435 : Catatan Perjalanan, Medan - Tanah Seberang (Hari Kedua)

26 November 2011

Program kami pagi ini bermula lebih kurang pukul 9.00 pagi waktu tempatan. Destinasi pertama kami untuk pagi ini adalah ke Istana Maimon yang tidak jauh dari hotel penginapan kami. Istana Maimon adalah sebuah istana tinggalan Kerajaan Melayu Deli yang pernah bertapak di Medan. Kami dibawa masuk dan diberikan sedikit penerangan mengenai Istana dan Kerajaan Melayu Deli oleh seorang petugas Istana. Kemudian kami meluangkan sedikit masa untuk melihat2 di sekeliling istana itu. Apa yang menyedihkan, walaupun Istana Maimon adalah tinggalan sejarah, tetapi ia tidak diselenggarakan dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab.


Istana Maimon

Kemudian kami dibawa pula ke dua buah kedai menjual batik, pelikat, telekung dan sebagainya. Kami diberi masa untuk membeli apa2 yang berkenan di hati di dua buah kedai ini. Kebijaksanaan tawar menawar dan matematik amat diperlukan, al-maklumlah, tukaran wang nya sangat tinggi, RM1 = Rp2900. Kalau sesuatu barang itu berharga Rp69000, cepat kira berapa harganya dalam RM tanpa menggunakan kalkulator. Hahaha... tak ke kantoi, org dah tau kite tak pandai matematik. Aku hanya membeli sehelai baju batik untuk ayah di sini. Perjalanan kami kemudiannya diteruskan ke sebuah Factory Outlet yang menjual pakaian berjenama. Aku tak beli ape2 pon di sini, kerana pada pendapat aku, pakaian begini bole di beli je kat Malaysia. Harganya pon lebih kurang jer... tapi anda bole lah buat penilaian sendiri bila datang ke sini nanti. Kemudiannya kami menuju pula ke sebuah rumah makan untuk makan tengahari. Hidangan makan tengahari untuk hari ini juga mewah, pelbagai jenis lauk pauk dari ikan dan daging hinggalah ke pecal disediakan. Tetapi hidangan istimewa dari ketua rombongan adalah belut. Hehehe... first time nak merasa belut. Macam tak caya plak... SEDAP!!! Hehehe....


Hidangan istimewa - Belut masak black pepper

Selesai makan tengahari, kami bergerak menuju ke Berastagi yang terletak kira2 dua jam perjalanan dari Kota Medan. Berastagi tu lebih kurang macam Cameron Highlands di Malaysia. Penduduk tempatannya mengerjakan kebun sayur2an, buah2an dan bunga2an. Sepanjang perjalanan kami dapat melihat perkebunan pelbagai jenis keluaran. Cuaca di sini sejuk memang sesuai untuk tanam2an. Kami menuju ke Pasar Bunga dan Buah yang terletak di Pekan Berastagi. Kami diberi masa yang singkat untuk shopping aper yang berkenan di hati di sini. Best jugak pasar ni. Pelbagai produk di jual dari buah2an, bunga2an, anak2 pokok dan sayur2an. Malah ada juga yang menjual t-shirt, pelbagai jenis cenderahati hinggalah ke haiwan peliharaan seperti arnab dan burung. Pada pendapat aku, kat sini lagi best kalau nak beli cenderahati, jadi minta lah masa yang lebih jika anda ke sini nnt. Kebijaksanaan dlm tawar menawar dan matematik juga diperlukan juga di sini. Jika anda menawar, bersedialah untuk meletak harga yang anda hendak kerana rata2 peniaga akan bertanya "berapa abg hendak?" atau "berapa kakak mahu?". Hehehe... Cakap jer berapa yang anda mahu dahulu, kemudian barulah peniaga akan menetapkan harganya dan tawar menawar bermula. Selamat mencuba. Kepada yang suke naek kuda pula, kat sini anda boleh menunggang kuda dengan bayaran tertentu. Tak tau plak bayaran dia berapa, pasal aku tak tanya pon. Tengok kuda2 tu pon aku tak berkenan dan nak lari jauh2.. hehehe.


(1) Pekan Berastagi (2) Anda bole juga menyewa kereta kuda ini utk mengelilingi pekan

Walaupon pasar ni nampak macam best, tp ape yg aku tak berkenan adalah taik kuda bersepah2, mencemar bau dan permandangan. Takda usaha untuk membersihkannya oleh tuan punya kuda. Jadi berhati2 lah kalau berjalan di sini, takut terpijak taik kuda. Lagi satu yg aku tak berkenan adalah cara pemilik kuda2 itu menarik pelanggan. Ade ke patut dia bawak sekali kuda2 dia depan pintu bas. Orang nak turun bas pon susah, risau aku kene tendang ngan kuda tu. Bau jangan cakap lah. Ape2 pon, mungkin itu cara orang tempatan kan. Kite tengok mestilah pelik.


Green Garden Hotel

Cukup masa yang diberikan, kami terus menuju ke hotel penginapan kami untuk malam itu, Green Garden Hotel. Suasana sudah sedia nyaman jadi tidak perlu untuk membuka kipas atau air-con yang memang tidak disediakan.. hehehe... Kami makan malam di hotel dan hidangan yang disediakan juga agak mewah, tp bagi aku, lagi sedap rasanya hidangan yang disediakan di Lubuk Idai. Hidangan paling sedap malam itu adalah terung goreng masak ape tah. Tak pernah jumpe kat Malaysia pon. Aku yg tak makan terung ni pon bole belasah banyak. Punya lah sedap. Tiada aktiviti lain pada malam itu. Tapi malam kami terganggu dek keramaian yang diadakan di kawasan berhampiran. Sampai pukul 12 tengah malam pon tak henti2 lagi berhibur...


... bersambung

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam dekk afezz

    Gambo kebunan sayur dan bunga ader diambik tak....mesti best dari gambo kuda kan...

    Aper pon ..menu terbaik belut tu..hehhee kalu tgok yg hidup tak leh bayang lah...kalu dah di masak kicap ok sikit kut...hehehh

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam kak shami : takde melawat kebun sayur la plak, kalau tak bole berposing2 ngan sayur2an kan... heheh..

    hehehe.. sebelum pi indon ni ade maen ngan belut masa sukaneka kat opis ni, smpi indon makan belut plak.. sedap... nyam3

    ReplyDelete