386 : Catatan Perjalanan - Melaka Bandaraya Bersejarah

Pada 2 - 3 Julai 2011 yang lepas aku telah berada di Melaka Bandaraya Bersejarah. Pergi sekadar menyertai Hari Keluarga pejabat aku yang kali terakhirnya akan diadakan. Pas ni dah takde lagi Hari Keluarga, kerja lah kiteorg sampai pencen, itu pon kalau sempat untuk pencen.. huhuhu...

2 Julai 2011

Pukul 8.30 pagi aku keluar dari rumah menuju ke rumah seorang kawan aku di Cheras sebelum kami menuju ke R n R Seremban, tempat kami berkumpul dan konvoi beramai2 ke Melaka. Mengikut jadual, pukul 11.00 kami akan bertolak, tapi macam biasa la kan... 11.30 baru semuanya bergerak. 7 buah kereta semuanya.

Destinasi pertama kami adalah ke rumah seorang teman sepejabat di Linggi, Negeri Sembilan. Kebetulan, keluarganya membuat kenduri doa selamat dan menyambut Ramadhan, dijemput kami semua untuk memeriahkan majlis. Setibanya kami, doa sedang dibacakan. Jamuan makan diadakan sejurus selepas itu. Tuan rumah telah menjamu kami dengan daging salai masak lemak cili api, ayam masak kicap, sayur goreng ala jawa, masak lemak pucuk paku dengan tempoyak, ulam2an, buah2an dan kuih-muih melayu. Nyam3.. makan sampai kenyang. Terima kasih kepada tuan rumah.

Perjalanan kami diteruskan selepas itu dan aku tiba di hotel tempat kami menginap, Mahkota Hotel lebih kurang pukul 2.00 petang. Aku tiba lewat sedikit daripada konvoi kerana telah berhenti sekejap di Stesyen Minyak Shell untuk membuang air dan tersalah hotel plak selepas tuh. Nak ke Mahkota Hotel tapi terpergi ke Mahkota Hotel & Apartment plak. Patut le aku tak nampak sorang pon kawan2 pejabat aku kat situ. Ermm... macam mana plak bole sama nama hotel tuh. Bikin konfius jer.


Permandangan Mahkota Hotel dari The Jetty

Selepas check-in di hotel yang betul, aku dimaklumkan bahawa bilik yang sepatutnya kami menginap masih belum dibersihkan. Jadinya, kami diberi complementary drink sambil menunggu bilik kami siap. Memandangkan takde ape2 program yang dirancang pada malam hari, maka kami bercadang untuk menonton wayang sahaja. Selepas minum, kami memanjangkan langkah ke Mahkota Parade untuk membeli tiket. Nasib kami baek, kami berjaya mendapatkan tiket untuk tayangan pada pukul 9.30 malam nanti. Selepas kami mendapatkan tiket, kami makan lagi dan berjalan2 sekitar Mahkota Parade itu.

Kami pulang ke bilik penginapan kami lebih kurang pukul 4.00 petang dan berehat sahaja menghilangkan penat. Petang itu, kami sekadar berjalan2 sekitar kawasan hotel hingga ke The Jetty yang menghala ke tengah Selat Melaka sambil menyaksikan permandangan matahari terbenam petang itu.


Permandangan di dalam kawasan Mahkota Hotel


Permandangan matahari terbenam dari The Jetty

Pada pukul 8.30 malam, kami turun semula untuk menonton wayang filem Transformer 3: Dark of the Moon (nanti aku wat preview aku utk filem ni ek)


~Salam Sayang~

You Might Also Like

10 comments

  1. last time i was in Malacca back in 1988. i was joining a class trip after SRP and we went to stay overnite at SM Muzaffar Syah....sempat la gi ke mini malaysia, taman buaya, bkt st paul dll....bila agaknya buleh gi plak?

    ReplyDelete
  2. hai daddy : melaka dulu dan sekarang banyak bezanya. cuti2 sekolah bawak le anak2 melawat melaka.. hehehe

    ReplyDelete
  3. melaka yg sangat jem.. lagipun borringggg.....

    ReplyDelete
  4. selamat malam mr. dunhill guy : tak jem pon... tak boring pon...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Afeezz

    suka naik bot waktu malam...

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam abg rozali : sy tak naek pon bot tu, pasal dah pernah naek masa melawat melaka akhir thn lepas...

    ReplyDelete
  7. Salam dekk afezz

    Melaka, negeri yg punya...banyak tempat perlancongan, banyak hotel dan chalet...harganya pun menarik.. tempat makan pun menarik juga kena pandai cari..selamat beriadah dekk

    Pssst pergi masa musim cuti raya cina ...toleh kiri dan kanan semua ada merah ada mercun ada limau ada tanglung heheh

    ReplyDelete
  8. waalaikumsalam kak shami : betul tu kak, kat town center dia pon dah banyak tempat2 menarik, sekitar bandar hilir tu pon dah banyak tempat penginapan yg murah sampai le ke yg mahal. Tak pernah plak pegi masa tahun baru cina....

    ReplyDelete
  9. salam,

    kata hari keluarga? mana aktivitinya? ke sy yg tak perasan hehe

    ReplyDelete
  10. waalaikumsalam miss sinomosa : aktivitinya, pergi sama2... pastu check in dan aktiviti bebas. esoknya balik sendiri2... hahahaha... x de ape2 aktiviti pon...

    ReplyDelete