput adik beradik dan beberapa orang kawan karib anak buah aku tuh. Hidangan yang disediakan oleh kakak aku adalah spegetti goreng, nasi impit dengan kurma ayam dan kuah kacang, eggs sandwich, fishball goreng, hotdog goreng dan beberapa makanan ringan laen. Kenyang makan untuk satu hari. Alhamdulillah.


 Happy Birthday Leia Sussanah 

Jemputan seterusnya adalah pada 24 April 2013 di Bandar Tun Hussein Onn Cheras. Dugaan betul nak memenuhi jemputan ini. Aku bergerak dari pejabat pada pukul 6.00 petang dan tiba di tempat yang dituju pada pukul 8.30 malam. 2 setengah jam aku dalam perjalanan yang bole sampai dalam masa 1 jam sahaja itu. Ape nak buat, terperangkap dalam jem yang disebabkan oleh hujan lebat giler sampai banjir di UM. Sambutan ulang tahun kelahiran ini adalah untuk seorang sahabat. Malam itu, sahabat telah menjamu kamu dengan KFC. Sambutan yang sederhana tapi yang penting semua Team Buaya ada bersama. 


Happy Birthday untuk 'Ayang' hehehe ...


~Salam Sayang~

You Might Also Like

4 comments

  1. Moga semuanya bahagia dunia akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, panjang umur dimurahkan rezeki, dipermudahkan kehidupan di dunia dan akhirat...

      Delete
  2. alamak.. kek.. lama tak dpt kek bday sendiri sebab tak berapa suka kek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la hubby, takyah susah2 nak belikan kek tiap2 tahun.... kan kan kan... hehehe

      Delete