404 : Berbuka Di Mana ?
Sepanjang Ramadhan tahun ni, baru tiga kali aku berbuka puasa di luar, selebihnya berbuka di rumah sahaja. Bagi aku berbuka di rumah lebih selesa dan best walaupon makanan yang dihidangkan takde le sedap maner pon. Yang penting dapat berbuka dengan orang tersayang (huh... saper tuh??.. Family lah, saper lagi).
Kali pertama aku berbuka di luar pada tahun ini adalah di Mid Valley. Kebetulan ade seorang kawan yang terpaksa menghadiri meeting di The Garden, so diajaknya aku berbuka sekali. Kami just berbuka dekat food court atas tu jer sambil mengamalkan dasar berjimat cermat (pasal tu tak pi makan kat tempat yg best2). Walau bagaimanapun, juadah yang dibeli takde le sesedap maner walaupon harganya kalau dibandingkan agak mahal. Sedap lagi makan kat umah walaupon beli kat param jer.
Kali kedua dan kali ketiga aku berbuka puasa di dalam kereta sahaja. Sedih kan. Bukannya aper, asyik sangat berjalan kat param sampai tak dan nak sampai umah, dah masuk waktu berbuka. Jadinya, terpaksalah berbuka dengan aper yg telah dibeli, walaupon cume sebungkus nasi ayam penyet berempah.
Kali kedua, aku dan seorang kawan pergi ke param Seri Serdang. Timing dah baek punya, tibe2 si kawan aku yang sorang ni mengidam ayam goreng McD plak. Terpaksa lah masuk ke McD, dah le beratur panjang, pekerja plak agak slow and steady. Kene tunggu dalam 15 minit sebab ayam baru masuk kuali. Keluar2 McD tu dah dekat waktu berbuka walaupon tak kedengaran azan Maghrib. Masuk dalam kereta, orang kat kedai depan tu tengah sedap makan. Dah masuk waktu rupenye, terpaksa lah kami berbuka dalam kereta jer petang itu, menjamu nasi ayam penyet berempah dan ayam goreng McD jer.
Kali ketiga plak kami ke param Putrajaya. Pusing punya pusing tak sedar masa telah menghampiri waktu berbuka. Bergegas pulang dengan kelajuan maksima. Tapi tak sempat gak, azan Maghrib telah berkumandang tatkala kami lebih kurang 2km lagi dari destinasi. Terus jer berbuka dalam kereta menjamu selera dengan nasi ambeng, murtabak dan cempedak goreng. Kalau lambat tak dapat plak sunat berbuka awal tuh.
p/s : juadah berbuka dalam kereta itu hanya rekaan semata, juadah tersebut di makan di rumah.. hehehe...
~Salam Sayang~
12 comments
Salam anakanda
ReplyDeleteSedap nampak bebuka?
Makan ayam berempah dan ayam MD jer? Tu la yg sedap!
Tapi makan dgn keluarga atau org ruamh lagi bestkan?
waalaikumsalam mama ju : sedap jugak la ayam goreng berempah ngan ayam McD tuh. Nyam3.. betul2 tu makan dengan org yg disayangi mesti lah sedap. yg tak sedap pon bole jadi maveles
ReplyDeleteassalamualaikum afezz..
ReplyDeletenasi ambeng?? area tmpat aku nie mmg takde nasi ambeng..kne lik klang baru jumpa..aku suka nasi ambeng nie..sgt sodap huhuhhhh
Assalam,
ReplyDeleteberbuka puas di rumah makan nasi dan lauk panas2 memang sedap, tapi lebih di galakkan berbuka dgn niat utk berjemaah mugrib , isya dan tarawikh di mesjid, lauk sponsor yg tak sedap pun jadi lebih sedap..
heeee.. sahaja aku mengusik...
waalaikumsalam sahrom : terjumpa plak org jual nasi ambeng kat putrajaya hari tu, tu yg nak try. member aku kate tak berapa sedap, tp aku belasah jer, janji kenyang perut
ReplyDeletewaalaikumsalam mama wana : hehehe... alhamdulillah, malaysia masih dikurniakan rezeki. kat mana2 ade makanan.
Salam dekk afezz
ReplyDeleteJauh meronda param tu..kalu dibuat kajian dan dimanfaatkan boleh kuar rencana khas param heheh...
waalaikumsalam kak shami : jalan-jalan cari makan la kalau camtuh
ReplyDeletemenjadi tanda tanya. sapa yg ko jumpe dekat seri serdang tu.. ni mesti McD dekat2 depan bazar tu kan. yang sebaris gan pasaraya BIG (BIG LIAR) hahaha....
ReplyDeleteaku pengalaman 2 kali makan diluar. dua2nya hampes.. satu, sabtu lepas, makan kat bubba gump kat the curve tu. dah la silap oder makanan. ok cik apiz.. ni aku cite ape benda yang berlaku. aku hampir makan makanan kawan aku. dengan confidentnya aku telah makan sebijik asparagus.. pastu tetibe datang makanan aku.. tidakkk... malu.......
ni makan kedua.. makan kat tony roma's. dah buat reservation tghari. kena datang kul 630 sebab nk oder makanan, kena datang awal sebab takut makanan tak siap masa time berbuka. ok tepat waktunya.. tapi rip yang aku selalu makan arini macam liat dan hangus. nampak sangat byk yang oder sampai nak cepat2 sampai rip aku pun tah ape yang dimasaknya. makan berdua total dekat rm178.. hampes... baik aku makan kat starbucks aje... so kalu korang nk makan kat tony roma's ni, jgn nk makan time berbuka... makan time tak ramai org... baru sedap...!
selamat pagi encik ed : ye la kot, tak perasan plak ade pasaraya BIG LIAR kat situ. aku lepak umah kawan ler...
ReplyDeleteamboi.. buka pose tmpt kelas gitu. makan berdua sampai rm178 (makan berdua ngan saper tuh?). aku tak pernah masuk pon forrest gump ngan tony ramas tu. so tak tau le menu dia aper, tp kalau steak tu.. ermm...
byk la menu.. kalu bubba tu.. dia berkonsepkan udang... tp bole tahan la makanan dia.. so far dah 4 5 kali kot makan kat sana... tony tu byk steak.. tp rib dia mmg sodap.. skali makan terus kembung lansung xlarat nk makan dah... lol....
ReplyDeletemana ada kelas2 tmpt mknn.. sekali sekala aje... cuba la.. xsalah mencuba...
bole aku tertype rip dekat komen sebelum.. ahaks.. rest in peace katanya..
ReplyDeleteselamat petang encek ed : bile nak belanja aku kat bubba? aku rib2 ni kurang sikit, udang i likee... belanja la.. belanja la..
ReplyDelete