04 December 2011

436 : Catatan Perjalanan, Medan - Tanah Seberang (Hari Ketiga)

27 November 2011

Hari ketiga perjalanan kami merentasi Propinsi Sumatera Utara. Hari ini kami menuju ke Danau Toba dan perjalanan kami memakan masa lebih kurang 4 jam. Kami bersarapan pagi di hotel kediaman dan lebih kurang pukul 8 pagi waktu tempatan kami bertolak ke Danau Toba.

Sepanjang perjalanan kami dapat melihat perkampungan masyarakat tempatan yang rata2nya agak miskin, kotor dan tidak teratur. Masa ini lah kita akan terasa nikmatnya hidup di bumi Malaysia. Sepanjang perjalanan juga kami dihidangkan dengan permandangan desa dan perkebunan masyarakat tempatan yang menanam pelbagai jenis sayur2an dan buah2an. Hijau saujana mata memandang.


Permandangan indah Danau Toba dari Tongging

Destinasi pertama kami di hari ketiga ini adalah di satu tempat bernama Tongging (bukan tonggeng ye). Di Tongging, kami disajikan dengan permandangan indah Tasik Danau Toba yang seluas mata memandang. Kami juga disajikan dengan keindahan air terjun Sipiso-piso yang mengalir masuk ke Tasik Toba. Damai sungguh di si ni dengan bunyi deruan air terjun dan permandangan tasik yang saujana mata memandang. Alhamdulillah, cuaca pagi itu amat indah. Syahdu rasanya. Di sini juga terdapat kawasan kedai2 yang menjual cenderahati. Tak pasti harganya macam mana kerana aku tidak membeli apa2 di sini.


Air Terjun Sipiso-Piso

Perjalanan kami diteruskan dgn permandangan perkebunan dan perkampungan masih lagi menjadi sajian mata. Kadang2 mata terpandang kedai yang menjual B1 atau B2 panggang, membuatkan aku tersenyum sendiri. Keadaan jalan di sini kecik dan agak teruk. Jalannya hanya dua hala, rosak dan berlubang di sana sini. Sebab itu lah perjalanan ke satu2 tempat memakan masa yang agak panjang. Walaupon begitu, sempat juga aku terlelap sekali sekala kerana keletihan. Bila terjaga, masih lagi belum tiba.


Permandangan indah Danau Toba dari Simarjarunjung

Kemudian kami berhenti di satu tempat bernama Simarjarunjung yang turut menyajikan permandangan indah Tasik Toba. Di sini kite bole merasai teh istimewa iaitu teh halia masyarakat tempatan. Tapi aku tak rasa pon teh tu, tak tau lah sedap ke tak. Kalau nak tau bagaimana rasanya, kene lah datang dan merasainya sendiri ya ibuk2 dan bapak2.

Perjalanan kami diteruskan lagi menuju Parapat, sebuah pekan di pinggir Tasik Toba. Kami singgah untuk makan tengahari di Rumah Makan Silaturrahim Padang Pariaman. Menu makan tengahari hari ini juga mewah. Kenyang perut sudah, kami meneruskan perjalanan untuk ke jeti bot di Parapat untuk ke Pulau Samosir pula.


Bot untuk ke Pulau Samosir

Bot telah menunggu kehadiran kami. Perjalanan dari jeti ke Kampung Ambarita di Pulau Samosir memakan masa lebih kurang 30 minit. Pulau Samosir adalah sebuah pulau yang terletak ditengah2 Tasik Toba dan mempunyai beberapa perkampungan. Di Kampung Ambarita kami telah di bawa ke sebuah perkampungan suku kaum Batak yang mempunyai beberapa buah rumah tradisional kaum ini. Kami diberi sedikit informasi mengenai kaum Batak dan cara hidup mereka dahulu kala oleh Bapak Dian, pemandu pelancong kami. Kami kemudiannya di bawa pula ke satu tempat di mana suku kaum ini melakukan upacara pemenggalan kepala musuh2 mereka. Bapak Dian juga menceritakan bagaimana proses pemenggalan ini dilakukan sehinggalah akhirnya mangsa ini dimakan oleh orang2 Batak ini. Menakutkan, tetapi itulah hakikatnya kehidupan masyarakat ini dahulu kala. Rasanya sekarang, kehidupan ni dah pon ditinggalkan oleh mereka dan kebanyakkan orang2 Batak ini memeluk agama Kristian.


Rumah Tradisional Kaum Batak


(1) Bapak Dian sedang membuat demo pemenggalan kepala
(2) Kawasan pemenggalan


Dalam perjalanan naik ke perkampungan ini, kami telah melalui kawasan penjualan. Kami telah dinasihatkan oleh Bapak Dian agar kami membeli aper yang dikehendaki nanti dalam perjalanan turun. Dalam perjalanan turun, kami melalui lebih banyak kedai2 yang menjual pelbagai barangan cenderahati. Peniaga2 di sini agak aggresif dalam menarik pelanggan ke kedai mereka. Disamping menggunakan kata2 yang berbaur godaan, ada juga di antara mereka yang akan memegang tangan dan badan untuk menarik pelanggan ke kedai mereka. Kepada kaum Adam, berjaga2 lah, kebanyakkan peniaga di sini adalah wanita dan mereka lebih cenderung untuk menarik pelanggan lelaki dengan kata2 manis yang menggodakan (susah kepada lelaki2 hensem macam aku ni kat sini, semuanya dok memanggil2 dan menjual barang pada kite... hehehe...). Jika anda telah berada di kedai mereka, mereka akan berusaha untuk memastikan yang kite akan membeli sesuatu dari kedainya. Cara mereka agak keras dan mereka ada juga memaksa kita untuk membeli sesuatu yang kite tidak mahu. Ada juga di antara mereka yang menawarkan harga yang rendah sekadar untuk menarik kite ke kedai mereka, tetapi akhirnya kite tidak dapat aper yg ditawarkan itu. Contohnye, ade la sorang makcik ni tawarkan aku sehelai kain samarinda yg agak cantik dengan harga RM5. Aku pon berkenan dan masuklah ke dalam kedai dia dan minta dijualkan kain itu dengan harga RM5, sebaliknya boleh plak dia kata harga kain itu sebenarnya Rp150,000. Ade sorang lagi makcik tu, menawarkan aku fridge magnet dengan harga RM1 sekeping. Bile aku setuju nak ambik sebungkus yang ade 7 keping tu dengan harga RM7, dia kate tak bole pulak dan dia jual dengan harga Rp60,000. Makanya... pandai2 lah jaga diri bila anda ingin berbelanja di sini. Ape2 pon, kami telah dinasihatkan oleh Bapak Dian beberapa perkara dan berhati2 semasa berbelanja di sini. Kesian kawan aku, sampai phobia dia nak berbelanja kat sini lagi.

Aku terus bergerak pantas meninggalkan tempat perjualan itu tanpa pengendahkan panggilan2 wanita2 itu. Takut plak ditariknya aku masuk ke kedai mereka dan dipaksanya membeli barangan mereka. Sampai di bot, masih ade lagi wanita2 yang cube untuk memperdagangkan barang dagangannya. Pada pemikiran aku, mungkin mereka terpaksa buat cam tu kerana pelancong2 macam kami saja lah sumber mata pencarian mereka.

Bot bergerak meninggalkan Kampung Ambarita dan menuju ke Kampong Tomok (bukan kampong penyanyi Tomok kite tuh) untuk melawat perkuburan raja kaum Batak. Malangnya hujan turun semasa kami dalam perjalanan dan lawatan kami ke Kampong Tomok terpaksa dibatalkan dan kami terus menuju ke hotel penginapan kami malam ini di Parapat.

Bot membawa kami terus ke hotel kediaman kami, Danau Toba International Cottage yang terletak di tebing tasik ini. Tapi aku tak berapa berkenan hotel ni, pasal nak pergi makan, aku terpaksa mendaki tangga yg tinggi sebelum sampai ke cafe nye di atas. Penat siot... Pastu kene turun semula, sampai bilik terus lapar balik sebab semua yg dimakan tadi habis dah jadi tenaga utk turun tangga.. hahaha... Makan malam kali ini kureng sket lah tak semewah makan sebelum2 ini.


Permandangan dari bilik penginapan


... bersambung

7 comments:

  1. Salam dekk afezz

    Tunggu citer hari keempat lakk hehehe

    ReplyDelete
  2. beruntungnya kita berada di bumi Malaysia bukan?

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam kak shami : tunggu.... cerita hari keempat masih dalam proses penulisan....

    assalamualaikum AZ : sangat beruntung, siapa yang suke membuat onar di sini, harus dipenjara sahaja

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum afeezz..

    uma2 kat citu mcm uma N9 la....maknanya org n9 byk berasal dari sana la kan....

    untung la owg N9 klu pi cana huhuhhh

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam sahrom : sama tapi tak serupa. kalau umah minang N9 tu tanduknya from side to side. tp umah batak ni tanduknya dari depan ke belakang.

    orang minang mmg berasal dari indonesia gak, tp mereka kebanyakkan dari Sumatera Barat, org Batak plak kat Sumatera Utara... kira berjiran lah tuh

    ReplyDelete

  6. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. keizinan diberi.

      insyaAllah, jika ada rezeki akan melancong ke Indonesia lagi

      Delete