395 : Cerita Pasal Makanan Sebelum Ramadhan

Bukan nak cerita pasal aper pon, aku ni makan jer pandai, masak fail adenya. Setakat nak masak air ker masak meggi tu boleh lah. Kalau mintak masak sambal udang macam gambar di sebelah ni, pergi beli kat kedai je lah gamak nyer.

Akhir2 ni kan banyak dah kite melihat gelagat manusia dalam industri penyediaan makanan yang melakukan bende2 yang tak senonoh dan memperdajalkan pengguna. Sebelum ni kita dihidangkan dengan gelagat penjual air soya yang katanya telah meludah ke dalam bekas minuman tersebut untuk dijualkan kepada pembeli. Kemudian kite dijamu pula dengan gelagat pekerja2 di sebuah restoran makanan segera (korang tau lah yg mana satu kan) yang telah meletakkan makanan tersebut di tapak kasut sebelum menggorengnya. Walaupon pihak pengurusan restoran tersebut telah menyatakan bahawa ianya hanyalah kes terpencil, tetapi telah memberi impak yang besar kepada kite sebagai pengguna kan. Kemudian, dikatakan berlaku di rangkaian restoran yang sama, pekerja restoran telah memasukkan semula minyak2 yang telah kotor ke dalam preasure cooker untuk menggoreng makanan. Itu antara tiga kes yang dapat kita lihat, terima kasih kepada Facebook. Mungkin kat luar sana banyak lagi kes serupa yang kite tidak tahu.

Aku pon sebenarnya pernah bekerja di rangkaian restoran makanan segera. Tetapi sepanjang aku terjebak dalam tugas2 ni, tidak sekali pon aku melakukan atau melihat kawan2 aku melakukan perkara yang tak senonoh tu. Mungkin tahap moraliti dan akhlak remaja2 zaman aku dulu ngan remaja zaman sekarang jauh berbeda, macam planet pluto ngan bumi (bukan macam langit dan bumi lagi). Kalau setakat kesilapan yang tidak disengajakan macam ayam terjatuh atas lantai, diambil dan digoreng tu pernah lah. Tidak memastikan kebersihan semasa penyediaan makanan sehingga customer terjumpe ulat dalam bulu dalam makanan tu pernah jugak lah.. hahaha... Apa2 pon pengalaman bekerja di sana amat aku hargai. Di mana agaknya kawan2 seangkatan dulu? Restoran tempat aku bekerja dulu pon dah tiada lagi.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

10 comments

  1. u kerja kat rstoran makanan segera mana tu dulu? aik? dah pupus plak? mesti x gl;amer mana kan?

    ReplyDelete
  2. Salam dekk afezz

    Bila berumahtangga nanti pandailah nanti. ..hheheh ada kawan juga isteri..macam2 aktiviti boleh dicuba dan dilakukan bersama ....tak yah risau...insyallah ..sampailah masanya nanti...asalkan ko rajin membantu di dapur...hehehhe

    ReplyDelete
  3. salam shami2

    az dulu masa bujang pandai masak korma ayam dll, tp bila dah kawin abis semua skill sebab x di amalkan lagi heheh

    ReplyDelete
  4. salam shami2

    az dulu masa bujang pandai masak korma ayam dll, tp bila dah kawin abis semua skill sebab x di amalkan lagi heheh

    ReplyDelete
  5. selamat malam daddy : hahaha, takde le pupus, masih bertahan lagi restoren tu, cume branch yg saya keje dulu jer dah takde, mungkin dah pindah...

    waalaikumsalam kak shami : setakat membantu di dapur tu saya terer gak. masak jer yg fail

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum AZ : aik.. salah rumah ker, ni rumah saya bukan umah kak shami.. hehhehe

    saya ni tak pernah dok bujang, asik berkepit ngan mak jer smpi ke tua, tu yg tak pandai memasak...

    ReplyDelete
  7. Aslkm anakanda

    Ala cubalah masak yg mudah2 klu teringin nak masak...ambek buku resepi mak tu...insyallah jadi.

    Klu kawin nanti jgn lupa tolong isteri kat dapur!

    ReplyDelete
  8. waalaikumsalam mama ju : hehehe... masak untuk makan sendiri alas perut tu bole la, klu nak kasi org makan, kite makan kat kedai je lah.. hahaha

    ReplyDelete
  9. waalaikumsalam CM : makan kat umah CM jer.. hehehe

    ReplyDelete