396 : Selamat Berpuasa Kepada Yang Tak Berpuasa
Ramadhan kembali lagi bertemu kita. Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada yang tak berpuasa pada hari ini dan kepada yang merancang untuk tidak berpuasa sepanjang Ramadhan ini. Semoga kalian mendapat hidayat Allah sepanjang bulan mulia yang mengandungi seribu malah berjuta2 kerahmatan. Kepada yang berpuasa, tak perlulah aku ucapkan selamat, kerana kita akan selamat di bawah lindunganNya sepanjang bulan ini.
Pagi ini seawal pukul 5.00 pagi aku sudah terjaga dari lena. Wah.. bersemangat nak bersahur bersama keluarga. Makan ala kadar jer, biasa lah, pagi2 macam ni tak selera nak makan. Tapi, Alhamdulillah, selera makan tu masih ade. Habis jugak lah aper yg dihidangkan tanpa pembaziran.
Sepanjang bulan Ramadhan ni, niat di hati lepas subuh nak terus ke pejabat. Bulan ni waktu pejabat masuk pukul 8.00 pagi dan balik pukul 4.30 petang. Mengikut pengalaman yang lepas2, trafik akan menjadi sesak luar biasa sepanjang bulan puasa ni. Mungkin semua keluar awal. Untuk mengelakkan kesesakan yang menguji kesobaran itu, pagi ini selepas subuh seawal pukul 6.15 pagi aku telah keluar dari rumah. Jalan sangat lengang dan aku memandu dalam keadaan yang santai. Tak perlu nak marah2 yang boleh membuatkan my blood go up stairs. Pukul 6.53 pagi aku dah clock in, sempat singgah beli sarapan bank keluarkan duit.
Bulan puasa ni gak nak tgk samada jisim badan boleh dikurangkan atau tidak. As per pagi tadi, jisim aku adalah sebanyak x2.0kg.
~Salam Sayang~
8 comments
Esok sy juga perlu seawal selepas subuh..tadi kuar 6.40++ sudaa jem huhu..
ReplyDeleteselamat berpuasa miss sinomosa : huhu.. tu lah pasal. terpaksa berkorban pagi2 sepanjang bulan pose ni. kalau tak silap2 banyak kali lewat plak clock-in kan..
ReplyDeleteassalamualaikum afeezz...
ReplyDeleteselamat berpuasa ya..
nak tanya jisim badan tue nak ukor cemane?? huhuhhhh
waalaikumsalam sahrom ; selamat berpuasa utk ko sekeluarga.
ReplyDeletejisim tu cara ukornya senang jer. ko naek atas penimbang dan dapatlah bacaan nye... hehehe. jisim tu lebih kurang berat gak lah
jisim sy 76.5kg...lps posa agaknya 65kg je kot/
ReplyDeletehaha.. good luck daddy
ReplyDeletesalam afeez
ReplyDeleteheheh, my blood go up stairs : az bayangkan macam mana agaknya darah kau naik meniti tangga.
waalaikumsalam AZ : zaman2 sekarang ni naek eskelator atau naek lif jer senang
ReplyDelete