600 : Tiga Negeri, Tiga Majlis, Dua Hari

Dengan bangganya aku ingin menyatakan bahawa entry ini merupakan entry yang ke-600 aku di blog ini. Yeehaa... tepuk.. tepuk.. tepuk..

Bunga Manggar...

Hujung minggu lepas aku telah menerima tiga undangan ke majlis walimatulurus di tiga buah negeri. Alhamdulillah, aku berkesempatan untuk memenuhi semua undangan. Undangan yang pertama pada hari Sabtu, 6 April 2013. Undangan dari seorang teman sepejabat ke majlis perkahwinan anak perempuannya. Majlis diadakan di Dewan Sri Tanjung, Kolej Kediaman ke-9, Universiti Malaya. Aku dan beberapa orang sahabat tiba awal kerana mahu memenuhi satu lagi undangan, tak sempat pun nak melihat pengantin bersanding. Seawal 1.15 petang kami telah meninggalkan majlis. Takut tak sempat pulak untuk memenuhi satu lagi undangan. Terima kasih diucapkan kepada Kak Ani kerana sudi menjemput.

Pelamin di majlis perkahwinan anak perempuan Kak Ani

Undangan kedua diterima dari seorang sahabat maya, Ayah Zain, yang juga diadakan pada 6 April 2013 bertempat di Taman Air Molek, Melaka. Kami sampai lebih kurang pukul 4.15 petang tanpa sebarang kesesatan serius. Alhamdulillah, masih ramai lagi tetamu yang sedang menikmati hidangan yang disediakan termasuklah Mama Ju dan suami yang juga aku kenal di alam maya ni. Sempat juga berbual dengan mama yang baru pertama kali bersua muka. Tak sempat berbual lama juga dengan tuan rumah, kerana tuan rumah masih sibuk melayan tetamu yang masih datang. Terima kasih kepada Ayah Zain dan Mrs. Zain kerana sudi menjemput saya.

Majlis perkahwinan anak lelaki Ayah Zain 

Terpaksa juga memohon diri awal dari tuan rumah kerana kami terpaksa meneruskan perjalanan ke Muar, Johor untuk aktiviti keluarga yang telah dirancang.

Pada 7 April 2013 kami meneruskan perjalanan untuk satu lagi undangan ke majlis perkahwinan di Muar, Johor (tak ingat plak nama kampung tu), perkahwinan sepupu kepada sahabat aku. Kami tiba di majlis lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Meriah majlis di kampung, masih lagi mengekalkan tradisi gotong royong dan rewang. Sekarang ni susah nak jumpe majlis yang makan berhidang. Hehehe

 
Permandangan ladang nenas di kawasan rumah pengantin 

Majlis perkahwinan sepupu sahabat di Muar 

Alhamdulillah.. tak sangka, ketiga-tiga majlis yang aku hadiri menghidangkan hidangan yang sangat sedap. Kenyang perut sebab makan free selama dua hari. 


~Salam Sayang~

You Might Also Like

9 comments

  1. Salam.
    Ada kesempatan kita penuhi hajat yg menjemput.
    hehe mama dah pernah jumpalah...dulu..sama dgn Mr Paris!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Ulfa

      insyaAllah.. bole rancang2 kan
      kite pernah jumpe ke sebelum ni? ngan abg imran? remind me pls...

      Delete
    2. hehe ni mamajulah terguna akaun anak le...

      Delete
    3. hehehe... tahu.. anak sape lagi yg nama ulfa kan...

      Delete
  2. As salam dek afezz

    Jalan-jalan kenduri, best tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...

      best sangat... makan tak berenti.. rosak diet

      Delete
  3. Salam piz.. Tahniah di atas entry ke 600. Blog manjer yg terbengkalai jerk.. hee.. seronok nyer jalan sana sini.. Kalau makan kenduri kat kg suami cam lain skit.. kerabu pucuk paku, gulai batang pisang mesti ada.. tak jumpa nasik minyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam

      hehehe... dulu sy pernah tulis, "to start blogging is a responsibility to continue blogging" tak tau lah mane sy dapat quote tu.

      belah utara memang laen sket lauk kenduri nyer especially kedah perlis. mmg tak jumpe nasi minyak.

      Delete
    2. salah plak... "the reason to start blogging is the responsibility to continue blogging"

      Delete