468 : Hujung Minggu Yang Sungguh Memenatkan

Hujung minggu ini merupakan hujung minggu yang sangat memenatkan bagi aku. Banyak aktiviti yang dilakukan, banyak juga mendapat undangan dan jemputan, banyak pula janji2 yang perlu ditunaikan. Semuanya bermula dari jumaat malam hinggalah ke ahad malam. Penat nya...

Hari jumaat selepas opis, ade training untuk sukan staf. Memandangkan aku antara senior dalam aktiviti sukan ni, maka kehadiran aku amatlah diharapkan. Walaupon hujan turun, training tetap dijalankan. Training berlanjutan sehingga ke pukul 7.30 malam. Selepas itu, aku bergegas ke Serdang dalam keadaan basah baju kerana hujan dan peluh kerana telah berjanji untuk ke pasar malam Putrajaya bersama Geng Buaya Sungai Melaka. Aku sampai ke rumah kawan aku agak lewat, lebih kurang 8.15 malam, mandi2 dan terus keluar semula. Geng Buaya yang laen telah setia menunggu.

Memandangkan hujan yang tiada tanda2 untuk berhenti, maka plan untuk ke Pasar Malam Putrajaya terpaksa dibatalkan. Jadi kami menuju ke tempat makan kegemaran kami, Sofina Seafood untuk makan malam. Perancangan selepas makan malam nak pi tengok wayang kat Alamanda, tapi takde cerita yang best plak. Makanya, plan utk tengok wayang pada malam itu terbatal dengan sendirinya. Dan plan B plak kami ke Kajang, ke pusat karok kegemaran kami. By the time kami meninggalkan pusat karok itu, jam sudahpon menunjukkan pukul 1 pagi. Sebelum pulang, kami singgah di sebuah restoran mamak untuk minum2 dan juga makan2.

Pada hari Sabtu, seawal pukul 11.00 pagi aku membawa mak dan ayah ke rumah besan untuk memenuhi undangan majlis pernikahan anak perempuan dan majlis akikah cucu mereka di Gombak. Majlis diadakan sederhana tetapi meriah berjalan lancar dan mempelai selamat diijab qabulkan dengan sekali lafaz sahaja. Tahniah kepada kedua2 mempelai, semoga berbahagia sehingga ke akhirnya.

Pada pukul 4.00 petang pula, aku bersama dua orang sahabat telah pergi ke Ikea Damansara kemudian ke Mid Valley seterusnya ke NSK Selayang dan akhirnya balik dan melepak di rumah sahabat aku tu di Bandar Baru Selayang sehingga pukul 1.00 pagi.

Hari Ahad, pada pukul 12.30 tengahari aku telah membawa mak dan ayah ke majlis perkahwinan mempelai semalam tuh di Dewan Merak Kayangan. Makanan agak mewah dan boleh tahan sedap. Jemputan juga ramai. Pada pukul 4.00 petang hari yang sama, aku ke Serdang sekali lagi kerana telah berjanji dengan Geng Buaya Sungai Melaka untuk makan malam bersama2. Kali ini Geng Buaya telah sudi untuk memasak Ketam Masak Lemak dan Sotong Goreng Tepung untuk hidangan makan malam itu. Kami telah makan malam ala2 piknik di Putrajaya. Terima kasih kepada Geng Buaya yang sudi memasak makan yang heven tuh.


... Salam Sayang

You Might Also Like

12 comments

  1. Salam
    Wah nampak sibuk ya
    makan2 kat Putrajaya tu kat mana?
    Lain kali singgahlah kat rumah mama, ajak geng2 buaya tu..rumah mama dkt jusco equine, tentu geng serdang tau sangat tpt tu.

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam mama : this week ngan next week will be very busy. semalam kami lepak n dinner kat area masjid putra... insyaAllah, nnt geng buaya akan serang umah mama ek, jusco taman equine tu depa tau sgt..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum afeezz..

    buatla entri khas dan perkenalkan kpd kami sape gang buaya melaka tue heheheheee

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam sahrom : hahaha... itu kene mintak kebenaran ahli2 dulu, baru aku bole reveal siapa dia ahli2 geng buaya sungai melaka ni

    ReplyDelete
  5. wow busy betul....ermmm tula kenalkan la kepada hamba team buaya tu.....

    ReplyDelete
  6. hai buaya 5 : mmg busy aku minggu ni sampai la minggu depan. Ok.. buaya 5 dan memberi kebenaran, bagaimana dengan buaya2 yg laen? setuju atau tak?

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum CM : hidup kite ni kite yang mewarnakannya, kalau kite nak meriah, kite jadikan ia meriah dan sebaliknya. jangan tensi2kan diri... enjoy

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum afeezz..

    Bzzznya dia... nie mesti balik rumah terus ZZZZZZZZZZZZZ...

    ReplyDelete
  9. waalaikumsalam anonymous : kalau dah balik kol 2-3 pagi, nak wat aper lagi...zzzzzz la jawab nyer

    ReplyDelete
  10. manjang g serdang, siap g pasar malam serdang yang bukak ari jumaat tu ka? slalu lepak serdang dekat mana? kawasan serdang kawasan saya. saya gangster dekat sana tau. hahaha

    ReplyDelete
  11. hahaha encik ed : sebelum ni member aku tu dok seri serdang dekat ngan sekolah tu, tp skrg dia dah pindah ke bandar tun hussien onn, tp aku still panggil umah dia tu kat serdang.. hehehhe

    ye... pasar malam tu lah, maner lagi...

    ReplyDelete