393 : Persediaan Untuk Menempuh Ramadhan

Seminggu sahaja lagi kite akan menyambut Ramadhan. Minggu ni macam2 aktiviti diadakan sempena menyambut bulan Ramadhan tahun ni. Bukan aktiviti ape pon, aktiviti makan2 jer. Rosak sudah diet aku.. hahaha.

Semuanya bermula pada hari khamis, 21 Julai. Ade CME kat opis aku. CME kali ni mengenai Cervical Cancer. Agak membosankan kerana topik yang diceramahkan hanya mengenai statistik2 penyakit dan perbandingan ubatan mengenai cervical cancer yang terdapat dalam pasaran Malaysia. Sempat gak lah aku tertidor semasa ceramah tersebut. Hehehe... Macam biasalah, kalau ade CME mesti akan disusuli dengan lunch sumbangan syarikat yang mengadakan CME itu. Lunch kite pada tengahari itu adalah KFC. Terima kasih kepada syarikat penganjur.

Pada Jumaat 22 Julai pula, ade majlis Menyambut Ramadhan yang diadakan oleh kakitangan Islam di opis aku. Lunch yang disediakan agak mewah, ayam masak lemak, ikan kembung masak sambal, pajeri terung (i dun like), sambal belacan dan salad. Tapi dengan tak disangka2, ade pesta durian plak..... nyam3....


Banyak gak durian, puas makan...


Banyak sangat makan durian, tak selesa dibuatnya masa solat Jumaat

Semalam plak, 23 Julai ade majlis sambutan hari lahir anak buah aku yang berumur 5 tahun. Majlis kecil2an tapi meriah, hanya keluarga sahaja yang dijemput. Hidangan yang disediakan juga agak mewah, nasi minyak, ayam madu, salad telur, spegheti tomyam, beef and chicken shepard pie dan dessert. Makan sampai tak bole makan lagi...

Malam plak berkumpul semua keluarga depan tv sambil layan Malaysia lawan Singapura sambil makan pizza....


(1) Birthday Cake tempahan khas
(2) Birthday girl tak sabar2 nak potong kek



(1) Birthday girl dah boring menunggu
(2) Birthday thn ni punya hadiah..



(1) Jom bukak hadiah !!
(2) Anna plak yg excited nak bukak hadiah

Cukup makan minggu ni. Minggu depan tempoh bertenang sebelum datangnya Ramadhan.

p/s : gambar birthday party diambil menggunakan kamera baru... heheheh


~Salam Sayang~

You Might Also Like

10 comments

  1. salam afeez:

    ingatkan tadi ada tazkirah, rupanya halwa mata hehheh

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam AZ : anggap jer yg ni pon tazkirah...

    ReplyDelete
  3. Salam dekk afezz

    Seronok ler adik2 comel tu ....

    Buah dorian pun ada..heheh baru semalam akak terasa nak menjamah buah durian nih...

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam kak shami : seronok la diaorg dpt makan n dapat hadiah...

    dah jamah ke belum kak? jamah segera sebelum puasa ni.... hehhe

    ReplyDelete
  5. salam afeeez cayang


    comel2 anak sedara dia..comel lg pak sedara dia lahhhh...


    afeez,,selamat menyambut ramadhan,,,moga ramadhan tahun ni lebih baik dr yang lalu...amiiin..

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam CM : dah pak sedaranya comel, anak2 sedaranya pon mesti lah comel2 belaka, itu belum anak2nya lagi.. hehehe

    selamat menyambut ramadhan untuk CM sekeluarga juga...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum bro...

    cantikla gambar besday tue..kalau diasah, hang leh jd fotographer pro tau

    ReplyDelete
  8. waalaikumsalam sahrom : berminat gak dalam bidang fotografi ni, tp tak pandai lah nak guna kamera yg besar2 bagak tuh. FYI gambar besdey tu adalah gambar yg asli, takde touch-up2 ngan photoshop tau (tak pandai gak gune photoshop)

    ReplyDelete
  9. Wah byk sungguh durian.. so far x pekena lagi durian...

    ReplyDelete
  10. Good morning mr. dunhill guy : kene pekene cepat, bulan pose nnt dah takleh pekene, panas nnt... hahaha

    ReplyDelete