405 : Menjelang Hari Lebaran
Beberapa hari lagi kite akan menyambut hari lebaran. Ramai kawan2 opis dah mula bercuti dan pulang ke kampung masing2. Tapi aku, hari isnin nanti masih lagi bertugas. Bukannya aper, terasa rugi plak nak cuti pasal, telah pon diisytiharkan hari isnin nnt kerja separuh hari saje. Pukul 1.30 petang dah boleh balik dan membantu ape2 yang patut untuk menyambut hari raya nnt.
Hari ni aku dapat kuih2 hari raya yang aku tempah, biskut tart nenas dan biskut almond london dan dua jenis kek. Habis dah duit bonus yang dapat hari tuh. Tahun ni tak beli banyak pon pasal takut berlaku pembaziran seperti tahun2 sebelum nya. Jadi beli ala kadar jer mane2 kuih yang aku suke dan cume beli dalam 100 biji jer setiap jenis. InsyaAllah kalau takde aral melintang, raya nnt menu utama seperti mengikut tradisi kami adalah nasi impit, rendang samada daging atau ayam, kari atau kurma ayam dan kuah kacang. Kalau tahap kerajinan tinggi, akan disediakan kuah lodeh juga. Perghh.. sedapnye. Hidangan ni selalunya akan disediakan 2 kali saja setahun iaitu pada hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha. Dihidangkan pada hari raya pertama sahaja pasal kalau ikut kebiasaannya, raya kedua semuanya dah tinggal sisa2 jer.
4 comments
Assalamualaikum Afeezz
ReplyDeletekalau tak habis kuih raya tu...hantar kat saya...he he
‘TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)
Wassalam
waalaikumsalam abg : hahaha... bile nyer tu nak tunggu tak habis? lepas raya la kot baru bole consider tak habis. masih nak lagi ke?
ReplyDeleteSalam anakanda'
ReplyDeleteMoga berbahgaialah di hari raya ni. maaf ya salah silap.
Moga amalan kita diterima Allah . Amin.
Nanti datanglah ke rumah.
waalaikumsalam mama ju : Selamat hari raya pada mama sekeluarga, salah silap saya harap dimaafkan, maaf zahir dan batin.
ReplyDeletekalau wat umah terbuka nnt insyaAllah sy datang lah.. hehehe