597 : Catatan Perjalanan Road Trip 2013 - Kuala Selangor - Sabak Bernam - Hilir Perak - Manjung (Episod 2)
Hari kedua kami di Daerah Kuala Selangor. Kami bersarapan pagi, roti canai telur di restoran mamak berhampiran. Lebih kurang pukul 10.00 pagi kami menuju ke destinasi pertama kami di hari kedua ini, Bukit Melawati, untuk melihat tinggalan sejarah Kota Melawati dan zaman kegemilangannya. Tak ramai pelawat pagi itu maka senanglah kami bersantai2 membawa kereta seselow yang mungkin untuk menikmati permandangan indah Kuala Selangor dari bukit itu. Kata seorang sahabat yang tinggal di kawasan berhampiran, kalau hujung minggu, pengunjung tidak dibenarkan membawa kenderaan ke atas bukit, untuk mengelakkan kesesakan, kene naek tram yang disediakan. Banyak juga persinggahan yang kami berhenti seperti kawasan kota yg banyak meriam tu, kawasan Batu Hampar dan kawasan Makam Diraja. Tiga kali kami mengelilingi bukit itu, dan ada satu ketika tersesat di satu kawasan yang agak terpencil. Kami berada di kawasan itu lebih kurang 1 jam dan kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya. Oh.. ya... tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Bukit Melawati.
Beberapa permandangan menarik sekitar Bukit Melawati
Peta Taman Alam Kuala Selangor
Permandangan di Taman Alam Kuala Selangor
Kami keluar semula lebih kurang pukul 4.00 petang mencari makan tengahari. Tengahari itu kami makan Mee Udang Banjir Kuala Selangor. Bunyi nye macam sedap dan rasanya pon ok la. Kenyang untuk mengalas perut sebelum makan besar malam nanti. Selesai makan kami meneruskan perjalanan kami ke Pantai Remis. Oh.. ya.. kami ke Pantai Remis Kuala Selangor ye, bukan ke Pantai Remis Perak. Konfius plak bila ada kawan cakap Pantai Remis tu kat area Kuala Selangor, pasal setahu aku Pantai Remis tu ade di Perak. Rupa-rupanya betul-betul kejadian, ada dua tempat nama serupa. Di Pantai Remis kami hanya mengambil angin petang yang bertiup kencang. Pantai Remis bukan tempat untuk bermandi manda, kerana airnya agak keruh. Ada gak gerai-gerai menjual hasil laut seperti kerang, kupang, lala dan ntah aper jenis kerang lagi yg rasanya first time aku tgk. Agak menarik gak lah. Hehehe ...
Mee Udang Banjir Kuala Selangor
Permadangan indah Pantai Remis
Gerai perjualan hasil laut sepanjang jalan di Pantai Remis
Menu makan malam kami
... bersambung
4 comments
Assalamualaikum Hafeezz
ReplyDeleteTaman Alam tu saya tak sampai lagi
nak tunggu cerita pasal klip2
waalaikumsalam atuk
Deletekelip-kelip tu sy dah cerita dalam entry yg sebelum ni,,,
Salam... Mee udang kat pulau pinang sg dua Manjer penah rasa.. sedap.. tapi sekarang ni apo pun takleh .. huwaaa....
ReplyDeletewaalaikumsalam manjer
Deletesy pernah makan mee udang kuala sepetang. entah la, dah lupe rasa dia camne. tp yg kat kuala selangor ni pon ok gak. boleh diterima tekak. ade org kata kat tanjung karang pon best